Epilogue Part 2 : The Clown who doesn't Laugh anymore

166 17 5
                                    




Kudrat 2006: -

Derapan kaki yang melangkah dengan pantas berlari menuju ke arah sesuatu tempat. Dengan kaki pendeknya dia berusaha untuk sampai ke destinasi yang diinginkan sebelum dia terlambat. Dia harus cepat, cepat, dan cepat. Pelajar-pelajar lain yang dilintasinya hanya melihat kelibatnya sepintas lalu. Mereka tertanya-tanya kenapa kelibat tadi berlalu begitu pantas.

Hakeem tak peduli lagi dengan apa yang terjadi. Yang penting dia harus jumpa dengan orang tu sebelum terlambat.

Anak matanya tertangkap pada sosok yang dicarinya. Dia berhenti untuk seketika untuk mengambil nafas panjang. Dia sedikit tercungap-cungap selepas marathon hampir seluruh sekolah untuk mendapatkan pemuda yang berada tak jauh daripadanya. Hakeem mengatur nafasnya untuk bertenang.

Perlahan dia mengorak langkah untuk menghampiri pemuda yang masih bertungkus lumus memasukkan barang-barangnya ke dalam sebuah bonet kereta.

"Ka- kahar."

Yang dipanggil namanya hanya tersentak. Kahar langsung tidak membalikkan tubuhnya dan meneruskan kerja-kerja memuatkan sisa barang-barangnya ke dalam kereta.

Hakeem terasa sebak. Sampai macam tu sekali ke Kahar tak mahu memandangnya? Sampai macam tu sekali ke Kahar berniat untuk pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal?

Dia menghampiri Kahar dan menyentuh lengan kahar. Namun yang diterima darinya hanyalah riaksi dingin. Kahar hanya berhenti tanpa berbuat apa-apa. Bahkan untuk memandang wajah Hakeem pun dia tak mahu.

"Kau... nak pergi tanpa ucapkan selamat tinggal?"

Kahar berpaling ke tempat lain. Lengannya ditekap pada wajahnya. Nampak Kahar cuba mengesat sesuatu pada wajahnya.

Dia mendengar suara isakan yang perlahan dari kahar. Dan suara nafas ditarik sedalam-dalamnya.

"Maaf Hakeem. Mungkin aku tak sempat nak habiskan SPM aku kat sini dengan kau."

Hakeem terkesima. What the fuck?! That's it?! Itu je yang Kahar nak cakapkan pada dia?! Kebodohan apa ni?!

"Kahar... kau nak pergi macam tu je and bila aku sempat jumpa ngan kau, itu je yang kau nak cakap dengan aku?!" Bentak Hakeem. Sebuah kemarahan yang dah lama terpendam rasa membuak-buak.

Hakeem mula ketawa terbahak-bahak. Tangan kanannya menutup seluruh wajahnya, cuba menyembunyikan bulir jernih yang sedang bertakung. Kahar kejam... Kahar Jahat... kenapa dia boleh terfikir untuk pergi tanpa membicarakan apa yang masih belum tuntas di antara mereka?

"aku akan balik semula ke sini."

"Bila? Bagi aku kata putus. Sebab kau pun tak nampak macam nak balik sini semula sampai bila-bila."

"sampai dosa lama aku datang menghantui aku kembali. Bila mimpi ngeri aku datang beri peringatan pada aku untuk datang dan langsaikan hutang."

Hakeem menahan sebaknya.

"Hutang? Hutang apa yang kau cakapkan ni?"

Kahar menelan ludahnya. Matanya juga sudah berkaca. Sedaya upaya dia menahan dari air matanya jatuh. "Suatu hari nanti Hakeem... aku akan datang balik dan perbaiki semuanya. Dan bila kehadiran aku akan diperlukan lagi... InsyaAllah... kalau rezeki aku umur Panjang, kita jumpa lagi ya Hakeem?"

Dia menepuk bahu Hakeem tetapi ditepis kasar oleh lelaki yang lebih pendek itu. Dari sorot mata Hakeem... kemarahan yang meluap dan kebencian yang mula terhasil dari perlakuan tak adil yang diterima olehnya.

Kahar memang tak adil.

"sekurangnya... kalau kau nak bercakap pasal hutang. Sepatutnya... orang pertama yang kau patut cari adalah aku..."

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now