Chapter 19 : Road to Redemption part 1

270 22 20
                                    


Naim... Fakri.... Kisah mereka masih jauh dari kata akhir. Kalau kau kata pengakhiran mereka di kudrat merupakan closure di antara mereka...

Kau silap.

-
-
-
-
-

Kahar memandang ke luar tingkap melihat hutan konkrit yang dilalui mereka. Sejak semalam, mereka bertiga decide untuk berangkat menuju ke KL dan mencari orang seterusnya di dalam list mereka. Well dalam erti kata lain list kahar, tapi added Hakeem dan Areez yang joined at the half the way.

Walaupun Kahar menolak keras supaya Hakeem tak ikut sekali, budak tu still berdegil jugak. Dia cakap 'aku yang sewa jeep ni. Takkan aku expect kau nak bawak jeep ni dengan keadaan selamat?'. Sebelum kahar berjaya mencepuk Hakeem yang terang-terang mengejeknya kerana tiada lesen, Areez terlebih dahulu menyampuk.

"Kau takder lesen?" Areez dah bagi senyuman trademarknya. Sinis dan memang 100% mengejek.

Last sekali, kahar cepuk je dua-dua. Senang. Kurang ajar dua ekor ni. Bukan kahar tak nak buat lesen, tapi dia memang tak boleh! Masa kat Manila dulu pernah la bawak, tapi... kisah tu mari kita cerita kemudian hari. Sekarang fokus pada trip mereka to KL untuk mencari seseorang.

"Kau yakin ke dia ada kat KL? Entah-entah dah pindah lagi."

"Hurm, aku tak rasa yang dia akan pergi mana-mana. Since... dia pun perlukan closure dia dengan kau. At least, kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Dia boleh dengar permintaan maaf kau lepas ni."

Areez menyampuk. Dari ekor matanya menjeling pada Kahar yang sudah hanyut dalam tanggapannya sendiri. Dia tahu lelaki itu sedang cuba membayangkan pelbagai senario yang mungkin akan berlaku bila mereka bertemu dengan masa silam mereka lagi.

Manakala Hakeem pula mengeluh. Dah la hal malam di rumah Areez tu masih lagi dia tak boleh hadam. Sumpah complicated gila, even though Kahar ajak dia duduk sama-sama pastu explain pun dia still sudah nak terima. Bukan maksud Hakeem, dia susah nak terima part Areez suka Fakri... tapi.... Dia cuma tak sangka rahsia besar yang kahar simpan selama ni.

Damn... malam ni kejutan apa lagi yang akan dia dengar lepas ni? Adakah dia masih mampu menerima kenyataan yang pahit mengenai kawan-kawannya. Lagipun... ke mana je dia pergi selama ni? Kenapa benda-benda ni berlaku tanpa sepengetahuannya? Sejauh mana mereka semua menyimpan rahsia sisi gelap mereka tanpa Hakeem ketahui?

Adakah Hakeem sebenarnya cukup kenal dengan Kahar atau... tak langsung? Dia cuba hiraukan rasa sakit hatinya dan fokus pada prepare mental dan fizikalnya untuk malam ni.

-
-
-
-
-

"Kau nak pergi mana Azam? Dah malam dah ni."

Namun Azam tidak memperdulikan teguran sahabat baiknya. Tangannya laju memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg galasnya.

Dia nak balik kampung ke? Bisik pemuda yang lebih tinggi itu pada Azam yang sejak mereka balik petang semalam, masih mendiamkan diri. Dinner celebration mereka dilupakan macam tu sahaja.

Bila diorang sampai je rumah, Azam terus masuk ke dalam bilik dan mengunci dirinya. Puas jugak dia memanggil dan memujuk Azam. Tetapi pemuda itu hanya mendiamkan diri, dan kadang-kadang dia terdengat suara isakan yang sayu datang dari bilik tersebut.

Ada juga dia terdengar... Azam menyebut nama Fakri. Dia tak tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Azam. Tetapi yang dia tahu sepanjang dia berkawan dengan Azam, selalu juga dia mendengar nama Fakri. Dia pernah melihat Azam mengigau pemilik nama tersebut hingga menangis dalam tidurnya.

Dan berakhir bila dia mengejutkan Azam dari mimpinya. Azam pula sebaik dia mencelikkan matanya, terus dia meluru memeluk sahabat baiknya dan menangis terisak-isak. Mulutnya tak berhenti-henti menyebut 'Maafkan aku Fakri.'

Projek high council : Penjara dunia dewasaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن