Chapter 15: The one who got away.

278 23 10
                                    

Somewhere else - 2006;

"Areez nak pergi mana sayang?"

Wajah ibunya yang sendu dengan penuh air mata itu ditatapnya buat kali terakhir. Dia dah tak boleh tinggal di sini lagi. Dia dah tak boleh kembali kepada kehidupannya seperti dahulu.

Areez menggalas duffel bagnya dan berganjak pergi dari perkarangan rumah mewah itu. Ayahnya sudah memberi kata muktamad, dia sudah dicoret dari senarai keluarga. Jadi Areez akan mulakan hidup sebagai sebatang kara mulai hari ini.

Dia tak kisah. Baginya hukuman ni masih terlalu ringan. Dibanding dengan di hantar ke terapi untuk mengubat nafsunya yang menyukai kaum berlainan sejenis. Masalahnya dia bukan gay. Keluarganya sahaja yang tidak faham apa yang dia rasa sebenarnya.

-
-
-
-
-

Dia menghabiskan setengah dari simpanannya untuk menyewa sebuah bilik yang terletak tak jauh dari sebuah kedai serbaneka 7eleven. Boleh la dia menghabiskan masa dahulu di bandar ni, sebelum dia boleh merancang ke mana lagi kakinya akan bawa dia pergi selepas ni.

-
-
-
-

Bosan. Ahhh bosannn. Areez tertanya-tanya, apa lagi dia buat di pintu gerbang Kudrat ni. Tak cukup lagi ke dia kena banned dari sekolah ni? Dia dah dikira sebagai pendatang haram kat sekolah ni. Kenapa dia boleh terfikir nak datang ke sekolah ni lagi.

Dengan sebuah kamera dibawanya yang mempunyai satu lagi sisa filem terakhir untuk digunakan.

Apa yang dia harapkan hah.

Adakah dengan berkeliaran seperti ini dia boleh berharap dapat bertemu dengannya?

Areez... cukupla... cerita korang dah tamat. Wait... macam mana sesuatu cerita itu dah tamat kalau permulaannya pun tiada?

Hah... angan-angan apa lagi yang kau cuba nak bentangkan, benang basah mana lagi yang kau cuba nak tegakkan. Kau je yang syok sendiri.

Dahla pengecut.

Langit sudah tak nampak biru. Hanya dihias dengan awan yang berarak kelabu.

Kelabu... tanpa dia. Dunia Areez menjadi kelabu. Areez dah tak nampak lagi dunianya menjadi warna.

Dia nak jumpa. Dia nak jumpa. Dia nak jumpa. Walaupun hanya sekali pun-

Dia mula merasakan yang tuhan mula berpihak di sisinya. Doanya terkabul saat melihat sosok yang dinantinya baru sahaja melintasi di sebalik bangunan sekolah yang tersorok.

Dia ternampak kelibat Fakri yang lengkap dengan hoodie kelabunya. Pakaian kasual yang dipakai oleh Fakri, menunjukkan waktu persekolahan sudah tamat. Sekarang pelajar diberi masa untuk beriadah. Nama je beriadah, tapi sebenarnya more to buat aktiviti sendiri.

Mari kita ucapkan selamat tinggal yang terakhir... bisik hatinya. Walaupun Areez tak rela, dan sebenarnya timbul juga rasa takut di dalam hatinya. Andai kata Fakri juga menghakiminya seperti orang lain.

Dia bernasib baik sebab semasa pegawai polis membawanya pergi, dia tak memandang ke arah wajah Fakri. Kalau tidak, dah tentu dia meraung di situ juga bagaikan orang gila. Dia juga takut akan pandangan Fakri terhadapnya.

Dia perogol...

Areez adalah seorang perogol.

Seorang perogol yang akhirnya dikalahkan oleh Naim yang merupakan abang kepada Fakri.

Apa yang Fakri akan fikir padanya?

Ketika itulah terbit rasa takut, cemas, serba salah di dalam dirinya. Andai kata masa boleh berputar semula. Dia tak akan ikutkan cemburu buta dia. Dia tak akan jadi bodoh gelapkan mata dan tumpulkan akal fikiran dengan buat kerja-kerja gila tu semua.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now