Chapter 11: Sayang... I will wait for You

484 24 5
                                    


"Assalamualaikum... "  dia mengeluh sebaik sahaja pintu apartmentnya dibuka. Salamnya sekali lagi tak berjawab.

Tapi orang yang diberi salam tadi duduk tercegat di meja makan sambil menatap tajam ke arahnya. Dia mengeluh kali kedua apabila melihat gadis itu menjeling sambil menguis makanan yang berada di dalam mangkuk di hadapannya.

Dah tengahari... mesti dia dah lapar. Fikir pemuda itu.

"Adab kita, lain kali kalau ada orang bagi salam kena balas balik. Tak baik jadi bisu je."

"Orang jawab dalam hati la."

"Lain kali ada mulut jawab pakai mulut ya sayang."

Sayang?

Sayang?

Sayang?!!!!!!

Keheningan mula melanda.  Rasa macam nak cabai-cabai je mulut sendiri sebab terlepas cakap benda tak sepatutnya.  Cepat tukar topik! Tukar topik! Sebelum benda ni jadi awkward!

"Okay sayang. Waalaikumussalam.." Oh right~ dengan siapa yang amir nak bergurau sekarang ni? This is Mia, we're talking about. After Mia membalas keterlanjurannya, gadis itu tanpa segan silu melemparkan senyuman yang mengusik nakal.

Gadis itu memang sengaja!

"Awak dah makan ke kat luar?"

Walaupun dah setengah tahun mereka tinggal bersama, dan cuba membahasakan diri masing-masing dengan awak dan saya, sebelum ini masih Aku dan kau. Well, adalah progress sikit. Tapi belum sampai ke tahap, abang dan sayang la. Omg! Saya dan awak pun dah buatkan Amir rasa nak tekup muka dia kat bantal pastu jerit kuat-kuat sebab malu.

Tapi Mia.. Mia sumpah selamba je. Padahal sebelum ni diorang berperang macam nak berebut satu negara. Atau lebih tepatnya Naim. Selepas semua yang terjadi dan takdir... kinda mempertemukan mereka berdua dalam situasi yang lebih baik- kejap... yang itu kita akan ceritakan pada kemudian hari. Kisah mereka berdua terlalu... pelik? Yeah pelik.

Dah macam dia pulak yang overthinking. Padahal Mia rilek je.

"Dah, makan roti canai tadi kat kedai mamak. Awak makan apa hari ni?"

"Maggie." Ujarnya sambil Mia menghirup saki baki kuah yang tertinggal dengan riangnya.

Amir mula rasa serba salah. Dia makan sedap-sedap kat kedai. Mia cuma makan maggie je. Lantas dia bukak peti ais untuk melihat barang memasak apa yang ada.

"Eah takyahlah Amir. Saya ni tak masak apa-apa sebab awak kan cakap awak nak makan kat luar. Saya pulak teringin sangat nak makan maggie." Mia lembut memujuk. Berharap Amir akan menghentikan rancangan masak-masaknya. Well, memang betul Mia teringin sangat nak makan Maggie, takyah masak macam masterchef pun, cukup buat Maggie 'bodoh' je. Rendam dengan air panas pun sedap je.

"Teringin" Amir menaikkan alisnya. "Like mengidam?"

Keduanya terdiam. Mia dah terbeliak biji matanya sebelum tangannya laju mencapai tissue roll dan membaling pada Amir yang mula tergelak melihat riaksi cuak Mia.

"AMIR! Not funny!"

"Period you tak lambat kan? Apa nak takut? Lagipun Mia~" Amir menunduk sedikit di atas kaunter sambil melihat pada mata bulat milik Mia. Comel.

"Kalau you get pregnant pun. I'm still going to marry you okay? Plus I boleh jadi bapak awal." Amir masih tersenyum riang.

Mia melihat ekspresi wajah Amir, dia sedikit terkedu. Dia tahu permulaan dia dan Amir agak rough. Dan tak dapat dinafikan yang mereka berdua juga bersama di atas sebab-sebab tertentu. Tetapi lelaki ini sesungguhnya.... Tanpa sedar Mia tersenyum lembut. Dia gembira...

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now