Bab 13

96 11 0
                                    

Lima bulan kemudian...

“SEMALAM dah keluar berita pasal Daniel dengan Adriana

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

SEMALAM dah keluar berita pasal Daniel dengan Adriana. Iman yakin Riana mesti tak suka bila orang lain mengaku anak Riana adalah anak mereka kan? Tapi, Iman bangga dengan Riana sebab Riana berjaya harungi segala keperitan dan kesengsaraan yang mereka berdua buat pada Riana." ujar Iman sambil membawa sebakul buah-buahan kepada Ariana.

"Sejujurnya Riana belum keluar dari zon itu sepenuhnya. Raga Riana mungkin sudah keluar, tapi hati Riana masih belum keluar, Iman. Lima bulan Riana terus berusaha untuk boleh melangkah kaki keluar dari zon itu tapi Riana tak boleh. Mungkin ia memerlukan masa dalam beberapa bulan lagi untuk benar-benar keluar dari situ." balas Ariana.

Malam-malam yang penuh dengan tangisan itu masih terjadi sampai ke saat ini. Usai sahaja malam istimewa itu, Ariana dan Daniel menjalani hari-hari biasa bagaikan orang asing.

Namun kekadang Daniel tidur bersama Ariana di bilik yang sama di saat dirinya sudah pulang dari kerja.

Daniel juga sesekali memperlakukan Ariana layaknya seorang yang dia cintai. Ariana hanya menganggap perhatian manis dari Daniel itu hanya sekadar untuk anaknya dan bukan untuk dirinya.

Daniel sudah pulang ke rumahnya sejak tiga bulan yang lalu dan dia akan datang sini semula jika dia tidak keberatan sahaja. Namun sudah seminggu dia tidak berkunjung ke sini.

Ariana juga berasa risau tentang Daniel kerana Ariana tidak mengetahui khabarnya selama seminggu, namun Ariana  segera menepis rasa kerisauan itu.

"Iman tahu macam mana sakitnya berada di posisi Riana meskipun Iman tak pernah mengalaminya. Bila Iman tengok harai-hari Riana menangis sambil menyakiti diri sendiri, itu sudah cukup menggambarkan betapa sakitnya berada di posisi Riana..." lirih Iman.

"Riana tertanya-tanya, kenapa ya semesta jahat sangat pada Riana? Dari Riana kecil, rasa kebahagian Riana hilang serta-merta setelah ibu dan ayah Riana meninggal,"

"Sejak daripada itu, kehadiran Riana langsung tak pernah diperdulikan oleh sesiapapun. Binda selalu manjakan Kak Adrin dan langsung tak perdulikan Riana. Riana tahu Riana cuma menumpang dan hidup sebatang kara saja dalam rumah tu. Tapi Riana juga inginkan kebahagian seperti orang lain. Dulu, bonda selalu masakkan makanan untuk bekal Kak Adrin bawa ke sekolah. Kadang-kandang Riana pun cemburu dengan Kak Adrin yang mendapat kasih sayang bonda.  Bahkan bila Riana berada dalam kesusahan, bonda tak pernah hadir untuk sekadar mengucapkan kata semangat. Cuma ayahanda saja yang perduli pada Riana, tapi sekarang ayahanda dah pergi tinggalkan Riana, Iman. Orang yang perdulikan Riana semua pergi tinggalkan Riana sorang-sorang..."

Perlahan-lahan air mata yang bertakung di kelopak mata Ariana mula turun membasahi pipinya.

Entah mengapa, Ariana selalu menangis jika berbicara perihal keluarga dan masa kecilnya. Rasanya seperti dia kembali membuka buku yang lama dan membaca setiap helaian demi helaian kembali.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt