Side story 1: Dear Kahar - Nukilan isi hati sang Junior

263 21 11
                                    


Manusia itu secara lahiriahnya adalah jiwa yang lemah,
Yang paling senang terjatuh dan tak akan kembali lagi,
Cermin yang ditatap lurus membaca jiwa yang sudah lama hilang,
Cangkang jasad yang kosong tanpa sinar kehidupan lagi,
Yang hidup menghilang. Kedunianya...

Di mana dunianya? Di mana?

Hilang...





"Kahar... kalau surat ini sampai ke tangan kau... maknanya aku dah tak ada lagi kan?"

Kahar yang duduk di sebuah bangku yang menghadap pada pemandangan matahari terbenam. Tangannya menggigil Ketika membuka surat tersebut. Mebaca baris pertama yang sememangnya ditujukan untuk dirinya. Hatinya berdebar.

"Maaf Kahar... mungkin kau terkejut apabila dapat surat ni. Mesti kau tak sangka kan? Of all people, yang akan menulis cacatan terakhir dia dan hantar pada kau adalah aku... kenapa kau? Haha... kalau kau dapat surat ni maknanya kau dah kembali ke Malaysia. Atau Ayam sendiri yang hantar pada kau... kalau dia Berjaya yakinkan papa aku untuk berikan barang peninggalan aku pada kau. Tapi aku tahu tak akan... sebab Papa aku keras kepala.

Kahar ingat lagi waktu pertama kali kita jumpa? Or... kali pertama kau decide untuk bagi 'warning' dekat aku sebagai senior kepada junior? Masa tu mesti kau benci sangat kat aku kan... sebab kau anggap aku sebagai ancaman. Jadi aku harus 'diingatkan'. Aku sebenarnya selepas manifesto tu dah faham tentang kudrat dan High Coucil... sejujurnya aku sangat hormat dengan pendirian kau. Aku hormat bagaimana kau bersusah payah untuk kekalkan tradisi tu sebaik mungkin. Tapi di mana silapnya? Aku tak kata hanya kau... aku bercakap mengenai kita. For what happen... atas harga apa yang kita harus bayar untuk kekalkan dan hapuskan High Council?



Aku kagum... pada akhirnya kau memilih untuk melepaskan semuanya demi kitaorang di kudrat. Aku tahu tak senang nak buat keputusan macam tu. Terlebih lagi tradisi kudrat mati di tangan kau sebaik sahaja kau putuskan untuk bakar kitab tu. Pada waktu itu aku akhirnya dapat melihat kau dengan pandangan mengagumi tanpa berselindung lagi. Kahar... kau memang senior terbaik yang pernah aku jumpa sepanjang aku di sekolah selain dari Ayam. Cuma aku faham... Keadaan mungkin memaksa kau untuk mengambil langkah yang... terdesak.Kita masih muda pada waktu itu... kesilapan itu adalah sedia maklumi tapi, kahar... sampai bila-bila pun sebenarnya kita akan buat silap. Tapi tak semua orang berani hadapi rasa bersalah tu dan tebus semula hutang dia pada orang lain.


Kahar... aku tahu one day... kau akan kembali ke Malaysia juga.... Untuk tebus kesalahan kau. Untuk mencari kemaafan dari setiap orang yang kau sakiti dan kemaafan untuk diri kau. Suatu benda semasa aku merantau dengan Ayam... aku belajar untuk berdamai dengan takdir. Mungkin kau patut mula dengan tu Kahar... aku tahu perjalanan kau masih jauh... tapi... aku harap... kau dapat maafkan diri kau.Sejujurnya, aku terjumpa kau sewaktu kami berada di Manila dulu...Jauh kau bawa diri. Tak sempat aku nak jumpa kau... Tak sempat nak mintak maaf.

Kau tahu tak bila first time aku jumpa kau, aku excited sangat. Aku rasa nak lari dekat kau lepas tu peluk kau kuat-kuat. Aku nak cakap yang kitaorang semua cari kau, rindu kau, dan tunggu kau balik... especially Hakeem. Dia yang paling terluka bila kau pergi. Tapi kau perlukan ruang untuk diri kau sendiri... aku faham... jadi aku putuskan untuk melihat dari jauh.

Hati aku menghangat apabila melihat kau nampak seperti Bahagia sekali duduk di Manila. Hati aku membunga apabila melihat kau begitu tekun sekali mencurah ilmu pada anak-anak Manila yang haus akan ilmu pengetahuan. Kau mengajar di sekolah kampung itu tanpa merungut akan sebarang kesusahan pun. Aku nampak jiwa kau ikhlas semasa mengajar... kau nampak sangat gembira.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now