Bab 12

115 9 0
                                    

SETELAH perbincangan terakhir tadi, tidak ada lagi perbincangan di antara mereka berdua. Mereka saling membisu memikirkan keadaan saat ini.

Keputusan Ariana adalah muktamad bahawa dia akan melupakan Daniel dengan sejuta kenangan bersamanya. Selama perjalanan Ariana melihat raut wajah Daniel yang seperti menyimpan kesedihan dari matanya.

"Setelah membuat abang berasa nyaman ketika bersama dengan Riana, Riana tetap nak tinggalkan abang? Bagaimana pula dengan anak kita? Riana tak nak ke membesarkan anak kita bersama?" ujar Daniel sambil menggenggam erat tangan Ariana. Ariana hanya diam tak berkutik sambil merenung tangannya yang saat ini digenggam erat oleh Daniel.

"Memang dulu saya pernah mempunyai impian untuk membina sebuah keluarga kecil bersama dengan abang. Tapi saya rasa, sekarang ni saya dah tak perlu kejar impian tu lagi. Abang akan ada keluarga kecil bersama dengan anak kita dan... Kak Adrin." ujar Ariana sambil tersenyum lembut ke arah Daniel.

"Tak boleh ke kalau Riana bertahan dengan abang sekejap aje lagi? Riana adalah rumah abang. Kalau Riana pergi, abang nak berteduh di mana lagi? Rumah pertama abang dah hancur, Riana..." lirih Daniel sambil menatap sendu wajah isterinya pada saat ini.

"Rumah lama yang hancur masih boleh diperbaiki, abang. Buat apa mencari rumah baru jika rumah lama masih boleh diperbaiki? Perbaikilah rumah tangga abang dengan Kak Adrin. Saya yakin, kebahagian akan hadir sedikit demi sedikit jika abang bersabar dan tabah untuk menghadapi semua ni." ujar Ariana lalu melepaskan genggaman tangan Daniel dari tangannya.

"Riana tak tahu betapa hancurnya rumah abang sehingga abang langsung tak boleh memperbaikinya lagi. Abang selalu memperbaikinya berulang kali, namun tetap saja rumah itu tidak pernah menjadi tempat berteduh untuk abang," Daniel memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu menatap dalam wajah Ariana. Dia kembali menggenggam erat tangan gadis itu.

"Lalu bagaimana dengan saya, abang? Saya yang abang anggap sebagai rumah, tapi abang selalu rosakkan isi di dalamnya. Dan tanpa abang sedar rumah abang sudah perlahan-lahan hancur seperti rumah lama abang..." Ariana berkata sambil tersenyum lembut kepada Daniel walaupun agak sukar baginya untuk mengukirkan senyuman pada saat ini.

Entah mengapa, hatinya terasa sangat sakit tatkala mengingat kembali betapa kejamnya perilaku Daniel terhadap dirinya.

"Abang mungkin hanya boleh memperbaiki rumah itu di bahagian luar aje. Tapi tapi abang tak akan boleh memperbaiki isi di dalamnya. Keputusan saya adalah muktamad, saya akan tinggalkan lembaran ini setelah abang dan Kak Adrin dapat apa yang kau orang berdua nak. Saya mohon pulanglah ke pelukkan pertama abang..." Sedikit sebak di dada Ariana saat mengucapkan kalimat terakhirnya itu.

"B...baiklah. Kalau itu yang Riana nak, abang terima. Siapalah abang untuk halang kehendak Riana, kan?" ujar Daniel dengan suara yang bergetar-getar. Memang benar saat ini dia sedang menahan tangisannya daripada keluar.

"Riana boleh hapuskan perasaan cinta Riana pada abang. Tapi Riana kena tahu yang abang tak akan pernah menghapus perasaan cinta abang pada Riana. Riana adalah rumah yang paling nyaman dan yang paling abang agungkan."

"Izinkan abang untuk memberikan rasa cinta apa pada Riana di hari terindah kita sebelum kita menjadi dua insan yang akan kembali ke haluan masing-masing." ujar Daniel lembut kepada Ariana. Ariana yang berasa sedikit terkejut dengan ucapan Daniel itu terus mendongakkan kepalanya menatap Daniel.

Daniel mengukirkan senyuman manis kepada Ariana lalu menarik kepala Ariana untuk mendekat ke arahnya. Sebelum itu, Daniel mengelap lembut bibir Ariana yang terluka disebabkan oleh perbuatannya sendiri.

Setelah itu, ciuman lembut diberikan kepada Ariana dengan rasa cinta setulus ikhlas dari hati Daniel. Ariana hanya membiarkan sahaja kemahuan Daniel.

Sungguh, dia berasa sangat bersyukur kerana setelah sekian lama dia menunggu detik-detik terindahnya bersama dengan Daniel yang bakal meninggalkannya pada satu hari nanti.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now