Bab 19

152 8 0
                                    

HARI ini adalah hari di mana Ariana harus mengantarkan seseorang yang selama ini menjadi penguatnya ke tempat terakhirnya.

Tidak pernah terlintas di benak Ariana bahawa ini soma akan terjadi begitu saja. Hilman meninggalkan dirinya di dunia yang penuh dengan kejahatan ini sendirian.

Jasad Hilman didiamkan semalaman untuk melakukan siasatan dan otopsi sedangkan Adriana masih sedang dalam proses pencarian polis kerana selepas kejadian itu dia pergi bersama bodyguardnya entah ke mana.

Kini hanya ada Ariana, Daniel, serta Puan Mahani di tanah perkuburan Islam ini. Daniel sudah tahu semuanya mengenai siapa diri Hilman sebenarnya. Tentu dia sangat terkejut tatkala mendengar tentang kebenaran tersebut.

"Kenapa mama sembunyikan semua ni dari Daniel?" soal Daniel yang sedari tadi mengusap lembut batu nisan Hilman.

"Jawab ma.. kenapa Daniel baru tahu semua ni lepas adik Daniel dah pergi buat selamanya? Daniel tak kecewa atas kesalahan yang papa buat. Tapi Daniel kecewa sebab mama sanggup sembunyikan semua ni dari Daniel..." Tidak hanya Daniel yang terkejut akan hal ini tapi Ariana juga turut sama terkejut akan hal ini.

"Mama tak ada niat untuk sembunyikan semua ni dari kamu. Cuma Hilman yang tak nak diberitahu siapa diri dia sebenarnya. Dia takut jika kehadirannya akan memalukan seluruh keturunan keluarga Eskandar. Dia pun takut kalau kamu akan terganggu akan kehadirannya, Daniel." terang Puan Mahani.

"Andai saja waktu boleh diputar kembali, mungkin Daniel akan menyayangi dia dengan begitu dalam seperti kasih sayang seorang abang kepada adik. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat, Daniel hanya boleh meratapi batu nisan dia saja sambil menyesali kenyataan yang ada bahawa Hilman adalah adik Daniel yang dirahsiakan siapa identiti dia yang sebenarnya."

Daniel bangkit dari duduknya lalu mula melangkah pergi dari tanah perkuburan ini. Jelas sekali dari raut wajahnya bahawa dia sangat menyesal dengan apa yang terjadi saat ini. Puan Mahani juga turut pergi dari tanah kubur ini dan menyusul Daniel yang berada di hadapan pintu pagar di tanah kubur.

"Iman... sekarang tinggal Riana sendiri aje.. Riana dah tak ada rumah lagi. Riana dah tak ada pelukkan hangat lagi. Riana pun dah tak ada seseorang yang boleh berikan semangat untuk Riana. Iman sendiri yang selalu cakap yang Iman tak akan tinggalkan Riana, tapi ternyata Iman tinggalkan Riana juga seperti yang lainnya." Ariana mendudukkan kepalanya ke bawah lalu memeluk erat batu nisan Hilman. Tidak peduli dengan rintik hujan yang mula turun membasahi bumi.

"Iman.. Riana ikut Iman, ya? Riana tak nak tinggal di dunia ni sendirian dengan banyaknya luka pada diri Riana yang tak pernah sembuh…"

"Jangan pergi Riana.. kalau Riana pergi, terus terang abang cakap yang abang memang dah tak ada rumah lagi untuk pulang. Cukuplah papa dan Hilman pergi, tapi jangan Riana..." ucapan Ariana tiba-tiba terhenti saat seseorang memotong ucapannya.

Daniel hadir sambil membawa payung untuknya. Ariana langsung berdiri dan menatap wajah Daniel sejenak lalu melangkah kakinya hendak pergi dari sini. Sungguh, Ariana sangat enggan berbicara dengan Daniel saat ini setelah apa yang terjadi.

"Tolong berikan abang kesempatan sekali lagi untuk perbaiki semuanya, Riana. Abang akan buktikan pada Riana dan juga Hilman bahawa kata-kata abang kali ini akan benar-benar terbukti untuk memperbaiki ini semua!"

Daniel menarik tangan Ariana lalu dia membuang payungnya dan dia langsung membawa Ariana ke dalam pelukkannya.

Ariana tidak berkutik sedikit pun dari pelukkannya. Mungkin saat ini dirinya juga memerlukan pelukkan dari seseorang pada saat ini.

"Kisah ini belum sepenuhnya hancur. Masih ada bab yang masih boleh kita perbaiki bersama. Memang jalan ceritanya tidak akan seindah di awal, tapi jika diperbaiki mungkin akan jauh lebih baik dari sekarang. Sebab itu izinkan abang untuk memperbaiki semuanya..." ucap Daniel.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now