Bab 8

948 45 1
                                    

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

Sophia mengigit jarinya. Dia dari pagi sampai petang tak keluar bilik. Semuanya pasal semalam. Dia malu nak menghadap Zayyad.

Tok tok!

"Pia? " kedengaran suara alongnya dari luar pintu.

"Ye along! Kenapa? " sahutnya.

"Keluarlah Pia! Dari pagi tak keluar bilik. Pia tak lapar ke? "

"Ye Pia nak keluar la ni, " Sophia terus membuka pintu biliknya, sebelum tu dia sempat menggapai tudung sarung dan menyarungkan di kepalanya.

"Jom turun, semua dah ada kat bawah. " Syahriq terus menuruni tangga diikuti Sophia di belakang.

"Ha turun pun kamu Pia!" Tegur Abi.

Sophia melihat semua orang di meja makan dengan senyuman kekok sebelum pandangannya berhenti pada Zayyad yang turut menatapnya.

Zayyad terus melihat ke bawah selepas Sophia turut memandangnya. Sophia tersenyum nipis, dia melabuhkan duduk di sebelah Zahra. Lalu mereka semua makan dengan tenang.










Sophia masuk ke dapur setelah siap mandi. Yang lain semua sudah terbongkang tidur usai mereka selesai solat subuh berjemaah.

Abinya pula pukul 5 setengah pagi lagi sudah berada di masjid untuk solat berjemaah di sana. Pasti sekarang tengah dengar ustaz berceramah.

Sophia mengeluarkan barang-barang yang hendak diguna seperti telur, baking powder, susu pekat, koko dan macam-macam lagi untuk dia buat cupcake.

"Awak nak buat apa?" Celah seseorang.

Tersentak Sophia. Dia melihat Zayyad dengan canggung.

"Err... Cupcake"

Zayyad mengangguk. "Boleh saya tolong?"

"Erk... Kalau awak nak tolong boleh je. Tapi awak pandai ke?"

Zayyad menggeleng. "Kalau cupcake saya tak reti. Kalau anything else like puding ke jemput-jemput ke saya reti la."

"Ouh kalau macam tu nak saya ajar?" Tawar Sophia.

Zayyad tersenyum. Dia mengangguk. "Boleh! Lagipun saya bosan tak tahu nak buat apa. Nak borak dengan abi, abi tak balik lagi. Yang lain pula dah tidur."

Sophia tersenyum nipis. Banyak cakap juga.

"Awak tolong saya sediakan barang boleh?"

Zayyad mengangguk. "Barang apa?"

"Tolong ambil cawan kertas dekat rak paling atas tu"

Zayyad menurut. Dia membuka rak putih itu dan mengambil seplastik cawan kertas.

"Ni?"

Sophia mengangguk. Zayyad meletaknya di meja. Dia kemudian duduk dihadapan meja memerhati perbuatan Sophia.

Berdebar Sophia dibuatnya. Tangannya yang terketar-ketar cuba disembunyikan.

"Ke-kenapa awak tak tidur juga?" Soal Sophia untuk menghilangkan suasana canggung di antara mereka.

"Saya tak biasa tidur lepas solat subuh. Lagipun tak elok mana tidur lepas subuh menjelma." Terang Zayyad.

Kepala Sophia terangguk-angguk. "Awak buat apa je kalau tak tidur?"

"Hm, selalunya masa ni saya akan buatkan bekal untuk Ara bawa pergi ke sekolah. Kalau hari dia cuti pula saya akan habiskan masa sebelum pergi kerja dengan membaca surah-surah Al-Quran." Zayyad tidak kekok langsung menceritakan kehidupan yang dijalaninya kepada Sophia.

"Ouh..."

"Awak pula?" Tanya Zayyad pula.

"Hah?"

"Awak memang selalu memasak ke lepas habis solat?" Tanya Zayyad dengan lebih jelas.

Sophia mengangguk.

"Memandangkan saya ni satu-satunya perempuan di dalam rumah ni jadi sayalah yang selalu memasak. Yang lain bukan tak pandai masak cuma memang saya suka memasak. Abi pun sukakan masakan saya."

"Ouh. Awak tak kerja?"

Sophia menggeleng. "Tak. Saya baru tamat belajar. Kerja tu saya tak terfikir lagi."

Zayyad mengangguk. Dia kembali memerhati perbuatan Sophia. Lama dia merenung seolah sedang termenung pun ada.

"Awak fikir apa?" Tanya Sophia apabila Zayyad terlalu lama menatap tangannya yang sedang membuat kerja.

"Saya sebenarnya terfikir nak buat kek batik sebab Ara memang suka. Favourite dia. Dah lama dia nak makan tapi saya tak dapat beli atau buat. Awak faham-fahamlah kenapa..." Zayyad tersenyum nipis.

Tingkah Sophia terhenti. Dia tersenyum. Untung Zahra ada abang yang selalu fikirkan dia seperti Zayyad.

"Awak buatlah."

Zayyad melihat Sophia. Matanya bersinar. Tapi dia kemudian kembali menunduk.

"No it's okay. Barang dekat rumah ni bukan milik kami. Tak elok pula nanti." Tolak Zayyad.

"Lah tak elok apanya? Awak buat bukan untuk awak dan Ara saja kan? Awak buat untuk kami juga kan? Ke tak?" Tanya Sophia.

Zayyad melihat Sophia laju. "Mestilah untuk semua sekali!"

Sophia tergelak kecil. "So? Awak nak serba salah kenapa? Kami makan juga. Jangan nak rendah diri sangatlah. Abi dah cakap buat macam rumah sendiri. Pergi buat sana. Saya nak rasa juga."

Zayyad tersenyum lebar. "Terima kasih awak!"

Sophia membalas dengan memberikan senyuman manis. "Sama-sama."

Zayyad terkedu. "Dalamnya dimple awak. Cantik..."

Pipi Sophia berona. "Apa awak mengarut ni? Pergi ambil bahan sana!"

Zayyad tersenyum nipis. "Ok"











•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•

To be Continued

Cinta Yang Tertakdir ║CWhere stories live. Discover now