Bab 15

141 9 0
                                    

BULAN demi bulan Ariana harungi serta langit terus bergantian dari siang ke malam. Hari-harinya masih sama seperti hari biasanya yang penuh dengan titisan air mata dan kegelisahan.

Entah mengapa, setelah kepergian Daniel pada hari itu membuat Ariana seperti kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidupnya.

Kini kandungannya sudah memasuki sembilan bulan. Ariana baru sahaja selesai dari membuat pemeriksaan dari doktor tentang kandungannya untuk mengetahui berapa hari lagi dia akan melahirkan. Setiap bulan Ariana selalu ditemani oleh Hilman untuk memeriksa kandungannya.

Malangnya, dari awal kehamilan hingga saat ini Ariana belum mengetahaui anaknya berjantina apa. Saat ini Ariana berada di dalam kereta dan hendak pulang ke rumah bersama dengan Hilman.

"Riana tahu tak yang hari ni Adriana akan membuat satu penjelasan di media bersama Daniel? Skandal dia baru saja terbongkar semalam!" Ariana yang tadi sedang leka melihat pemandangan dengan senyuman langsung menghadap ke arah Hilman dengan raut wajah terkejut. Ariana tidak tahu apapun mengenai Adriana dan juga Daniel kebelakangan ini.

"Sedikit demi sedikit dia mendapatkan karmanya. Ini masih belum seberapa dengan perbuatannya selama ini. Masih akan ada karma yang jauh lebih besar untuk dia!" ucap Hilman.

"Iman tahu tak, bukan Kak Adrin sorang aje yang mendapat karma. Tapi Riana juga mendapat karma sebab dah hancurkan kisah cinta Kak Adrin dan Daniel. Jangan melihat dari sisi kejam Kak Adrin saja kerana sepenuhnya bukan salah dia. Riana juga salah di sini sebab lalai dalam menjalankan tugas Riana." ucap Ariana.

"Iman tak tahu hati Riana ni diperbuat dari apa. Riana masih saja membela Adriana yang dari kecil lagi dia dah ubah jalan hidup Riana." ucap Hilman sambil melirik ke arah Ariana sekilas.

Ariana tahu memang Adriana salah, tapi di sini dia juga salah kerana dia juga menjadi salah satu punca mengapa situasi menjadi seperti ini. Jadi tidak seharusnya menyalahkan satu pihak saja.

"Seburuk apa pun jalan hidup Riana yang diatur oleh Kak Adrin, dia tetap kakak angkat Riana. Riana telah menumpang ihsan daripada dia. Jadi sekarang Riana nak Iman hantar Riana ke rumah dia. Riana nak melawat dia Kak Adrin. Dah lama Riana tak datang jenguk dia." ujar Ariana.

"Yakin cuma nak melawat Adriana? Bukan ke Riana nak tegok keadaan Daniel juga?"

Terkedu Ariana seketika tatkala mendengar Hilman berbicara seperti itu. Ariana tidak tahu harus menjawab apa kerana yang apa yang Hilman katakan tadi memang benar bahawa Ariana lebih menginginkan untuk melihat keadaan Daniel saat ini.

Ariana memilih untuk diam dan membuka telefon bimbitnya untuk melihat berita mengenai Adriana.

Ariana tidak tahu Hilman akan menghantarnya ke rumah Daniel atau tidak. Kini Ariana dan Hilman hanya membisukan diri dan tidak ada perbincangan apapun di antara mereka.

Tidak sampai tiga puluh menit akhirnya mereka berdua sampai di hadapan pagar rumah yang sudah sangat ramai dengan wartawan media.

Ternyata Hilman membawa Ariana ke rumah Daniel. Ariana memandang ke arah Hilman dan dia hanya tersenyum ke arah Ariana.

"Ini adalah kali pertama Riana berjumpa dengan dia setelah empat bulan Riana berjuang untuk melupakannya. Riana boleh berjumpa dengan dia asalkan tidak ada air mata yang tumpah dari mata Riana. Iman akan berada di samping Riana bila Riana berjumpa dengan dia nanti." ucap Hilman.

"Terima kasih sebab selalu faham keadaan Riana, Iman..."  ucap Ariana sambil tersenyum lembut ke arah Hilman.

Ariana dan Hilman turun dari kereta. Ariana melihat ramai wartawan yang berkerumunan di hadapan pintu masuk rumah Deniel.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now