Chapter 18 : One of us is lying Part 3

214 19 2
                                    

Bunyi muzik yang berdentum tak menghairahkan langsung untuk Naim yang tidak menyukai keramaian. Dia kalau boleh tak nak join langsung di tengah crowd yang sedang menggila berdansa lagu-lagu yang trend pada zaman sekarang.

Sesak.

Badan-badan manusia yang menari dan bergasak dengan berbagai ragam, mengikuti irama muzik. Urat malu itu sudah mati agaknya di dalam diri mereka walaupun tidak ada bakat menari, bila sudah rasa khayal dan seronok, semua benda pun nampak hebat.

Kepala Naim sudah pening. Dia cuba mencari di mana pintu keluar, tetapi sebelum tu...

Tangannya merangkul pinggang Siti dan berbisik di telinga gadis itu. "Siti, aku keluar kejap, ambik angin. Kepala aku sakit."

Gadis itu masih menari riang, dia hanya menganggukkan kepalanya lalu hilang di tengah-tengah keramaian itu. Dia meninggalkan Naim yang hanya menggelengkan kepalanya saat melihat temannya sudah bagaikan orang hilang waras.

Sewaktu kakinya melangkah menuju ke satu arah yang menunjukkan pintu keluar. Dirinya bagai ditarik oleh seseorang, Naim menoleh pada orang tersebut.

Ah... orang ini. Dia melihat gadis itu sewaktu mereka mula-mula masuk ke pintu dewan tadi. Gadis tersebut asyik melihat ke arahnya dengan Siti tanpa berkedip. Malah ketika Siti tidak perasan, gadis itu dengan berani melemparkan jelingan dan senyuman manja yang mampu membuat hati mana-mana jejaka yang melihatnya cair.

Hanya sahaja gadis itu memang tidak menarik minatnya. Bukan Naim bermaksud penampilan gadis itu hodoh atau apa. Baginya semua orang ada kecantikkan mereka tersendiri.

Dan bahawasanya orang-orang ini perlu tahu yang cantik itu subjektif. Bukannya Naim ni bodoh tak dapat menangkap apa yang dimahukan oleh gadis tersebut. Dia cuma malas nak melayan perempuan genit sepertinya.


Bukan cita rasanya.


"You nak pergi mana?" Jari-jari runcing itu dengan liar meraba dada Naim, menyebabkan lelaki itu menjadi semakin tak selesa. Ikutkan hatinya, nak je dia tolak perempuan ni menjauh darinya. Itu belum lagi, minyak wangi gadis ini benar-benar tajam dan menusuk deria baunya. Makin bertambah pening lelaki tinggi lampai ini.


Aduh... Naim dapat merasakan dua benjolan besar bersentuhan dengan lengannya. Seolah-olah mahu Naim dengan sukarela memegang aset gadis itu sendiri dan kalah dengan nafsu jantannya. Of course la dia bernafsu, tapi bukan ini caranya!

Gadis itu hampir menjerit frustrasi apabila Naim seperti tidak memberikan apa-apa riaksi. Biasanya mana-mana lelaki yang dia goda sudah tentu akan kalah dan mula tergila-gila dengan dirinya. Namun begitu, Naim... lain daripada yang lain.

Gadis itu mencuba lagi. Kali ini dengan lebih berani, dia menuntun tangan Naim untuk diletakkan di belahan peha gebunya. Sudah tak perduli lagi pada mata-mata yang memandang. Yang dia tahu, lelaki seperti Naim ini bukannya datang setiap hari!

"You..." suara Naim perlahan menegur. Gadis itu tersenyum kemenangan. Adakah ini bermakna Naim ingin mengajaknya ke sesuatu tempat untuk berdua dengannya?

"Yes babe?" Mata bulatnya yang kelihatan berat dengan bulu mata palsu itu berkedip laju seperti mengharapkan sesuatu dari Naim.

"Tak guna You goda I camni. I ni gay. Dengan erti kata lain I ni suka lelaki. Now, please excuse me." Naim menolak tubuh gadis itu dengan sedikit kasar. Ketika itu, dia mendengar suara hilaian ketawa... which is coming from siti yang berada tak jauh daripada mereka.

Pada mulanya siti hendak menolong Naim to fend off betina gatal ni. Tapi memandangkan Naim boleh take care diri dia sendiri in such hilarious way, Siti sumpah terhibur! Nampak gayanya, tak sia-sia Siti bawak Naim ke reunion sekolahnya pada hari ni!

Such a fun dude!

"Fuck you siti! Kau nampak tapi tak tolong aku?" Naim menarik siti ikut dengannya. Sekarang mereka berada berhampiran dengan pintu exit. Selepas meninggalkan gadis gatal tadi, mereka berdua masih nampak gadis itu tidak bergerak dari tempatnya dengan mulut ternganga. Well... at least dia tak histeria tetiba sebab kena reject ngan Naim.

"Dude! More drama like this! Aku lagi suka jadi bystander dan makan popcorn instead jadi center of the conflict. Nope, thank you! Lagipun! Betina tu memang famous kat sekolah dulu sebab suka caras boyfriend orang sana sini. Semua orang benci dia. Dan kau punya reply tu, sangat win and priceless!" Voila! Siti membuat gaya chef kiss pada Naim.

Lelaki itu tak lepaskan peluang untuk memberi jelingan kotor dan menampar pelan bahu siti. "Aku bukan boyfriend kau. Kau tengok! Semua orang dah salah faham sebab aku jadi plus one kau."

Naim melepaskan kotnya. Tali leher sudah hilang entah ke mana selepas babaknya dengan perempuan tadi. Mendengar sindiran sinis lagikan tak berinsurans dari Naim, Siti membuat muka jijik sambil nak termuntah.

"Pfft! Poyo! Aku pun tak hingin nak kau jadi boyfriend aku. Btw, aku ajak kau ni pun ada sebab~" dengan nada berlagu Siti mengarahkan pandngannya pada seseorang yang entah sejak bila berdiri di belakang Naim. Menunggu Naim untum menyedari kehadirannya.

Naim menoleh ke belakang dan untuk seketika... jantungnya bagaikan terhenti.

Bibirnya menggigil untuk berbicara. Tapi gagal untuk merangka ayat yang sudah berteraburan dalam kepalanya. Dia bagaikan bungkam dan hanya memperlihatkan riaksi kejangnya sebagai jawapan pada kejutan yang berada di hadapannya ni.

Siti yang melihat Naim begitu payah untuk merangkai kata-kata, bertindak sebagai orang tengah. Kalau Naim tak boleh hadap sangat surprise ni, dia akan tarik Naim menjauh dari mamat di hadapan mereka ni sekarang jugak. Keselamatan dan kesejahteraan Naim adalah top priority Siti sekarang ni.


Mereka boleh adakan confrontation ni di lain hari.

"Naim... Kau.. kau kenal Kan? Dia satu batch dengan kau masa kat kudrat dulu?"

"Ke-kenapa siti?"

Siti menghela nafasnya.

Naim melihat ke arah lelaki yang kini sudah nampak lebih dewasa. Ye... sudah 3 tahun berlalu, semua orang pun sudah berubah seiring dengan waktu. Tetapi kenapa Naim rasa dia sahaja bagaikan terkurung di masa silam? Bagaikan waktu tak pernah bergerak untuknya.

"Kau nak cari adik kau kan? Maybe dia ada something yang boleh tolong kau?"

Naim mengangguk. Tanpa berkata apa-apa dia melangkah keluar dari dewan tersebut. Lelaki itu menyusulnya sambil melemparkan senyuman simpati kepada Siti dan hilang setelah pintu exit yang berat tersebut tertutup.

Siti tersenyum riang. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.

"Tuan? Oh jangan risau. Naim berada di tangan yang selamat. Dia hanya berjumpa dengan sebahagian dari masa lalunya"

Projek high council : Penjara dunia dewasaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora