Chapter 14 : Guilt

325 26 22
                                    

Kudrat - 2006;

"Macam mana kita nak selesaikan masalah ni? Kesian parents Azam datang jauh-jauh nak settlekan Azam dekat hospital. Tuan-"

Seorang lelaki duduk tidak jauh dari meja pengetua, tongkat yang sentiasa setia menemani disisinya diletakkan di atas meja.

Dia mengeluh, wajah tuanya kelihatan begitu letih sekali. Selama ini dia banggakan maruah keluarga yang setiasa nampak terhormat dan penuh integriti pada semua orang. Tapi kini? Dia harus mencemar sendiri maruahnya, dengan sekeping cek yang langsung tiada nilai jika untuk ditukarkan dengan nyawa manusia yang tak ternilai harganya.

Di mana dia harus meletakkan muka dia sekarang? Apa kawan-kawan terhormatnya akan bercakap mengenai dia sanggup memberi rasuah agar pihak sekolah dan juga ibu bapa Azam untuk menutup mulut.

Dia bingkas bangun dari kerusi yang ditempatinya. Membetulkan kot baju serta songkoknya.

"Tuan?"

"Beritahu saya jika jumlahnya tidak cukup. Saya akan hantar lagi. Awak tahu nak uruskan hal ni macam mana."

Sang pengetua hanya tersenyum sinis. Apakah bila sudah melibatkan nyawa pun... masih menjadi transaksi wang yang bagaikan tak berhati perut untuk menyelamatkan diri masing-masing? Sesungguhnya tiada keadilan yang bisa diandalkan jika sudah melibatkan kuasa wang ringgit. Dia hanya mampu bersimpati pada keluarga Azam.

"Mengenai Kahar, Tuan?"

"Saya tak akan jejakkan kaki ke sini lagi. Awak faham maksud saya."

Lelaki tersebut melangkah dengan perasaan yang berat. Harapannya hancur. Dia harus menerima semua hukuman tersebut jika tidak mahu anaknya hidup di sebalik tirai besi.

Sebaik sahaja kakinya melangkah di hadapan lobi, dia melihat anak lelakinya sudah menunggu di dalam kereta dengan wajah yang bengkak dengan lebam dan tanggisan. Tradisi kudrat yang buat anaknya tak jadi seperti manusia sudah. Sepatutnya tradisi tu sudah lama terhapus sejak zaman dia lagi!

"Aku hantar kau pergi Manila. Kau duduk situ dengan abang kau."

"Ayah-"

"Kalau kau bantah. Kau dipersilakan keluar dari rumah dan buat macam kau dah mati. Kau jangan balik lagi. Keluarga kita tiada tempat untuk orang macam kau."

Kahar tak mampu menahan tanggisnya sendiri. Tak cukup lagi dengan apa yang dah berlaku. Dia sendiri juga sudah hancur. Tak mampukah seorang bapa meruntuhkan egonya dan sekurang-kurangnya memeluk dan memberitahu bahawa semuanya akan jadi baik-baik sahaja?

Dia yang sudah diusir. Dia yang harus menanggung dosa. Salahkah dia untuk cuba menagih kasih walaupun untuk kali terakhir?

-
-
-
-
-

Somewhere else - 2009;

Bunyi dentuman keras mengejutkan dunia mimpinya. Gelap. Dia bangun dengan pandangannya masih berpinar-pinar. Kepalanya sakit akibat bangun secara mengejut tadi. Belum sempat pun dia mengumpul nyawanya, dia dikejutkan dengan satu suara yang datang dari satu arah.

"Jangan risau... itu Hakeem. Dia jatuhkan kayu untuk kita bakar malam ni. Kau macam mana?"

Suara garau yang cukup dikenali oleh Kahar, dia melihat Areez yang sedang mengasah sebatang kayu untuk membuat bahagian hujungnya menjadi tajam. Lelaki yang lebih muda daripdanya masih tidak berpaling ke arahnya, tetapi Kahar dapat melihat yang keadaan Areez juga tak ubah sepertinya.

Bagaikan orang yang kurang waras.

Kemudian dia mendengar suara kekehan daripada Areez. Seolah-olah sedang mengejek dan menyindir bahawa kahar tak layak menilai dirinya sedangkan Kahar juga berada di dalam situasi yang sama.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now