Chapter 10 : Asam Pedas

420 24 26
                                    

2009 - Di sesuatu tempat.

"Pakcik, nak bunga kantan dan ikan 4 ekor"

Pakcik tadi memulakan kerjanya dengan menyiang ikan yang dipesan tadi, manakala anak kecilnya yang baya dalam 10 tahun gigih membantu ayahnya memasukkan bunga kantan tadi ke dalam plastik.

"Abang, ni ya."

Dia mengambil plastik tersebut tanpa melupakan senyuman yang ramah pada budak tadi.

"Kamu dengan adik kamu tu...lama lagi ke dalam kampung ni?"

Dia sedia maklum pada riaksi kurang senang yang cuba disembunyikan dari raut yang sudah timbul garisan-garisan kedutan usia. Dia juga sedar yang kehadirannya di kampung ini menimbulkan tanda tanya pada penduduk tempatan. Biasanya kalau orang luar yang masuk ke kampung ini sebagai pelancong akan dianggap biasa, tapi lain ceritanya kalau kau dah duduk situ berbulan lamanya dan sedikit pun tak endah untuk bergaul dengan orang kampung. Bertingkah aneh.

Kelakuannya sangat-sangat menimbulkan kerisauan penduduk kampung. Nak-nak lagi juka orang luar itu lelaki muda yang mempunyai aura budak bandar dan misteri. Dah tentu, penduduk kampung tak akan senang tambahan lagi jika mereka mempunyai anak-anak dara yang cantik yang selalu curi pandang ke arahnya.

"Seminggu lagi pakcik. Lepas tu saya dan adik saya akan pergi."

"Hurm... eloklah. Pakcik bertanya ni bukan nak menghalau kamu tapi...." Ikan-ikan yang disiang bersih tadi dimasukkan ke dalam plastik dan diserahkan kepada pemuda tadi dengan keluhan berat.

Masih ada tapi di akhir nadanya...

"Jangan risau pakcik. Kitaorang dah tak lama dah duduk kat sini. Terima kasih ya pakcik"

Dia nak cepat-cepat pergi dari sini. Tak mahu lagi menarik perhatian dari apa yang tak sepatutnya. Rasa berdebar dari tadi langsung tak hilang, dia dah mula rasa sesak nafas.

Usai menghulurkan dua keping not RM50 pada lelaki tua itu, dia menarik hoodie ke kepalanya sambil matanya meliau memandang sekeliling. Risau kalau dirinya diekori atau dikenali oleh sesiapa.

Hari itu tak seperti biasanya, hatinya tak tenang.  Dia berlari menuju ke rumah sewanya yang terletak di hujung kampung. Di dalam kepalanya cuma berfikir,

pakcik tu dah curiga dengan mereka,

pakcik tu mungkin akan call polis,

polis mesti akan dapat cari mereka di sini.

Kena pergi. Kena lari. Jangan sampai diorang jumpa kita dekat sini.

Sebaik sahaja pandangannya nampak sebuah rumah putih  kayu yang sederhana besar. Dia cepat-cepat berlari dan mencari sosok yang dirisaukannya sejak dari tadi. Segala bahan belanja yang dipegangnya dicampak entah kemana, yang dia tahu dia kena cari sosok tu.

Dia dah macam orang gila, menggagau ke serata tempat, bilik tidur mereka, bilik air, dapur, bawah rumah. Hilang. Hilang. Hilang.

Dia juga dengan keadaan yang menggigil membuka pintu almari baju mereka untuk melihat pakaian-pakaian orang itu masih berada di situ. Setiap hari dia takut kalau-kalau orang itu sedar semula berpijak ke alam yang nyata, dan pergi meninggalkannya. Tak mungkin. Tak mungkin....

Diorang dah janji. Diorang dah janji.

Dia terduduk di atas lantai. Dia rasa sesak nafas. Dunianya bagaikan berputar dan kadang-kala gelap dan berpinar. Tak sehingga dia mendengarkan suara itu lagi.

"Ayam?"

"F- Fakri?" Anak matanya menangkap pada pintu masuk rumah. Pemuda itu kelihatan basah kuyup walaupun di luar tak hujan.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now