Chapter 18 : One of us is lying part 1

263 16 2
                                    

"Morning Naim!"

Naim hanya membalas dengan senyuman. Pagi ni dia masih mamai sebenarnya, ikutkan benda yang paling dia benci adalah bekerja pada shift pagi. Walaupun pada awalnya dia memang sejenis yang morning person... tapi sejak 3 tahun yang lepas dia sudah tak menjaga pola tidurnya lagi dan kadang-kadang dia bantai je waktu bila dia nak tidur.

Kadang tengahari lelapkan mata, kemudian malam berjaga macam burung hantu.

Subuh kadang selalu terbabas, kerana baru boleh lelapkan mata.

Pekerjaannya sebagai barista cafe juga merupakan salah satu faktor penyumbang kenapa pola tidurnya tidak teratur.

"Asian Dolce Latte?" Kata gadis yang menyapanya tadi. Dengan riangnya dia mengangkat cawan coffee yang Naim boleh nampak kepulan asap dan aroma kopi yang menyengat memenuhi deria baunya.

Dia sedikit menjauhi gadis tersebut. Intrude his personal space.

"Nah.. I'm good" tolaknya dengan sedikit sopan.

Gadis itu mencebikkan wajahnya. Sedikit kecewa kerana air tangannya ditolak. Tapi tak lama kemudian gadis itu kembali ke personaliti riangnya. Dia juga sudah terbiasa pada Naim yang bersikap kadang-kadang hangat dan juga dingin. Seolah-olah membatasi hal personal affairsnya. Which is Siti tak pernah kisah.

Sebab bagi Siti, as long they both tak masuk campur hal each other, they are good.

Mereka berdua kembali sibuk seperti biasa, melayani pelanggan yang berkunjung. Terlebih lagi on peak hour.

"Uwahhhhh! Ramai betul customer hari ni kan? Tak berhenti woooo" Siti duduk di atas sebuah kerusi sambil merenggangkan tubuhnya.

Matanya menjeling pada Naim yang sibuk mengelap meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggan. Aihhh buat-buat rajin pulak mamat ni. Tak boleh jadi ni.

"Naim! Duduk la dulu. Lagipun customer dah takder. Chill la."

Naim berhenti pekerjaannya dan mengeluh. Datang dah...

"Tak nak. Last aku ikut cakap kau, boss bebel kat kita berjam tau. Kau tak ingat ke, dekat seminggu dia duk asyik observed kita? Jenuh kau asyik nak kena pantau 24 jam ngan mata helang dia."

Siti berdetak lidah. "Aishhh, takderla sampai 24 jam. Melebih pulak kau ni."

Naim meneruskan pekerjaannya lagi. Sewaktu dia hendak mengelap kaunter, dia terpandang akan sesuatu di tempat cashier. Sekeping sampul berwarna merah dan ada cop wax logo sekolah pada sampul tersebut. Dia menaikkan alisnya dan memandang ke arah siti.

"Kau punya?"

Siti melihat ke arah benda yang Naim maksudkan. Matanya berbinar-binar, kepalanya bergerak ke kiri kanan seolah-olah ada topik yang akan mereka bicarakan pada hari ni. Jangan salah sangka, Naim memang peramah, tapi tak bermaksud dia tu chatty sepanjang masa. So most of the time, siti yang akan berubah menjadi chatter box mode.

"Ya! Reunion sekolah aku! Dah almost 5 tahun aku tinggalkan sekolah! Minggu depan kitaorang nak berkumpul semula!" Naim sedar yang gadis ini 4 tahun lebih tua daripadanya. Tapi disebabkan perangainya yang seperti kanak-kanak ribena, kadang-kadang orang pun ingat budak ni mungkin baru habis sekolah menengah and whatsoever yang akan mengatakan siti itu lebih muda darinya.


"Kau sekolah mana dulu?"

"Tun Fatimah! Aisyyy! Tak sabarnyaaaa nak pergi balik sekolah semulaaa! Tema apa! Baju apa! Kasut apa! Nak bawak siapa-" siti yang sudah skipping around dalam cafe tetiba berhenti.

"Kena bawak plus one..." tiba-tiba batterynya seperti kehabisan dan dia terjelupuk jatuh atas meja. Naim menghela nafas lega. Sejujurnya, dia sedikit overwhelmed pada Siti yang terlebih gula ni. Sekurang-kurangnya bagi dia sedikit masa untuk bernafas sekejap.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Lambat lagi. Detiknya.


"Naaaaaaaaaaaimmmm"


Aih... dia dah mula dah...Panjang pulak harakat dia.

Naim sengaja melepaskan keluhan yang sangat Panjang. Dalam erti kata lain 'kau boleh diam tak sebab aku dah start rasa annoying'. Tapi lelaki itu akan terus bekelakuan seperti gentleman dan setia mendengar keluhan- atau bila Siti nak meroyan. Ayah dia ajar elok kot. Kau jangan nak memalukan ayah kau, Naim.

"Tak nak Siti. Kau tahu kan aku memang tak suka kat tempat crowded macam tu. Kepala aku sakit kalau bunyi terlalu bingit. Kau jangan macam-macam."

Siti mencebikkan wajahnya, bibirnya sudah muncung ke depan. Nak je Naim tarik pastu ikat dengan tali. Nasib baik comel.

-
-
-
-
-

Naim tak tahu kenapa dia boleh terfikir untuk jadi plus one Siti malam ni dan dia tak tahu pun macam mana Siti boleh mempengaruhi dia sampai dia boleh cakap nak datang ke reunion ni. Haish, ilmu pukau apalah yang Siti pakai ni.

Melihat Siti yang sedang memandu di sebelahnya, serba sedikit membuatnya mengimbau Kembali ingatannya terhadap seseorang. iaitu Mia. Kadang-kala, sikap free will Siti yang juga fearless ni memang mirip dengan Mia. Mungkin disebabkan itulah, dia boleh rapat dengan Siti tanpa ada sebarang masalah. Meskipun perangai meroyan siti tu agak meresahkan.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now