Chapter 21: Coming Home

160 18 1
                                    



"Fakri... Aku Cuma... tak mahu lagi kenal apa itu erti perpisahan."



Mata Hakeem terarah pada deretan bingkai gambar yang digantung pada dinding kayu rumah ini. Dimana gambar-gambar ini penuh dengan wajah-wajah Fakri dan Naim kecil yang kelihatan sangat gembira.

Bukan sahaja Hakeem, malah Areez juga tak boleh nak alihkan langsung pandangan dia melihat gambar-gambar tersebut. Terutamanya gambar yang memiliki Fakri di dalamnya. Dia amati dengan penuh tekun. Ingatannya cuba mencoret memori melihat Fakri yang begitu comel ketika dia masih kecil.

"Hurm... Azam bin Anyau."

"Pakcik Firdaus Ismet."


Secara tak langsung suasana menjadi tegang. Kahar menepuk peha Ayam supaya dia bertenang dan memberi isyarat supaya biar dia sahaja yang bercakap.

"Err. Assalamualaikum pakcik. Saya Kahar. Bekas senior Fakri dan Naim masa sekolah dekat Kudrat dulu. Ni yang datang dengan saya ni pun sama. Semuanya pernah bersekolah sekali dengan Fakri dan Naim di Kudrat."

Firdaus Ismet memerhatikan anak muda di hadapannya ini untuk seketika. Dia seperti mengingat sesuatu lalu bingkas berdiri meninggalkan mereka bertiga dalam keadaan terpinga-pinga. Kemudian lelaki tua itu Kembali lagi dengan sesuatu di tangannya.

"Abdul Kahar Bin Abu Yamin?"

Dia dan Ayam berpandangan untuk sesaat sebelum Kahar mengangguk perlahan. "Ha ah... sayalah tu. Kenapa ya pakcik?"

Lelaki tua itu menyerahkan sepucuk surat pada kahar, pemuda itu pula menyambutnya dengan penuh teragak-agak. Kelihatan sampul surat itu sudah sedikit kekuningan. Nampaknya surat tersebut sudah lama berada di dalam simpanannya.

"Fakhri... tinggalkan surat tu untuk kamu. Akhirnya... sampai jugak hajat dia untuk surat ni sampai pada kamu. Sekarang bolehlah kamu semua berambus cepat-cepat dari sini. Jangan cari lagi apa yang takder kat sini. Semuanya sia-sia." Tegas Firdaus Ismet dan memberikan jelingan tajam pada mereka berempat terutama sekali pada Ayam.

Ayam mendengus keras. Tak boleh terima dengan jawapan tak acuh Firdaus Ismet. Dia sangka selepas setengah tahun sejak kali terakhir mereka bertemu. Sekurang-kurangnya orang tua ni boleh berikan mereka di mana Fakhri berada. Tapi disambut dengan harapan yang hampa.

"Sampai bila pakcik nak sembunyikan Fakhri? Sampai bila Pakcik nak takut dengan Naim?! Pakcik tak rasa ke semua yang berlaku ni disebabkan Pakcik dan makcik?!"

Sebut pasal makcik, mereka semua di ruangan itu baru terperasankan sesuatu. Di mana mak Naim dan Fakhri?

"Fakhri dan Naim hancur disebabkan keegoan pakcik dan makcik. Dua-dua takut dengan kehilangan! Sampaikan lupa dengan kehendak anak-anak sendiri! Paksa mereka untuk jadi apa yang mereka tak mahu. Paksa mereka untuk bertemu dalam keadaan masing-masing berdendam atas kekurangan masing-masing! Semuanya sebab siapa?! Sebab korang!"

"Azam... kau tak tahu apa-apa... lebih baik kau diam."

Ayam terkekeh geli. Orang tua ni kan... sampai ke sudah pun masih tak mengaku salahnya. Masih tak mengaku dialah punca.

"Tak tahu apa-apa? Yelah orang luar ni memang tak tahu apa-apa... korang jela yang tahu benar dengan anak-anak sendiri. Walhal yang sorang tu dah separuh gila dan yang sorang lagi tu simpan amarah dia terlalu mendalam sampaikan hancurkan semuanya dalam hidup dia. Pakcik tak tahu pasal tu kan? Pakcik tahu tak yang Naim pernah cakap dekat Fakhri untuk dia pergi mati supaya dia boleh dapat kebahagiaan yang cari-cari dalam mak bapak diorang? Pakcik tahu tak? Sampaikan sekarang kata-kata tu menghantui Fakhri sampai dia percaya ya pakcik... sampai dia percaya yang dia tu memang pembawa sial. Sampai dia dah hilang keinginan dia untuk hidup! Eh! Saya tak salahkan Naim la cakap macam tu. Sebab korang yang buat dia macam pengemis kan?! Mengemis... menagih kasih sayang dari korang macam dia tu bukan darah daging korang."

Projek high council : Penjara dunia dewasaМесто, где живут истории. Откройте их для себя