Chapter 20 : Dear Fakri Part 2

292 21 23
                                    

2006 - Kediaman Harun Jasni

"Naim... "

Barang-barang di sekelilingnya dihempaskan, tanpa mengira langsung jika ada di antaranya akan terkena pada lelaki yang dipanggil mesra ayah itu. Naim bagaikan menggila, dia tak boleh nak kawal emosinya, dia tak peduli dan apa yang dia tahu dia nak lepaskan kemarahannya.

Dan ayahnya membiarkannya.

"Naim... kalau Naim buat macam ni, Fakri tak suka nak..."

Serta merta pergerakannya terhenti. Dadanya masih berombak, nafasnya tercungap. Tapi sudah nampak tanda-tanda dia mahu berhenti. Untuk seketika kemudian, Naim bergerak perlahan-lahan mengemas semula barang-barangnya yang bersepah.

Frame gambar dibetulkannya kembali, kaca-kaca yang berselerakan di sapu dan dibuang ke tempat yang sepatutnya. Ayahnya juga turut membantu tanpa berkata apa-apa.

"Maafkan Naim, ayah."

"Tak apa... ayah faham. Naim lepas kemas-kemas ni, makan ubat lepas tu tidur ya."

Dahi Naim sudah berkerut. Baru sahaja dia mahu protes, dia sudah disampuk oleh ayahnya. "Besok kan kita nak sambung cari adik. Naim kena tidur, nak kena kumpul banyak tenaga. Boleh kita cari Fakri lama sikit."

Bibir Naim mula terukir senyuman lebar. Dia mengangguk secepat yang mungkin bagaikan kanak-kanak riang. "EM! OKAY AYAH!"

Naim segera mengemaskan saki baki akibat kekacauannya tadi dan beransur ke dapur untuk memakan ubat. Harun Jasni mengambil peluang tersebut untuk keluar dari rumanhnya segera untuk menyambut tetamu yang baru sahaja sampai di hadapan pintu pagar rumahnya.

"Assalamualaikum... "

Kelihatan seorang lelaki yang menjenguk ke dalam perkarangan rumah dari luar pintu pagar besarnya. Harun Jasni sedikit berlari anak-anak untuk membuka pintu pagar, sekurang-kurangnya dia dan lelaki tersebut perlu cepat sebelum Naim sedar yang lelaki tersebut ada di sini.

"Waalaikumussalam, Firdaus! Lama tunggu?"

Firdaus Ismet tersenyum, sambil menggelengkan kepalanya. Di tangannya terdapat sebuah beg yang berisi kain baju milik seseorang dan Harun Jasni perlukan baju tersebut untuk menenangkan Naim. Walaupun... ianya hanya bersifat sementara.

"Tak... baru je sampai. Naim... dia... buat lagi ke?"

Harun cuma menganggukkan kepalanya tanda pasrah. Kemudian dua ayah kepada Naim ini hanya mampu memberikan senyuman reda dan sabar untuk masing-masing.

Firdaus menyerahkan beg tersebut kepada Harun Jasni.

"Saya harap... dengan baju Fakri ni... dia dapatla lena walaupun sekejap."

Mengalir air mata Firdaus Ismet bila Harun Jasni menyebut nama anak lelaki keduanya. Lelaki itu menanggalkan cermin matanya, untuk menyeka air mata jernih tersebut dari deras mengalir. Harun Jasni juga tak terkecuali, walaupun hubungannya dengan anak tiri keduanya itu tak lama. Namun di ingatannya, Fakri mempunyai makna yang sama dengan Naim. Keduanya dia sangat sayang walaupun tak berpeluang untuk menjaga Fakri.

"Buat masa ni. Ini sahajalah yang mampu kita lakukan. Terima kasih Harun... sebab jagakan Naim. Kami tak dapat jagakan Naim sebab..."

Harun menepuk bahu Firdaus.

"Awak tak payah risaulah pasal tu. Kita semua ni satu keluarga. Naim pun anak saya jugak. Cumanya awak dengan Idah kena bagi Naim masa untuk terima awak berdua semula. Tak mudah-"

"Untuk hadap hati yang terluka yang bertahun lamanya." Firdaus ismet menyambung ayat Harun Jasni.


Walaupun pedih... akan hakikat tersebut...


Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now