Bab 9

99 9 0
                                    

MALAM semakin larut. Rintikkan hujan mula turun membasahi bumi seakan-akan menggambarkan keadaan Ariana saat ini.

Ariana kini berada di dalam Honda Civic milik Iman setelah pulang dari hospital untuk diberikan rawatan di bahagian tepi matanya yang lebam teruk serta cakaran yang sangat dalam pada bahagian dadanya.

Ariana berfikir bahawa Daniel akan menghalang dirinya untuk tidak keluar bersama dengan Iman, namun ternyata fikirannya salah.

Jangankan menghalanginya keluar, melihat dirinya bersama dengan Iman saja rasanya dia tidak menyedarinya.

"Dah lewat malam ni. Riana nak tumpang bermalam dulu di rumah Iman? Riana jangan risau. Rumah Iman ada tiga bilik. Riana boleh tidur di bilik kedua atupun ketiga. Riana tak payahlah balik lagi ke rumah tu. Iman takut kalau Daniel akan sakiti Riana lagi." ujar Iman dengan raut wajah risaunya. 

Ariana hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Entah mengapa mulutnya terasa berat sekali untuk berbicara pada saat ini.

"Erm, Iman boleh hantarkan Riana ke kubur arwah ibu dan ayah Riana? Riana nak ceritakan banyak perkara pada mereka. Riana rindu sangat pada mereka..." tiba-tiba fikiran Ariana dipenuhi dengan kenangan ketika bersama dengan arwah ibu dan ayahnya.

"Esok kita ke sana ya, Riana. Iman pun nak minta maaf pada arwah ibu dan ayah Riana sebab Iman gagal untuk menjaga bidadari kecil mereka ni dan tak tak boleh buat bidadari mereka ni selalu tersenyum. Iman rasa serba salah pada mereka sebab Iman biarkan Riana dilukai dengan lelaki yang langsung tidak boleh menghargai perempuan!" ucap Iman menatap dalam bola mata Ariana.

"Ini bukan salah Iman. Riana yang salah sebab dah masuk ke dalam permainan yang penuh dengan perangkap. Tak sepatutnya Riana mengikuti permainan ini dengan melibatkan perasaan. Sekarang Riana ingin hapuskan perasaan ni, tapi Riana tak boleh, Iman.." lirih Ariana.

Iman memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu memusingkan tubuhnya menghadap Ariana. Iman mengambil tisu yang berada di dashboard keretanya lalu mengelap air mata jernih yang sedari tadi terus keluar membasahi pipi Ariana.

"Kesalahan Riana boleh jadi iktibar dalam hidup Riana untuk terus melangkah ke hadapan. Sekarang Riana kena perlahan-lahan melangkah keluar dari zon yang menyakitkan itu. Riana pasti boleh hapuskan perasaan tu kalau Riana memang ada niat dalam menjalankan prosesnya." ucap Iman sambil mengusap lembut kepala Ariana.

"Kalau Iman nak tahu.. rasa sakit fizikal yang Riana alami sekarang ni tak setanding dengan rasa sakit di hati Riana. Jadi, Riana rasa sekarang ni Riana hanya nak undur satu langkah ke belakang tanpa perlu hapuskan perasaan ni.." ucap Ariana sambil tersenyum lembut kepada Iman.





PRANGGG!

"Arghhh! Tak guna! Kenapa kau tinggalkan aku Ariana!" jerit Daniel lalu menjatuhkan semua barang yang berada di atas meja. Dia melihat dengan jelas bagaimana Ariana pergi dari rumah ini bersama dengan Iman.

"Kalau Riana tinggalkan abang, nanti abang akan bersama dengan siapa? Adrin? Perempuan tu tak sama macam Riana dan rasa cinta abang pada Adrin sudah habis, Riana!" lirih Daniel sambil menangis dengan penuh penyesalan yang terasa.

Bilik ini dipenuhi dengan suara tangisan dan raungan dari Daniel. Daniel bangkit dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik ini.

Entah mengapa tiba-tiba di fikirannya terlintas untuk memeriksa CCTV yang ada di dalam rumah itu.

Dengan cepat Daniel melangkah kakinya menuju ruangan CCTV. Dan setelah sampai di sana, dia terus mencari rakaman CCTV yang dirakam di ruangan ruang tamu.

Setelah dia sudah mendapatkan rakaman CCTV yang dia cari. Dia terus memutarnya dan melihat dengan seksama kejadian di mana Adriana yang terlebih dulu menampar Ariana.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Donde viven las historias. Descúbrelo ahora