Chapter 18 : One of us is lying Part 2

200 21 2
                                    

2009 - present day;


"Azam bin Anyau?"

"Saya tuan"

"Tahniah, awak boleh bermula pada minggu hadapan. Nanti sila ambil offer letter awak di bahagian HR ya."

Dengan rasa syukur tak terkata, Azam bangun dari kerusinya dan menjabat tangan bakal managernya. Haip belum official lagi. selagi tak sign offer letter, selagi tu kau jangan happy lagi Azam.

Dia keluar dari bangunan tersebut dengan rasa senang hati. Nanti dia dah boleh call mak dia dekat serawak untuk kongsikan berita gembira ni bersama.

Dia dah janji dengan keluarganya untuk menjaga dan membahagiakan mereka selagi hayat masih dikandung badan. Akhirnya salah satu dari check listnya sudah tercapai. Oh ya... sorang lagi dia perlu beritahu tentang berita gembira ini.

"Hello?" Azam sedang menghubungi seseorang melalui telefon bimbit Nokia 6600nya.

'Kau ni pun... bagi salam la.'

"Eah sorry, sorry. Assalamualaikum."

'Waalaikumussalam. Hah, camne? Dapat tak?'

"Weyhh! Alhamdullilah aku dah dapat kerja weyh! Aku happy giler!"

'Alhamdullilah. Tahniah. Nanti kau dah dapat first gaji belanja la mak kau. Eh... Kau dah bagitahu mak kau belum?'

Hati Azam mula terasa hangat. Si pemilik di hujung talian begitu ambil berat dan sentiasa memperingati Azam tanpa gagal. Dia rasa sangat terharu, apa la kebaikkan yang dia pernah buat dapat kawan yang caring macam ni.


"Kejap lagi aku nak call dia." Azam berjalan ke arah sebuah perhentian bas. Dia melihat waktu pada jam tangannya. Harap dia tak terlepas bas. Kalau tak berjalan kaki lagi la.

'Oh.. kiranya aku orang pertama yang kau bagitahu la ni.' Terdengar suara gelak halus di pendengaran Azam dan itu berjaya membuatkan dia terbayang bertapa comelnya sahabatnya kalau dia dapat melihat orang itu tergelak sekarang ni.

"Ha ah, sila terharu please."

Suara itu tergelak lagi. 'Yela aku terharu. Tapi next time, pape mak kau dulu okay?'

Azam dapat merasakan rona merah mula menerpa pada wajahnya. Rasa malu kerana keterujaannya terlalu obvious.

'Kau tengah tunggu bas ke tu?'

"Yup! Macam biasalah, public transportation lambat dari jadual dia. Kejap lagi sampai kot."

'Hurm...Azam. Kau jangan naik bas. Aku pergi ambik kau. Kau kat bus stop mana tu?'

Azam dah panik. Lagi sekali dia terpaksa menyusahkan teman baiknya. Dahlah sejak dia habis berlajar dan decide untuk gamble hidup dia di KL, teman baiknya tu la satu-satunya stay masa dia susah ngan senang.

Kalau Azam takder duit makan, kawan baik dia tu selalu belanja dia. Katanya, apa aku makan kau makan. Kita sama-sama cuba bina hidup kat sini, tak salah kalau backup each other.

Kalau Azam takder tempat nak tinggal, kawan baik dia offer untuk diorang share bedroom. Jadi roommate. Bila Azam cuba menolak, kawan dia cakap 'bila lagi nak merasa macam ala-ala asrama.' Sambil mencegir riang. Buat Azam hilang sedikit serba salahnya.

Ni kalau Azam stranded dekat mana-mana, tak kisahlah dekat pagi buta sekali pun. Kawan dia sanggup pergi kutip dia. Bila Azam mintak maaf bagai nak rak, Kawan dia bantai gelak. Cakap 'bila lagi nak rasa night ride sama-sama'

Pokok kata kawan baik dia ni pandang semua hal di sudut yang positif.

"Weyh takyah la. Kejap lagi bas sampai."

'Dah tu? Takyah naik la bas tu. Tunggu aku. Jom kita celebrate sama-sama. Hari ni hari bahagia kau kot.'

"Hah celebrate? Tak nak tunggu first gaji aku dulu ke?"

'First gaji tu untuk mak dan family kau. Second gaji baru aku tuntut. Sekarang ni aku yang nak raikan kau. So it's on me.'

"Kau ni.... Buat aku serba salah la."

'Nak serba salah apa? Hujung bulan aku claim ah bill ngan kau.'

Azam tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "cibai kau, aku ingat selama ni kau ikhlas!"
Suara di hujung talian itu ketawa lagi. 'taklah aku gurau je Ayam-"

Tiba-tiba, keduanya terdiam. Sahabat baik Azam kelam kabut meminta maaf pada Azam.
'weyh, dude. Sorry! Aku terlepas! Look! Aku tahu kau tak suka dengan panggilan tu sebab kau pernah kena buli kat sekolah kau dengan nama tu. Serius aku tak maksud apa-apa pun. Aku terlepas Azam. Sorry sangat-sangat!'

Terdengar suara pemuda itu menjadi serba salah dan mula menjadi serak.

Taklah... aku merasakan sebaliknya. Aku sebenarnya... Azam terkekeh perlahan. " Rilek la, takder hal. Bukan kau niat pun."
'Aaaaa... ayam... sorry.... Aku memang- sumpah tak sengaja.'

Azam hanya tersenyum kelat, tetapi si pemanggil tak boleh melihatnya. "hahahaha kalau kau serba salah sangat, belanja aku makan steak mahal"
' tu je?!'

Azam dah bercekak pinggang. Apa maksud kawan dia ni 'tu je'? "Hello? Aku mintak kau belanja aku makan steak mahal okay. Bukan yang kat restoran tepi jalan yang kita selalu lepak tu."

'duh, tak kisah la Azam. Aku nak belanja kau takder hal la.'

"dasar Anak sultan." Ketus Azam. Walaupun dia sedikit akui yang dia dan temannya memang tidak sekufu dari awal lagi. Kadang dia tertanya jugak, apalah anak sultan ni fikir masa nak berkawan dengan budak kampung macam dia ni. Pernah jugak dia terbayang macam mana kalau kawan baik dia ni sebenarnya nak permainkan dia atau buat dia sebagai one of his minion? Kalau bayar gaji takder hal. Angkat kasut dia pun, Azam tak kisah.

Tapi lepas bertahun diorang berkawan... dan sehingga sekarang masih utuh persahabatan diorang. Apa yang Azam mampu katakan? Dia hanya mampu bersyukur.

'Azam? Lama kau diam? Kau merajuk ke?'

"Takderla. Ni hah, menunggu free ride aku tak sampai-sampai. Dah nak naik kematu dah ni punggung aku. Kau sebenarnya tak gerak lagi kan?"

'...'
" inilah rupanya janji melayu. Cepatlahhhh, aku dah lapar ni. Kan aku merajuk betul-betul kan." Usikan Azam Berjaya membuat temannya panik. Sebelum panggilan ditamatkan, Azam dapat mendengar bunyi ada benda terjatuh, dan gugusan kunci berteraburan jatuh di atas lantai dan last sekali dia dengar suara orang yang jatuh tergolek dan mengaduh kesakitan.

'Auuuu! sabar! Sabar! Aku on the way!' Azam hanya menggelengkan kepalanya. Nanti sahaja dia melihat lebam baru pada kawan baiknya bila mereka berjumpa nanti. kemudian panggilan mereka ditamatkan dengan serta merta.

Azam ternampak seorang perempuan bangun dari tempat menunggu dan beredar dari situ. MUngkin sudah kepenatan menunggu bas yang tak kunjung tiba. Lantas tanpa membuang masa lagi, Azam mengambil tempat duduk tersebut dan melepaskan lelahnya setelah sekian berjam lamanya berdiri menunggu seat bas stop yang available. Takkanlah, dia nak pergi kick semua orang kat situ semata dia nak duduk kat situ kan?

Bip! Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar di dalam kocek seluarnya. Menyatakan ada sebuah message masuk. Dia menjeling pada apa lagi yang manusia-manusia ni nak daripanya, save for kawan baik dia, mak dia dan adik beradik dia. Yang lain kalau message dia, tersangatlah annoying.

Siapa? Bisik hatinya.

Seriusla, no yang tak dikenali pun! Boleh tak nak ignore atau block je? Eah tapi Azam, kalau kau nak block, kau kena save dulu. Nak tak nak, tangannya ligat menekan punat-punat yang berada di telefon bimbitnya.

'Kita kena jumpa.'

THE FUCK?! Dahlah pakai nombor yang tak dikenali pastu ada hati nak demand pulak?! Ewah!!! Enak kau jadi manusia! Ni mesti kalau tak salah nombor, nak jual insurans ni. Azam tak buang masa, dia terus mendail nombor tersebut dan menantikan panggilannya dijawab.

Belum sempat orang di hujung talian cuba berbicara, Azam terlebih dahulu memintasnya.

"Eh, kau siapa hah? Semedang kau je nak demand nak mintak jumpa ni. Ni kalau tak insurans, mesti MLM ni! Cakap cepat! Jangan buang masa aku!"

Semua orang di perhentian bas tersebut dah pandang aneh ke arah Azam, sebab tiba-tiba je Azam bangun dari seatnya dan mula membebel. Sebaik sahaja Azam berpaling ke belakang, dia makin sakit hati kerana seatnya sudah diambil orang! Rasa mahu sahaja dia menjerit pada dunia. Kenapa tiba-tiba boleh ditimpa malang pulak ni.

Manakala berbeza dengan si dia yang berada di hujung talian.
Kendengaran orang itu mengucap panjang, terdetik pula rasa serba salahnya kerana Azam langsung tak bagi peluang pada orang itu untuk menjelaskan. Malahan, terpaksa menerima tuduhan melulu dari Azam.

'Assalamualaikum...Ni ayam kan?'

Kan dah cakap? Confirm tersalah nombor. Baru sahaja Azam mahu menyambung makiannya.Tiba-tiba dia tersedar akan sesuatu perkara. Kejap... Ap- apa orang tu panggil aku tadi? Berderau darahnya apabila dia cuba mengingat dan memastikan bahawa dia tidak salah dengar.

"k- kau panggil aku apa tadi?"

'eh.. salah no ke? Aku rasa dah betul dah sebelum aku dial tadi.' Ketika itu, Azam dapat mendegar suara di sekeliling orang tersebut. Nampaknya lebih dari seorang yang menghubungi dia masa ni. Mungkin yang lain Cuma mendengar melalui loud speaker.

'tapi- gaya dia bebel macam ayam weh. Takkan salah orang kot.'

'kau ingat dia sorang je ke pandai bebel hah?'

Sah... bukan sorang ni. Ayam meneguk ludahnya. Kepalanya dah mula berdenyut. Tiba-tiba luka lama Kembali rasa sakit.

"tak.. kau tak salah orang. Aku ayam. Kau ni siapa?"

Tenang Ayam. Kau cuba atur nafas kau dulu. Stop menggigil Ayam.

'betul la dia! Nasib baik! Keem, cakap dengan dia'

Suara satu lagi tu macam dia pernah dengar, tapi dekat mana ya.

"Kau nak apa dengan aku? Kau ni siapa?"

Suara yang di hujung talian itu terdiam. Seolah-olah teragak-agak untuk mendedahkan dirinya.

'aku ni... Hakeem'

Klak! Ayam menutup segera telefonnya dan tiba-tiba dia menjadi kaku. Pendengarannya ditulikan sepenuhnya, seakan hanya dia sahaja yang wujud di situ. Pandangannya mula menjadi kabur.

FUCK!!!! Ayam jatuh terduduk, dia berpeluk tubuh dan menyembunyikan kepala di sebalik lipatan kedua lengannya. Kenapa sekarang.

Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa sekarang. Kenapa...

KENAPA?!

"Azam?" suara itu kedengaran agak risau. Pemilik suara tersebut masih tidak mengangkat kepalanya. Tetapi langkahnya dipercepatkan sebaik sahaja dia melihat kedua bahu Azam terhincut seperti dia sedang mengis.

"hey.. Azam. Kenapa ni? Kenapa kau nangis? Sebab aku sampai lambat ke? Azam... aku mintak maaf. Jangan nangis lagi."

Apa yang paling mengejutkan. Azam mengangkat kepalanya dan terus meluru memeluk kawan baiknya. Dia menangis semahunya pada bahu lelaki tersebut. Tidak peduli lagi pada mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua.

"Azam?"

"ke- kenapa diorang datang balik... kenapa."

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now