Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost

194 16 22
                                    



Orang-orang menulis kisah fairytale dengan "happy ending" kerana itu sahaja yang mereka mampu lakukan.





DI SEBUAH TANAH PERKUBURAN ISLAM - 2011;

"Assalamualaikum Fakri... dah 4 bulan aku tak datang sini. Maaflah... lately ni aku sibuk sikit. Buat preparation untuk interview fasa terakhir. Hehe, InsyaAllah kalau aku diterima... aku akan mengajar kat sebuah sekolah nanti. Doakan aku tau... "


Kahar meletakkan nametagnya di atas pusara Fakhri.


"Kalau la kau ada Fakhri. Mesti kau happy kan tengok aku jadi Cikgu? Aku decide untuk jadi pendidik pun sebab kau... sejak aku baca surat kau... aku selalu impikan yang kau tolong pakaikan nametag ni kat aku. Ucap tahniah kat aku."


Kahar mengusap matanya. Aduh... janganlah nangis kahar. Dah lebih dua tahun dah... kau masih lagi nak cengeng depan Fakhri.


"By the way, dalam masa setahun lebih ni... aku dah banyak reconnected dengan kawan-kawan yang lain. Banyak juga yang aku baru tahu... ambik masa untuk jernihkan balik apa yang dah keruh."


Kahar termenung lagi, tangannya bergerak selamba mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh di kubur Fakhri.


"Kau rindukan ayam? Bagila dia masa... susah lagi dia nak terima yang kau dah takder.... Dia memang selalu ikut aku... tapi dia tak berani nak turun dan jenguk kau. Dia takut yang dia tak dapat tinggalkan kau. Fakhri... bagi dia masa untuk kumpul kekuatan kay? Nanti kalau dia dah boleh datang tengok kau, janganlah merajuk pulak." Ujar kahar sambil tersengih.


Keringat jantan sudah mula bersimbah di tubuh dan kepalanya. Tanpa segan dia segera mengesat peluhnya dengan menggunakan lengan baju kemejanya. Tak perduli, akan baju formalnya dikotori.


Dia mengumpul kesemua rumput-rumput tersebut di suatu tempat, dan menepuk debu kotoran pada tangannya. Setelah itu dia menyiram air bunga pada kubur Fakhri seperti rutin kebiasaannya apabila dia datang melawat junior kesayangannya itu.


"Fakhri... aku rindu kat kau. Sibuk sangat aku ni, aku selalu teringin nk jumpa. Tapi- kekangan masa tu makin hari makin tak dapat nak dielakkan... kalau la aku tahu. Aku beli je lot tanah sebelah rumah aku tu buat tapak perkuburan.... Boleh aku pindahkan kau ke sana. Senang sikit balik kerja aku terus pergi tengok kau."


Bukannya Kahar tak pernah suarakan hasratnya secara lantang, tapi setiap kali dia merungut soal ini. Dia bakal mendapat tiga das percuma pukulan di belakang kepala oleh Zahrin, Fahmi dan Ayam. Oh, dan tak dilupakan juga bebelan syarahan panjang berjela khas dari Ayam ya.


"Ayam cakap, aku ni parah sangat sampai nak beli lot tanah untuk kau je. Pastu dia bebel, jangan pisahkan kau dengan mak kau." Kahar memuncungkan bibirnya. Setiap kali ada perdebatan begini, pasti dia kalah sebab kena berdas- das syarahan dari Ayam.


"Bukannya aku nak angkut kau sorang. Nanti aku angkutla mak kau sekali. Nak jumpa kau tiap hari pun salah." Dia mencebikkan wajahnya. Tak ubah seperti kanak-kanak sedang merajuk apabila dimarahi oleh ibunya.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now