Bab 3

113 9 0
                                    

"KITA mulakan ya." ujar tok kadi setelah tiba di rumah dan terus duduk bersila di hadapan Daniel.

"Baik." Daniel menjawab dengan ringkas.

"Muhammad Daniel Eskandar bin Dato' Muhammad Haqim Eskandar..." Tok kadi itu mula berucap setelah tangannya dengan Daniel bersalaman.

"Ya saya." jawab Daniel.

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Ariana Sofea binti Fawaz Ibrahim dengan mas kahwinnya RM250 ringgit tunai..."

"Aku terima nikahnya Nurul Ariana Sofea binti Fawaz Ibrahim dengan mas kahwinnya RM250 ringgit tunai..."

"Bagaimana para saksi? Sah?" Tok kadi memalingkan wajahnya ke arah para saksi yang berada di sekitarnya.

"Sah!" Bergema satu rumah ini ketika para saksi mengesahkan perkahwinan ini walaupun kehadiran saksi tidaklah terlalu ramai.

Acara perkahwinan ini hanya dihadiri oleh Ariana, Daniel, Adriana dan selebihnya lima orang saksi yang lebih tepatnya sahabat lelaki Daniel.

Setelah sah menjadi isteri kepada Daniel Eskandar di mata agama dan negara, Ariana terus bersalaman dan mencium lembut tangan Daniel.

Ariana berpaling ke arah Adriana yang sedang duduk bersimpuh tak jauh dari tempat duduknya sekarang. Ariana tahu dari raut wajah kakak angkatnya itu dia baru sahaja selesai menangis. Mata yang sembap dan kesayuan matanya amat menggambarkan bagaimana perasaannya saat ini.

Siapa yang tidak sedih tatkala menyaksikan sendiri suami tercinta menikahi perempuan lain, bukan? Ariana hanya berdoa di dalam hatinya supaya Adriana dapat menguatkan hati dan jiwanya untuk merelakan suaminya dikongsi bersama dengan adik angkatnya sendiri.

"Akak... akak jangan bersedih ya. Ini semua akan segera berakhir selepas Riana dah mengandung nanti. Riana akan buat akak kembali tersenyum dan bahagia bersama dengan suami akak. Riana akan berusaha sekuat yang boleh untuk mengandungkan dan memberikan cahaya mata yang sudah sekian lama akak tunggu..." Ariana berkata dengan lembut lalu memeluk erat tubuh Adriana yang sedang menangis di tempat duduknya.

"Biarkan aje dia menangis, ini semua salah dia. Dia yang buat rancangan tanpa fikirkan hati dia sendiri. Dia kena menanggung akibatnya," Ucap Daniel lalu menarik tangan Ariana hingga menyebabkan pelukkannya dengan Adriana terlerai.

"Tak baik Abang Daniel cakap macam tu. Kak Adrin buat semua ni demi kebaikan abang dan dia juga. Sepatutnya abang kena tenangkan Kak Adrin, berikan dia semangat, bukannya salahkan dia." ujar Ariana tidak puas hati dengan tata bicara Daniel tadi.

"Kau ingat Adrin sorang aje yang perlu ditenangkan sekarang ni? Aku dekat sini pun sama terluka disebabkan Adrin. Ini semua bukan demi kebaikan rumah tangga kami melainkan memburukkan lagi keadaan rumah tangga kami!" Setelah berkata sedemikian, Daniel terus keluar dari rumah ini lalu menuju ke garaj kereta.

Ariana akui bahawa dia juga salah kerana memarahi Daniel yang kerana menyalahkan Adriana. Ariana tahu tidak ada seorangpun yang menginginkan semua ini terjadi. Baik itu Adriana mahupun Daniel. Kedua-duanya sama-sama terluka.

"Akak tak payah ambil hati apa yang Abang Daniel cakap tadi ya. Daniel mungkin tak boleh kawal emosi dia. Insya-Allah esok dia okey lah tu," ujar Ariana sambil mengusap lembut belakang Adriana yang sedang menangis sedari tadi.

"Riana tak perlu fikirkan tentang akak. Riana cuma perlu fikirkan tentang diri Riana dengan Abang Daniel. Riana yakin yang Riana boleh mengandung sebelum tiga bulan? Akak tak sanggup untuk berpisah dengan Abang Daniel dan akak pun... akak pun tak nak Abang Daniel menjadi milik orang lain terlalu lama. Akak harap ini semua akan segera berakhir dengan secepat yang boleh,"

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now