Chapter 22: The Love Letter

261 17 5
                                    

Bahagian abdomen Ayam sudah membuak-buak mengeluarkan darah, bukan itu sahaja setiap kali Ayam terbatuk juga, darah akan tersembur keluar dari mulutnya.

Kahar menggigil ngeri. Dia cuba memanggil dan bercakap dengan Ayam untuk membuatnya tetap sedar sehingga bantuan sampai tapi dia tak tahu yang Ayam sebenarnya...

Dia menggertak giginya, rahangnya menjadi semakin keras. Buku limanya dikepal membentuk tinju. Rasa macam diperbodohkan sebab masuk ke dalam perangakap. Dia tak sangka pula Harun Jasni dengan anak-anak buahnya tangkap dan belasah diorang. Bukan itu sahaja cukup pakej diabawanya menghadap Naim. Jadi inilah apa yang Naim nak ya.

"Korang semua ni mengganggu. Kenapalah korang kena datang kat sini."

Dengan Naim yang masih duduk di atas kerusi malas itu dengan tatapan dinginnya. Di dalam dakapannya, masih tersimpan rapi rangka tengkorak kepala yang Kahar boleh agak... itu adalah milik Fakri. Mengucap panjang lelaki yang pernah menjadi Kapla itu.

Di mana letaknya kewarasaan Naim? Apa yang dia fikir?!

"N- Naim... kau tak boleh buat macam ni. Fakri tak akan gembira... kau kena lepaskan dia pergi. Redha dengan apa yang dah berlaku... maafkanlah diri kau sendiri."

Rangkulan pada tengkorak tersebut dieeratkan. Naim tak peduli dengan apa yang Kahar katakan kerana matanya masih melihat Fakhri yang berada di sebelah Kahar. Fakhri yang masih basah kuyup. Pandangan Fakhri yang sangat sayu dan berkaca dengan air mata jernih.

"Ya.... Dari dulu... sampai sekarang. Aku selalu kecewakan dia."

Nafas Kahar tercekat. Dia cuba menahan rasa nyeri pada bahagian pehanya yang masih ditikam dengan pisau tadi.

"Naim... Fakhri sayang dengan kau. Sayang sangat-sangat. Sama macam kau, perasaan dia sama macam kau. Dia tak bermaksud nak tinggalkan kau, dia cuma harap yang ketiadaan dia dalam hidup kau... akan buatkan kau berjaya temui kebahagiaan kau."

Naim mendengus.

"Aku dah bagitahu dia. Yang kebahagiaan aku, hanyalah pada dia. Aku nak dia gembira, aku nak dia sentiasa ada dengan aku! Dia selalu risau yang diri dia tu bawak sial pada aku. Kalau macam tu carilah cara supaya aku dan dia boleh capai kata bahagia tu!"

Kahar menaikkan alisnya. Dia dah merasa ragu- ragu tentang apa yang diluahkan oleh Naim.

"Naim... sebenarnya... apa perasaan kau sebenarnya pada Fakhri?"

Areez mengangkat kepalanya. Dia juga berfikiran sama seperti kahar. Memang mereka tahu Kenapa Naim sangat obses dengan Fakhri tapi mereka cuma tak faham mengenai perasaan Naim.

Naim tersengih sinis. Dia mengangkat kepala tengkorak Fakhri dan mengucup tengkorak tersebut pada bahagian bibirnya. Ketika itulah bukan sahaja Kahar namun Areez juga terbuntang mata mereka melihat balasan pertanyaan mereka dengan aksi songsangnya.

"KAU DAH GILA!" Areez menjerit. Dia menatap Naim dengan penuh rasa benci. Matanya berapi dengan amarah yang berdendam. Kalau bukan kerana kegilaan Naim...

Sudah pasti Fahkri...

Naim bingkas bangun dan meluru ke arah Areez. Kakinya laju hinggap di kepala Areez sehingga kepala pemuda itu terteleng ke tepi. Kahar cuba menghalang tapi kakinya...

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now