Chapter 7 : Walk down into your memory lane

427 23 14
                                    

Warning: bxb/Yaoi/malexmale
If it's not cup of tea, you can hit the back button. The next two chapter will be tagged same. After I posted all of this, I'm going back to sleep. I suddenly get down with some flu because I decide it would be fun to play in the rain and I'm fully aware that I've done stupid things again. I fully regret and reflects of all my reckless action😂😂😂😂 but somehow I applause myself for getting this done. Might be half baked. But I will redo it later if I found these latest updates annoyed me😭😭😭 so enjoy fellas! Dont forget to vote and comments!😘😘 you can listen to this while reading too. Just to get the mood.

https://youtu.be/CM-2dMvpQRw

———————————————————————————
2006 - Kudrat.
First day Registration Form 4.

"Jangan nangis...jangan nangis"

Dia melihat seorang pelajar sepertinya. Ditinggalkan oleh parents mereka di tempat yang jauh seperti ini hanya untuk kesenangan mereka sendiri. Bagi parents Areez, kurang beban untuk dijaga dan lebih perhatian untuk pekerjaan mereka. Dia tak kisah. Sepanjang hidup dia suda terbiasa tidak dipedulikan.

Namun tidak bagi pelajar yang menarik perhatian seorang Areez ni. Cara dia memujuk diri sendiri seolah-olah jika ada yang mengusik sudah pasti pelajar tu akan buat kerja gila. Contohnya mengejar kereta ayahnya dari belakang. Memang ada.

Jadi Areez buat sesuatu yang tak selalunya seorang Areez lakukan....

"Takpe... nanti bila cuti sem, kau boleh jumpa bapak kau lagi."

Pelajar itu hanya membalikkan badan ke arahnya dan tersenyum kelat. Sebaik sahaja Areez melihat dengan jelas wajah pelajar itu,dia sudah mengagak pelajar ni budak baru kerana tak pernah dilihatnya sebelum ini. Dan Areez juga perasankan sesuat ada air mata jernih yang bertakung di pelupuk mata budak ni. Hati Areez terusik.

Tapi dia memilih untuk bungkam tanpa berkata apa-apa.

Dan kerana itulah pelajar tersebut berlalu darinya tanpa Areez tahu siapa nama pelajar tersebut.

-
-
-
Dia tak tahu di mana silap Fakri, kenapa sampai dia boleh jadi target Kahar. Tapi dari manifesto Fakri dengan Kahar la, Areez boleh tahu nama dia. Boleh bersua kembali dengan dia.

"Aku tak faham kenapa kau boleh nak berkawan dengan Kahar."

Suatu malam tu, udara malam terasa bahang. Dia tak tahan duduk di dalam dormnya dan memutuskan untuk berjalan-jalan di luar koridor atau mungkin turun tingkat bawah untuk beli air dekat vending machine.

Takder mungkin dah kot kalau dia dah terpacak dah kat depan vending machine ni.

5 keping syiling 50sen dimasukkan dan sebelum jari telunjuknya menekan air yang dia mahu, ada jari lain yang awal-awal lagi dah sailang dia menekan butang coke.

Baru dia mengangkat kepalanya untuk menyumpah, dia terkedu melihat Fakri melihat ke arahnya dengan alisnya terangkat sebelah. Seolah-olah menatangnya kalau berani.

Dia terkekeh perlahan. Tak sangka dalam banyak-banyak hari dia boleh bersemuka pulak dengan Fakri kat sini.

Tiba-tiba dia disuakan dengan not rm1 sebanyak dua keping dari tangan Fakri.

"Aku takder duit tukar." Selamba tapi kedengaran nada ikhlas pada ayatnya.

"Aku belanja." Lantas Areez mengeluarkan lagi beberapa keping syiling untuk membeli air tin untuk dirinya.

So disinilah mereka. Duduk dekat bangku kosong, berbual seperti kawan lama. Dia dengan soya cincaunya dan Fakri dengan tin colanya. Bawah bintang-bintang yang berkelipan. What the heck Areez? Ni bukan macam dalam novel romance akak kau la. Ni kau dengan Fakri kot.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now