Bab 14

112 8 0
                                    

[Flashback Hospital]

SELEPAS Ariana baru saja pergi tatkala ditarik paksa oleh Daniel untuk mengikutinya. Kini hanya menyisakan Puan Mahani iaitu ibu Daniel dan juga ibu tiri kepada Hilman.

Ya! Hilman adalah nama sebenar bagi Iman. Dia hanya menyamar sebagai Iman hanya untuk menutup identitinya sebagai Hilman Eskandar ataupun lebih tepatnya lagi adik tiri kepada Daniel.

"Duduklah nak.. kamu nama emosi aje tadi bila menjawab pertanyaan mama. Maafkan abang Daniel ya nak..." ucap Puan Mahani lalu meraih tangan Hilman untuk duduk di sebelahnya. Hilman terus duduk di sebelah Puan Mahani lalu mengurutkan dahinya yang terasa sedikit pening.

"Macam mana Hilman tak emosi kalau anak mama tu sanggup lukakan perempuan yang Hilman jaga selama ni. Selama bertahun-tahun Hilman tak pernah biarkan dia menangis, tapi sekarang seorang lelaki yang awalnya orang asing di hidupnya membuatnya selalu menangis siang dan malam!" ucap Hilman menatap dalam wajah Puan Mahani. Puan Mahani hanya mengusap lembut bahu anak tirinya itu.

"Sepatutnya masa mereka berkahwin hari tu mama datang untuk menghalanginya. Tapi mama hanya diamkan diri sebab mama fikir Riana akan menolaknya di pertengahan jalan." ucap Puan Mahani dengan penyesalan terbesar yang dia rasa pada saat ini.

"Ariana is just an innocent girl, ma... dia selalu akur dengan segala perintah orang yang dia sayang termasuk kakak angkat dia tu. Ibaratnya, Ariana itu adalah selembar kertas kosong yang tidak ada coretan sama sekali lalu datang seseorang untuk menconteng kertas itu. Maka kertas itu sudah tidak bersih lagi. Dan mama tahu ternyata Daniel sama-sama berperangai syaitan macam suami mama yang dah buang Hilman ke rumah anak yatim!" Hilman kembali mengingati masa lalunya beberapa tahun yang lalu.

"Betullah orang kata, buah tidak akan jatuh jauh dari pohonnya. Daniel tak jauh beza pun dengan papa. Papa mencintai dua wanita sampai akhirnya dia kehilangan kedua-duanya sekaligus!" sinis Hilman.

"Bila Hilman tengok Riana, Hilman rasa kisah dia tak jauh beza dengan ibu Hilman. Cuma perjalanan kisah ibu dengan dia saja yang berbeza. Ibu berkahwin dengan papa sebab dipaksa oleh keluarga supaya syarikat tidak jatuh muflis. Lepas tu, bila ibu mengandungkan Himan pada awalnya papa sangat gembira. Tapi bila Hilman lahir, papa justeru membenci Hilman dan membuang Hilman ke rumah anak yatim tanpa ada rasa bersalah sama sekali. Lalu setelahnya Ibu bunuh diri kerana mendapat tekanan emosi dari papa yang selalu menyiksanya baik dari fizikal mahupun hati. Papa ego, dia langsung tak nak lepaskan salah satunya sampai pada akhirnya dia kehilangan keduanya. Baik itu kehilangan ibu Hilman dan juga mama..."

Puan Mahani tahu betapa sakitnya menjadi Hilman, lantas dia membawa Hilman ke dalam pelukannya. Hilman menangis sejadi-jadinya di pelukan Puan Mahani.

"Sebab tu Hilman marah pada Daniel. Hilman tak nak nasib Riana sama dengan nasib ibu Hilman. Hilman tak nak ada perempuan lain yang terluka kerana sifat ego dan tamak dari seorang lelaki!" lirih Hilman.

"Hilman tahu? kamu sekarang mama dah anggap macam anak kandung mama sendiri. Memang pada awalnya susah untuk menerima kehadiran kamu bila mama mengetahui bahawa suami mama sekejam itu. Tapi semakin berjalan seiringnya waktu, mama belajar banyak hal termasuk belajar menerima keadaan bahawa kamu juga sebahagian dari keluarga Eskandar. Meskipun dari rahim yang berbeza kamu tetap anak mama Hilman. Dan kamu juga tetap menjadi adik Daniel. Mama bangga dengan kamu kerana boleh menghargai seorang perempuan dan tidak mengikut jejak langkah seperti papa dan abang kamu..."

[Flashback Off]

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now