Bab 4

106 9 0
                                    

PAGI ini Ariana membuka kelopak mata indahnya kerana cahaya matahari yang mula menyinari wajahnya yang masih terbuai mimpi tadi. Ariana dapat merasakan sesuatu sedang melingkari perutnya saat ini.

Ariana memusingkan tubuhnya untuk menghadap ke arah satu susuk manusia yang sedang memeluk dirinya pada saat ini. Ariana memandang wajah seorang jejaka yang sudah bergelar suaminya itu dengan perasaan yang dua sendiri tidak tahu harus dikatakan bagaimana.

Wajah jejaka yang berada di hadapannya saat ini terlihat sangat tenang dan sejuk untuk dipandang. Tanpa Ariana sedari, dia telah menguntumkan senyuman sambil memandangi wajah jejaka itu.

"If you don't want to be involved in romance, please keep your eyes away from my face, Ariana Sofea."

Ariana tergamam seketika tatkala mendengar Daniel menuturkan kata-katanya. Lantas Ariana terus memalingkan wajahnya ke arah lain.

Jujur, Ariana langsung tidak menyedari bahawa Daniel turut memerhatikannya dalam diam.

"Maaf... saya tak bermaksud nak buat buat macam tu. Sebenarnya tadi saya nak bangunkan abang. Tapi... lain pula yang jadi. Mungkin tadi saya mengantuk lagi. Maafkan saya, abang." ujar Ariana dengan alasan yang direkanya sendiri.

Ariana ingin segera bingkas dari tempat tidurnya, namun tiba-tiba Daniel menarik tangannya hingga dua kembali berbaring di sebelah Daniel.

"Aku tahu kau pasti akan kesulitan untuk berjalan hari ni. Jadi, sebagai tanda terima kasih aku pada kau atas pemberian kau semalam... aku akan bantu kau ke bilik air dan aku rasa aku juga perlu mandikan kau sebagai tanggungjawab aku ke atas perempuan yang sudah bergelar isteri aku sekarang ni."

Tergamam Ariana seketika tatkala mendengar Daniel berkata selembut itu padanya. Dia fikir bahawa Daniel akan bersikap dingin dengan dirinya setelah melakukan tugasnya. Namun yang terjadi sebaliknya.

"Abang tak perlu susah-susah mandikan saya. Saya boleh mandi sendiri," Sudah pasti Ariana akan menolak tawaran Daniel.

"Aku tahu perempuan akan berasa sakit dan susah untuk berjalan kerana bahagiannya yang masih sakit. Aku tahu sebab Adrin pernah mengalami perkara yang sama macam kau. Dan aku sebagai seorang suami akan bantu kau. Lagipun, mandi bersama isteri kan salah satu daripada sunnah Rasulullah. Tak salah kalau aku nak mandikan isteri aku sendiri, kan?"

Lantas Daniel mula mencepung tubuh Ariana lalu mula berlalu ke bilik air. Pergerakannya yang sangat lembut membuatkan Ariana tidak berasa sulit untuk duduk di dalam tab mandi di dalam bilik air itu.

"Tapi... saya bukan isteri abang. Saya cuma perempuan yang dipertanggungjawab untuk mengandungkan anak awak tanpa adanya perasaan di anatara kita. Your wife is just Kak Adrin, abang." Ariana menunduk kepalanya seraya mengukir senyuman lembut di bibirnya.

Daniel diam tak berkutik setelah mendengar Ariana berkata begitu. Dia lebih memilih untuk membalikkan tubuh Ariana untuk membelakanginya.

"Abang tak sepatutnya bersikap lembut macam ni seolah-olah saya ni isteri abang. I'm not your wife. Saya cuma orang asing yang kehadiran saya ni hanya sementara saja dalam hidup abang..." ujar Ariana kerana sedari tadi Daniel hanya diam dan sibuk untuk memandikannya saja.

"Adrin memang isteri aku yang paling aku cinta bahkan tak ada yang boleh menggantikan posisi dia dalam hati aku. Tapi, kau adalah isteri kedua aku yang akan menjadi ibu dari anak-anak aku dan tak sesiapa yang boleh menggantikan posisi kau sebagai seorang ibu dari anak-anak aku, Riana. Sekalipun itu Adrin yang kelak akan menjaga anak kita, dia tak akan boleh l menggantikan posisi kau sebagai seorang ibu. Jadi, kau bukan orang asing Riana, kau ibu dari anak anak aku.." ucap Daniel lalu mengusap lembut bahu Ariana.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now