Bab 1

179 11 0
                                    

SINARAN matahari yang mula menyinari bumi merupakan satu rahmat Allah S.W.T yang tiada sesiapapun mampu menandingi-Nya.

Dari arah matahari itu mula terbit dapat dilihat seorang gadis yang sedang duduk di atas buaian di tepi pantai sambil menikmati keindahan makhluk Allah yang sentiasa taat bergerak dalam paksinya untuk menyinari bumi bertuah ini.

Gadis itu sedang mengayunkan dirinya sendiri di atas buaian itu sambil mengukirkan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

Deruan angin lembut di pagi hari menyebabkan selendang berwarna ungu muda yang dipakai cantik di kepalanya sedikit berterbangan seiring dengan gerakkan angin di pagi hari itu.

Setelah selesai menunaikan solat Subuh, gadis itu mengambil mushaf Al-Quran lalu dibacanya surah Al-Kahfi yang sentiasa menjadi amalannya pada hari jumaat yang penuh barakah ini.

"Assalamu'alaikum ibu dan ayah. Riana cuma nak cakap yang Riana rindu sangat dekat ibu dan ayah. Riana harap ibu dan ayah sentiasa merasakan kebahagiaan di alam sana di sisi Ilahi. Riana dekat sini pun bahagia dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada Riana dan keluarga angkat Riana. Kak Adrin pun apa kurangnya. Dia selalu menjaga dan menyayangi Riana seperti adik kandungnya sendiri."

"Cuma bonda aje yang... tak apalah. Riana bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Riana ada sekarang. Walaupun kehidupan Riana dah berubah semenjak ibu dan ayah tiada, Riana tetap tak akan lupakan kasih sayang yang ibu dan ayah berikan dari Riana masih bayi sehingga Riana berusia 10 tahun. Ibu dan ayah tunggu Riana tau. Riana nak peluk ibu dan ayah bila Allah dah jemput Riana nanti..."

Panjang lebar gadis itu bergumam sendirian sambil menikmati keindahan matahari terbit di situ. Gadis itu bernama Nurul Ariana Sofea yang sudah menginjak usia 23 tahun yang masih menuntut pengajiannya di Universiti Islam Malaysia.

Impiannya adalah untuk menjadi seorang pendakwah Islam kerana baginya, Islam haruslah dikembangkan ke serata dunia dengan ilmu dan pengetahuan yang benar agar masyarakat tidak di luar sana tidak memandang agama Islam ini dengan sebelah mata.

Di samping itu, Rabiatul Adawiyah dan juga Siti Aisyah isteri kepada Rasulullah tetap teguh menjadi idola dan inspirasi kepada Ariana.

Kehidupannya tidaklah seratus peratus seperti kehidupan orang lain. Dia kehilangan ibu dan bapanya ketika berusia sepuluh tahun akibat ibu bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan yang amat dasyat.

Rumah mereka terbakar dan hangus dijilat api kerana perbuatan seorang manusia yang berhati iblis yang telah mengkhianati bapa Ariana yang bernama Fawaz Ibrahim hanya kerana perasaan cemburu dan hasad dengki yang menguasai diri penjenayah itu sehingga menyebabkan dia sanggup melakukaan perkara keji sedemikian.

Ariana terselamat semasa kebakaran besar melanda rumah mereka sekeluarga kerana bapanya Fawaz sempat menyelamatkannya dari api yang semakin marak.

Namun Fawaz dan isterinya Aisyah tidak dapat menyelamatkan diri akibat terperangkap di dalam api yang sudah marak dan memenuhi setiap penjuru dan bahagian rumah mereka.

Mereka ditemui selepas dua jam setelah ahli bomba selesai menjalankan tugas pemadaman api. Namun keadaan mereka selepas ditemukan amat sadis dengan keadaan kulit mereka sudah rentung akibat kebakaran yang melanda.

Pada saat itu Ariana hanya meraung dengan isakan tangisnya yang tidak terhenti tatkala mendapati ibu bapanya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Mujur sahabat baik kepada Fawaz yang bernama Encik Nabhan sudi menerima dan menjadikan Ariana sebagai anak angkatnya. Namun tidak semua orang di dalam rumah itu menyukai dan menerima Ariana.

Isteri kepada Encik Nabhan yang selalu Ariana panggil sebagai bonda itu selalu mengabaikannya dan hanya melayan dan menyayangi anak kandungnya yang bernama Nurul Adriana Safiya.

Dia membenci Ariana hanya kerana alasan yang tidak masuk akal iaitu kerana nama anak kandungnya dan Ariana sangat dekat dan hampir sama.

Namun siapalah Ariana untuk membangkang apa yang diperkatakan oleh bondanya iaitu Puan Linda itu, bukan? Dia sedar siapa dirinya dan kedudukannya di dalam keluarga itu.

Ariana bersyukur kerana kakak angkatnya iaitu Adriana Safiya turut menyayanginya seperti adik kandungnya sendiri.

Sedang asyik leka berkhayal sendirian, Ariana mendengar satu bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya. Lantas Ariana membuka telefon bimbitnya dengan kata kunci lalu menekan ikon whatsapp. Nama Kak Adriana terpapar di bahagian atas sekali.

Riana.. Nanti datang rumah akak ya. Dalam pukul 8.30 malam untuk tanda tangan kontrak kita Jangan lambat. Sebab Abang Daniel nak keluar lepas Riana dah selesai tanda tangan - Kak Adriana

Akak.. Serius ke nak suruh saya? Kenapa tak suruh orang lain aje kak? Macam mana kalau nanti Riana jatuh cinta pada Abang Daniel? - Ariana

Akak dah cuba cari orang lain tapi tak dapat. Sekarang cuma Riana sorang aje yang boleh tolong akak. Riana cuma kena mengandungkan anak Abang Daniel aje. Tapi jangan sampai rampas dia daripada akak. Sebelum Riana mengandung anak Abang Daniel, Riana mesti kena berkahwin terlebih dahulu dengan Abang Daniel. - Kak Adriana

Ariana termenung seketika setelah perbualan di antara Adriana dan dirinya sudah tamat. Otaknya ligat berfikir. Betul ke keputusan yang aku buat? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku yang Kak Adrin pilih untuk berkahwin dengan suaminya? Kenapa Kak Adrin sanggup hidup berpoligami dengan adik angkatnya sendiri?

Ya Allah... bantulah hamba-Mu ini! Ariana bergumam sendirian sambil menggenggam erat telefon bimbitnya dengan air mata yang sudah bertakung di kelopak matanya.

 bantulah hamba-Mu ini! Ariana bergumam sendirian sambil menggenggam erat telefon bimbitnya dengan air mata yang sudah bertakung di kelopak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now