Bab 6

108 9 0
                                    

ASSALAMUALAIKUM, cantik! Iman dah sampai rumah. Baju Iman basah tadi sebab hujan masa naik motor. Riana buat apa tu? Dah makan? Riana kena makan banyak tau biar tetap coat untuk menghadapi kehidupan ni.  Lepas 10 bulan nanti selesai kontrak tu, datang balik pada Iman tau. Iman akan sentiasa menunggu, Riana! -Iman

 
Kontrak tu tak akan selesai sampai bila-bila pun! Riana akan tetap menjadi isteri aku dan sekaligus ibu kepada anak-anak aku! -Ariana

 
Apa Riana cakap ni? Err… siapa ni? -Iman

 
Muhammad Daniel Eskandar! Suami kepada Nurul Ariana Sofea! -Ariana

 

Brakkk!

Terhunjut bahu Ariana tatkala mendengar bunyi yang dihasilkan oleh pintu itu dibuka dengan begitu kuat. Ariana melihat susuk Daniel yang sedang tergesa-gesa berjalan ke arahnya.

"Siapa Iman?! Aku tanya siapa Iman, Ariana Sofea!" jerkah Daniel lalu menarik tangan Ariana hingga membuatnya berdiri tegak di hadapan Daniel.

"Lelaki mana yang gatal sangat panggil kau 'cantik' selain aku? Lelaki mama yang akan akan menjadi pendamping kau selepas aku? Semurah tu ke harga diri kau bila bersama dengan lelaki lain lepas anak kita lahir nanti?!" Sungguh lancang tutur kata yang keluar dari mulut Daniel pada saat itu.

Ariana memandang ke arah Daniel dengan raut wajah yang terlihat sangat teekejut tatkala mendengar Daniel sedang membahaskan tentang Iman. Bagaimana dia boleh tahu pasal Iman? Soal Ariana di dalam hati.

"Tak boleh ke kalau masa bercakap tu perlahankan sikit volume suara? Saya tak tuli lagilah sampau abang perlu menjerit-jerit macam tu dekat saya!" ujar Ariana tak kalah lantangnya.

"Oh? Lepas aku tahu ada lelaki lain mesej isteri aku, kau ingat aku akan duduk diam? Kau ingat aku ni tunggul ke apa?! Memang taklah aku akan benarkan lelaki lain berhubungan dengan kau! Sedar diri tu sikit yang kau tu isteri aku! Isteri aku!"

Pranggg!

Terbuntang biji mata Ariana tatkala melihat telefon bimbitnya sudah hancur lebur mencium lantai. Sudah pasti lelaki yang berada di hadapannya saat ini yang melakukannya dengan penuh amarah di dalam dirinya.

"Astaghfirullah hal'azim... kenapa abang pecahkan handphone saya?! Abang tahu tak dalam tu ada banyak kerja dan data-data assignment saya?!" Ariana hendak mengambil serpihan-serpihan telefonnya yang sudah berterabur di sana-sini. Namun dengan pantas Daniel menyambar tangannya lalu keluar dari bilik air.

"Sakit, abang! Lepaskan tangan saya! Kenapa awak berubah menjadi kasar dengan saya?! Tolong lepaskan tangan saya abang!" Ariana terus-terusan memohon kepada Daniel agas melepaskan cengkamannya dari tangan Ariana. Namun Daniel seakan tuli, langsung tidak menghiraukan permohonan Ariana.

Daniel terus mengheret Ariana menuju ke bawah lalu dia berjalan ke arah belakang rumah yang lebih tepatnya lagi ke arah stor yang sangat gelap dan banyak bau bangkai tikus dan bangkai binatang kecil yang lain.

"Aku tak akan jadi kasar kalau isteri aku patuh dengan arahan aku!" ujar Daniel dengan tegas lalu menolak tubuh Ariana ke dalam stor.

"Dah berapa kali saya beritahu abang, saya bukan isteri abang! Isteri abang cuma Kak Adrin sorang dan saya di sini hanya sebagai perempuan yang perlu melahirkan anak awak dan..."

Pang!

Rupa-rupanya inilah sisi gelap Daniel yang tidak pernah Ariana ketahui sebelum ini. Dia sanggup menampar Ariana untuk kali yang kedua. Namum kali ini tamparannya sangat melukai hati Ariana.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now