Chapter 19 : R.T.R ( 3rd origami) part 2

310 19 29
                                    

Pernah tak kau terfikir yang... kau ingat kau dah tahu semua benda dan selesaikan teka teki yang tak terjawab dalam hidup kau. Tapi apa yang kau sangka meleset sama sekali. Sesuatu kebenaran tu ternyata membuka satu lagi pintu rahsia yang kau kena selesaikan sebelum kau betul-betul dapatkan jawapannya. Itu... kata kahar ketika ini.

Ayam hanya menatap datar pada keduanya. Bagaikan sudah mati perasaannya. Dia berpeluk tubuh, enggan memandang pada sekeliling mereka. Tahu benar akan manusia-manusia yang terlalu sibuk sangat nak tahu hidup orang lain.

Areez la yang menjeling tajam pada mereka semua kerana dia tak tahan dengan menjadi pusat perhatian pengunjung di situ.

"Nak marah lama-lama, tapi sejujurnya aku dah penat. Mungkin kalau awal-awal lagi kau mintak maaf dengan aku, mesti aku tak rasa sesakit macam ni."

Ayam maksudkannya, tapi bukanlah bermakna kerana dia masih berdendam pada Kahar disebabkan dia hampir mati atau apa. Ada perkara lain yang dia mahu confront dengan kahar. "By the way, aku tak nak kisahkan lagi dah hal lama. Bukan sebab tu juga yang buatkan aku sanggup untuk jumpa korang."

"Kahar, Hakeem. Bangun. Korang sudah-sudahlah tu buat drama tv3 pukul 7 korang tu kat sini. Tak luluh jugak akunya."

Keras betul hati ayam. Tapi Kahar tak mampu berbuat apa-apa. Dia sendiri menjadi penyebab kepada titik hitam dalam hidup lelaki di hadapannya ini. Sekali gus mengubah persepsi dan hati nurani lelaki ini.

Hakeem bangun sambil menarik Kahar, dia menarik juga kahar untuk bangun sehingga memaksa lelaki yg lebih besar daripadanya terikut jua.

"Ayam... aku akan buat apa sahaja demi untuk dapatkan kemaafan dari kau. Aku sanggup ayam."

"Stop that. Aku dah cakap tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan lagi. Aku dah penat untuk marah. Terlalu penat. Otak aku dah tak boleh brain dah. Kau buat je apa yang kau nak buat lepas ni. Just move on with your life."

Hati kahar menjadi sedikit tenang. Walaupun mendapatkan jawapan yang ambigu, dia tetap merasa gembira. Sekurang-kurangnya, ini adalah step pertama dia.

"If anything Ayam. Kau cakap je nak suruh aku buat apa, aku akan jadi first responder kau." Permintaan yang simple tapi ayam pun hanya berhumm ria.

Kemudian riaksi Ayam berubah menjadi serius semula.

"Jadi aku tukar soalan aku. Apa yang kau nak achieve dari journey kau jauh-jauh jumpa aku? Aku tahu bukan sekadar mintak maaf."

"Adakah jawapan yang kau dapat pengaruhi keputusan 'apa yang kau nak buat' selepas ini? Beg baju kau nampaknya dah tersedia rapi. Kau pun nampaknya tak gelabah. Maksudnya kau dah prepare mental kau sebelum kedatangan kau ke sini. Apa plan kau?" Panjang lebar Areez menyoal. Bukan Kahar ya. Areez. Sekali gus membuatkan keduanya lagi ternganga dengan soalan Areez.

Suasana hening lagi. Ketika itu, kahar dapar menangkap maksud pertanyaan Areez. Matanya membulat lebar. Rahangnya mula mengeras. Segera dia mengalihkan perhatiannya pada Ayam.

"Ayam... mana Fakri?"

Dengan sepantas kilat Ayam mengeluarkan pisau dari beg sandangnya dan menerjah ke seberang meja. Tahu-tahu sahaja pisau tersebut sudah berada di leher Kahar. Kalau Kahar bergerak walaupun sedikit, sudah pasti bilah tersebut akan menggores lehernya.

"Sial. Kau memang tak sudah-sudah nak hancurkan hidup dia ya? Kau memang tak boleh bagi dia hidup aman ke? Aku patut bagi Fakri bunuh je kau dulu."

"Dan tu silap aku. Biarkan kau hidup!"

Hakeem dah nak berair dah air mata dia, Areez pulak dari nak minum air dia, sampai tersedak. Masing-masing tak tahu nak buat apa, tak tahu nam hadap macam mana dengan sisi baru ayam. Selama diorang kenal ayam, lelaki itu tersangat lah avoid akan menggunakan kekerasan ya. Baru kali ini dia melihat Ayam senekad ini.

Projek high council : Penjara dunia dewasaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora