Chapter 3: confession

644 30 19
                                    

Kakinya terasa lenguh. Dah dekat 5 jam dia duduk dalam pesawat ni. Bukannya tak biasa sebelum ini menaiki flight, cuma perjalanan di atas udaranya kali ini agak berat sikit. Terutamanya bila pesawat yang dinaikinya menuju kembali ke Malaysia iaitu tanah air tercintanya.

Dia melihat kepulan awan yang menjadi permandangan di luar tingkapnya dan menghela keluhan berat.

"Hi! Mengeluh panjang nampak?"

Dia sedikit tersentak apabila terdengar suara lembut menyapanya di sebelah. Dia sedikit terkedu apabila ada seorang gadis yang sangat cantik dengan senyuman yang manis menjadi teman seat barisannya.

'Aih macam mana la aku boleh tak perasan ada minah cantik duk sebelah aku. Dah la lawa...'

Dia membalas senyuman gadis itu kembali. Kemudian menyambung melihat permandangan di luar tingkapnya. Bukannya nak menyombong tapi dia memang tak ada mood untuk membuat sebarang conversations pun sekarang. Yang ada pun mungkin akan jadi bosan dan hambar.

"Erm... tak suka ke balik Malaysia?"

Dia mengeluh lagi... terlalu banyak kenangan pahit yang membuatkan dia tak ingin kembali ke Malaysia. Namun begitu tak pula dia sanggup menanggung beban dan dosa yang dia simpan selama 3 tahun terakhir ni. Sejujurnya dia sangat rindukan Malaysia... kampung halaman dia... keluarga dia.... Dan jugak kawan-

Kau merapu apa lagi ni.... Kau masih ada ke kawan-kawan yang tinggal?

Sejak grad dari Kudrat, dia dah buat keputusan untuk membawa diri tanpa menoleh kebelakang lagi. Noda hitam yang dia tinggalkan cukup membuat orang sekelilingnya terimbas sial yang dia bawa.

Dia dah hancurkan hidup orang lain dengan ego anak jantan dia tu. Dengan benda yang sangat nonsensical dan apa yang paling sedih, dia sedar semua tu selepas dia keluar dari Kudrat dan menginjak langkahnya ke alam dewasa.

Nyatanya lebih kejam daripada kehidupan di Kudrat. Nyatanya di luar sana masih ada sistem yang mendera rohani manusia-manusia yang lemah tak terdaya tertimbus dengan kuasa hierarchy yang lebih kuat daripada apa yang mereka sangka.

Kalau kau ada kuasa, apa pun kau boleh buat.

"Rasa ingin melupakan lebih kuat dari rasa rindu..."

Gadis itu hanya  berhum ria.

"Jadi apa yang membuatkan awak terfikir untuk kembali ke sini semula? Awak ada je pilihan untuk tak kembali."

Dia hanya ketawa kecil. Kalaulah membuat sebuah pilihan semudah itu. Dah semestinya apa yang terjadi di Kudrat dia boleh elakkan... dan semestinya dia takkan ada di dalam pesawat ni.

"Terlalu banyak 'kerana' untuk dijadikan sebab 'mengapa'. Saya kena selesaikan hutang pada orang tertentu..."

"Saya ada sense tetapi dalam ayat awak"

Ada orang cakap... kalau kau bercerita dengan stranger, kadang kau akan dapat insight yang kau sendiri tak pernah terfikir pun.

"Hutang nyawa harus dibalas dengan nyawa."

Dia nampak gadis itu membuntangkan matanya. Ada banyak persoalan yang bermain di fikiran jelas terpampang pada air muka gadis cantik itu.

"Dan banyak janji yang saya buat tergantung tanpa terlunas. Terutamanya membantu orang yang terperangkap dalam penjara yang saya cipta kerana keegoisan saya sendiri."

Dia lihat gadis itu masih mempunyai banyak soalan namun, gadis itu membiarkannya sahaja dengan kembali ke tempat duduknya tanpa melihat ke arahnya lagi. Syukurlah.... Dia tak rasa yang dia nak bercerita semua benda pada gadis itu.

Ada rahsia yang kita akan simpan sampai mati.

"I wish you good luck. I hope u dapat settlekan semuanya nanti.... And- after that you can leave Malaysia and forget all those things happen."

Entahlah... dia tak dapat jangka kalau semua benda ni selesai... adakah dirinya benar-benar akan bebas?

"By the way handsome boy, my name is pheobe. What's yours?"

"Kahar... Nama saya Kahar."

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now