Our Flayed Hearts

372 13 4
                                    

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍

𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Membuka Tirai

𝓞𝓾𝓻 𝓕𝓵𝓪𝔂𝓮𝓭 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽𝓼

🥀🥀🥀

Di saat lidah berkata rela namun hati menggugap sebaliknya.

Ariana Sofea. gadis yang baru sahaja ingin merasakan manisnya kehidupan masa mudanya, kini perlu terjerat dalam permasalahan kakak angkatnya dan suami kepada kakak angkatnya yang bernama Daniel Eskandar. Dirinya yang terpaksa mengikuti rancangan kakak angkatnya iaitu Adriana Safiya  yang dia anggap sebagai satu cara untuk membalas budi kakak angkatnya kerana telah menjaga dan membesarkannya selama ini.

Kehadirannya dalam rumah tangga Adriana Safiya sebegai isteri kedua membuatkan satu perasaan hasad dengki dan cemburu oleh Adriana Safiya. Padahal itu semua adalah satu rancangan yang sudah dirancang dengan teliti dari awal perkahwinan Ariana Sofea dan juga Daniel Eskandar.

"Kenapa kau terima tawaran ni, Riana? Kau tak menyesal ke dengan keputusan yang kau buat?"
-Daniel Eskandar-

"Saya tak akan menyesal. Saya tahu usaha Kak Adrin selama ni sekeras apa untuk mendapatkan cahaya mata. Jadi, saya sebagai orang terdekat dia akan bantu dia supaya usaha yang Kak Adrin buat selama ni tak akan sia-sia. Walaupun saya bukan darah daging dia, saya tetap menganggap Kak Adrin tu adalah kakak kandung saya sendiri."
-Ariana Sofea-

Hanya disebabkan sehelai surat kontrak yang sudah ditanda tangani Ariana Sofea, dia perlu mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan daripada kakak angkatnya dan juga suaminya. Ariana Sofea sentiasa berusaha dan bertahan agar tidak terjatuh hati kepada suaminya namun yang terjadi malah sebaliknya.

"Andai saja takdir hidup aku tidak seburuk ini, pasti ini semua tak akan terjadi. Aku dan Daniel pasti sudah bahagia saat ini dan tidak ada pengorbanan hati seperti sekarang. Dan lebih parahnya lagi, takdir hidup aku semakin hancur ketika penyakit tak guna ni bersarang dalam rahim aku!"
-Adriana Safiya-

Adakah mereka bertiga dapat mengharungi kehidupan ini dengan hasil yang bahagia? Adakah sebuah dendam yang sudah terbakar lama akan menghancurkan hubungan Ariana Sofea dan Adriana Safiya? Adakah Ariana Sofea dapat merasakan sedikit kebahagiaan walaupun hanya berperanan sebagai isteri kedua kepada Daniel Eskandar?

Seandainya jodoh Daniel Eskandar dan Adriana Safiya  tidak dapat berkekalan untuk selamanya, alangkah lebih baik jika mereka tidak menyakiti salah seorang di antara mereka yang sudah berkorban jiwa dan raganya untuk mereka bahagia.

[Romance Story]
[Start: 7 April 2023]
[End: ]

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now