Chapter 6 : The blue butterfly...

451 21 15
                                    

Rebirth...

Dilahirkan semula...

Siapa yang kau nak menipu hah... Daniel? Kau memang suka jadi macam diorang kan? Hidup dalam penafian? Konon rasa seperti dilahirkan semula. Tapi kau tak ubah macam kura-kura yang bersembunyi di dalam cengkerangnya bila dalam bahaya.

Bagi orang yang takut dalam kegelapan pula, mereka akan terasa sesak kerana penglihatannya terbatas. Tapi bagi Daniel, kegelapan itu membuatkan dia terasa tenang. Tak akan ada sesiapa yang akan melihat dia. Tak akan ada sesiapa yang akan mencari dia.

Hari ni sepatutnya menjadi sama sahaja seperti rutin hariannya. Namun begitu, munculnya sosok abang Amir yang menjadi sebahagian dari sejarah hitamnya membuatkan dia mengimbau semula mimpi ngerinya.

Abang Areez... tolong la.... Saya dah tak mampu... badan saya sakit-sakit semua. Saya rasa tak boleh bernafas. Abang Areez... please...

Walaupun bertapa kuat mana sekalipun Daniel menjerit, meminta tolong.... Tiada yang mampu untuk datang dan menyelamatkannya. Jerit la macam mana pun.... Kau sentiasa sorang-sorang.

"Kau nak teruskan jadi mangsa? Damn Daniel.... Umur kau dah 18 tahun kot. Takkanlah sampai sekarang pun kau masih harapkan pertolongan orang lain. Lagipun dengan siapa kau nak mintak tolong? Abang Naim? Ke... Abang Amir?"

Bisikan halus yang sentiasa membuatkan fikirannya meracau. Menyindirinya halus menjadi peneman dan tugasnya hanyalah satu... iaitu membuat jiwa Daniel menjadi semakin KACAU!

"Kau memang slut kan Daniel? Kau sebenarnya memang suka pun perhatian yang abang berdua tu bagi. Kau suka tunjuk yang diri kau tu lemah semata untuk diorang lindungi kau. Kau memang attention seeker!"

Daniel cuba menekup pendengarannya. Berharap supaya suara-suara itu berjaya ditulikan atau hilang terus akan tetapi...

"Dan sebenarnya... kau pun suka kan dekat si Areez tu? Kau suka bila dia sentuh kau... peluk kau... usap dan belai kau... kau saje je jual mahal buat-buat kaulah yang tersakiti. Tapi yang sebenarnya bila dia kiss kau, kaulah orang yang macam nak terbang ke angkasa bila dia buat macam tu. Kau saje je buat-buat takut... sebab kau tahu... benda tu yang buatkan dia turn on kan?"

Sinis... tajam... tohmahan yang dibuat, ada hari dia rasa gelisah. Kadang-kadang dia termakan juga dengan kata-kata halus itu. Mungkin betul dia pun sebenarnya suka untuk disentuh dan diperlakukan sedemikian rupa.

Hanya ada satu benda sahaja yang mampu menghentikan suara-suara tersebut dari berjaya memakan dirinya dari dalam.

Daniel menyelak bajunya...

Dari perutnya yang datar itu, yang dulunya kulit dia putih bersih kini bersarang dengan ukiran seni kekal yang terletak di sebelah kiri perutnya. Daniel dengan berani mencacah tatu seekor kupu-kupu biru.

Aku masih lagi bernyawa....

Aku masih lagi hidup...

Aku kena move on...

Aku kena jadi lagi kuat dari Daniel yang dulu...

Aku adalah Daniel yang terlahir semula dengan nafas yang baru...

Itulah sebabnya... itulah sebabnya aku kena bertahan... aku tak boleh kalah dengan diri sendiri.

Notes:
Erm... hi. Thank you bagi yang baca and enjoy and support. Saya sangat2 berterima kasih. Just want to give you guys few warning ahead. You all feel free to push the back button.

There will be bxb scene in the next future chapter. I don't say pair because, I couldn't decide if i just want to make a scene or real pairing in this book.

No worries, any chaps that contain bxb scene, i will put some warning first. So either you skip to the next chapter or just enjoy. And last but not least, i do appreciate if you guys want to drop some comments and also votes so i have the will to keep going😂

Just pray for me so i dont get hit by the writter block soon. 😭 love you guys!

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now