Chapter 13 : Origami

352 28 23
                                    

His story will begin now.



Rantau Panjang - Sungai Golok
At somewhere else.....

"Mana kau sewa jeep ni Hakeem? Cayalah, function doh masuk kat tempat-tempat macam ni."

Bila Kahar cakap macam tu, dia tak nafikan yang jalan menuju ke tempat Areez ni penuh dengan tanah merah dan berlecak. Kereta biasa kalau masuk ke tempat macam ni confirm tersangkut. Pulak tu, half perjalanan mereka dah tak nampak jalan tar dah. Melainkan jalan tanah yang dibuat sendiri oleh penduduk tempatan.

Dia rasa agak kasihan, walaupun dah 3 tahun berlalu dan pemerintah kerap bertukar. Dia sedar yang sebahagian infrastruktur rakyat masih dianaktirikan. Kena tunggu ada yang mati dulu agaknya baru nak membangun kawasan ni.

"Tak berubah... aku tak tahula benda ni elok atau sebaliknya."

Hakeem masih fokus pada jalan-jalan yang dah mula berbukit dan berliku. Dia sejak dari tadi diam tanpa respon sedikit pun apa yang dikatakan oleh Kahar. Pemuda yang berada di sebelahnya juga nampak tak kisah dengan keadaan seperti itu kerana asyik mengomel sendiri.

Yang dia tak puas hati sekarang ni adalah... dalam banyak-banyak tempat, kenapalah Areez boleh terfikir nak duduk kat sini? Kan dah susah. Dah la pembangunan kat sini tak pesat lagi.

Budak bandar macam Areez duduk kat hutan-hutan macam ni. Padahal kampung kat sebelah sana banyak kot! Dia masih ingat waktu sekolah tu Areez, memang dikurniakan dengan kemewahan tanpa kekurangan sedikit pun. Semuanya boleh dilihat melalui barang-barang peribadi dan sewaktu dengannya.

"Hakeem..."

"Kau nak muntah ke kahar? Sabar jap. Sikit lagi ni aku nampak tanah rata."

Kahar berdetak lidah. "Bukan la, tu aku rasa tu rumah dia."

Hakeem memberhentikan pacuan 4 rodanya itu ke tepi. Dia sedikit ternganga melihat rumah kayu yang sederhana itu terletak di hujung sana. Di tepi rumah kayu tersebut terdapat sebuah kebun sayur dan bunga.

Mereka berdua saling berpandangan. "Seriusla kan." Serentak pulak tu mereka membicarakan isi fikiran mereka sendiri.

Tak percaya rasanya bila melihat budak yang full privileges macam Areez ni hidup dalam keadaan macam ni. Bukannya mereka nak kutuk, tapi Areez memang budak yang tak pernah hidup susah. Everything keperluan dia parents dia yang loaded tu yang uruskan.

Sedangkan masa dia dekat asrama pun, dia rela upah budak-budak junior basuhkan baju dia. Gosh. Ada sekali tu Kahar basuhkan je budak Areez ni, suruh dia buat sendiri nak bagi pandai berdikari. Bukannya dia nak bitter, tapi kalau dah duduk asrama tu, itulah tujuannya nak bagi pandai uruskan hidup sendiri.

"Habisla kasut kau." Hakeem menambah.

Budak tu nampaknya tak bergurau, dengan tanah merah yang masih lembik dan berlecak. Sebelum sampai ke rumah Areez, mereka harus melalui cerun dulu.

Few moments later.

Dah takder dah bersih- bersih macam tadi. Habis hilang sudah pakaian dan kasut mereka yang bersih. Kahar mengikat sweater pada pinggangnya. Hanya tinggal baju singlet hitam yang tipis menampakkan bahu dan otot-otot yang masih lagi sasa sama seperti semasa dia di kudrat dahulu

"Aku kalau dah jumpa si Areez ni, aku nak heret dia duduk kat tempat yang ada fasiliti elok sikit!" Sambil-sambil tu Hakeem sempat sumpah seranah apabila dia hampir nak terjatuh.

"Elok-elok sikit keem. Jap lagi ada yang bergo-"

Saaap! "KAHAR!!!!"

Dia dah tersalah langkah, kakinya tergelincir saat salah menapak. Dadanya mengembang dan menarik nafas sedalam-dalamnya, pasrah bila tanpa kawalannya badan dia jatuh menghempap ke tanah dan bergolek-golek jatuh dari cerun tersebut.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now