Bab 21

246 8 0
                                    

Lima hari kemudian...

 

HARI ini adalah hari di mana Ariana akan bertemu dengan Daniel bersama dengan anaknya. Sudah beberapa hari belakangan ini dirinya tidak bertemu dengan suaminya kerana masih berada di Paris dan itu membuat rindunya memuncak dan tidak sabar untuk bertemu dengan suaminya dan mendapatkan pelukan hangat darinya.

Kini Ariana sudah berada di dalam kapal terbang bersama dengan anaknya dan sebentar lagi kapal terbang akan segera berlepas.

Ariana bertolak pada senja hari, jadi dia boleh menikmati pemandangan langit indah berwarna jingga kemerah-merahan di atas sana nantinya.

Ketahuilah bahawa sejak belakangan ini dirinya sangat suka memandangi langit terutama langit jingga kemerah-merahan ketika matahari akan terbenam.

Saat ini Ariana akan pulang ke Malaysia sendirian kerana Puan Mahani masih ada urusan kerjanya di Paris. Tadi sebelum kapal terbang ini berlepas Ariana sudah memberi mesej kepada Daniel tentang khabarnya yang akan tiba di Malaysia nanti.

"Sekejap lagi Danish dah boleh berjumpa dengan papa! Mama harap dengan kehadiran Danish dalam kisah ni akan membuat kisah ni berjalan sedikit lama sebelum akhirnya Allah akan mengambil salah satu daripada kita..." ucap Ariana sambil mengusap lembut wajah anak lelakinya yang diberi nama Danish itu yang masih dibuai lena.

Wajahnya sangat mirip dengan Daniel, dari rahangnya, hidungnya serta matanya. Bahkan Ariana dapat merasakan bahawa anak ini tidak ada miripnya dengan dirinya.

Selama perjalanan perasaan Ariana sudah mula tidak sedap hati sampai akhirnya dirinya memutuskan untuk mengambil secarik kertas dan menulis beberapa kalimat yang boleh membuat hatinya tidak terlalu risau.

Ariana perlahan mula menulis dengan keadaan tangan satunya yang masih menggendong anaknya. Setelah Ariana selesai menulis kertas tersebut dia terus melipatnya.

"Aku tidak tahu kenapa aku tulis di kertas ni dengan kata-kata yang seakan aku tidak boleh melanjutkan lagi kisah ini. Aku takut jika rasa takutku menjadi kenyataan yang tidak pernah aku inginkan sampai bila-bila pun..."

"Ya Allah, jika rasa takutku tentang perihal kisah ini terbukti benar, maka aku mohon selamatkan anakku kerana aku nak sangat dia bertemu dengan papanya yang sudah lama menantikannya..." bisik Ariana di dalam hati. Bertepatan dengan ucapannya di lubuk hatinya, tiba-tiba kapal terbang bergoncang dengan sangat kuat.

Para penumpang di dalam kapal terbang terus menjerit ketakutan hingga membuatkan Danish terbangun dari tidurnya. Ariana berusaha untuk menenangkan anaknya yang mula menangis.

Kapal terbang ini terus bergoncang sampai beberapa orang pramugari yang sedang berdiri terjatuh ke bawah dan ada juga beberapa orang yang sudah pengsan.

"Pengunguman! Saya Co-Pilot pendamping Kepten Rio yang memandu kapal tebang ini. Kami sedang berusaha mengatasi keralatan yang ada pada kapal terbang ini dan akan mendarat di lapangan terbang terdekat. Saya mohon agar semua penumpang diharap bertenang! Terima kasih!" kata Co-Pilot itu dalam bahasa inggeris.

Setelah Co-Pilot tersebut berbicara banyak para penumpang yang menjerit untuk mendarat secepat mungkin.

Ariana sangat panik saat ini hingga tanpa dia sadari secarik kertas yang dipegangganya tadi terjatuh entah ke mana.

Ariana mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangannya dan menghantar beberapa mesej terakhir kepada Daniel sambil menenangkan anaknya yang terus menangis.

Keadaan semakin kacau saat semua orang menyedari bahawa bahagian sayap dari kapal terbang ini terbakar.

"Haruskah aku menghadapi ini lagi, Ya Allah?" gumam Ariana sambil terus memeluk erat anaknya.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें