Bab 16

126 11 0
                                    

KINI, Ariana baru sahaja sedar setelah manjalani proses melahirkan anak yang sangat menyakitkan baginya dalam beberapa jam yang lalu.

Dan betapa terkejutnya dirinya saat pertama kali yang dia lihat di dalam wad ini adalah Hilman dan bukan suaminya.

Daniel langsung tidak menemani Ariana selama dia melahirkan anak tadi dan tergamak Daniel sanggup memindahkan dirinya ke hospital lain.

Tapi, ada yang lebih mengejutkan dan menyedihkan dari itu iaitu saat Ariana mengetahui bahawa anak yang selama ini dia tunggu selama sembilan bulan telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya tanpa ada sebab yang jelas.

"Iman.. dunia memang jahat ke pada Riana? Dunia dah ambil semua orang yang Riana sayang dan dunia langsung tak pernah izinkan Riana untuk bahagia meskipun hanya sehari saja. Adakah mungkin ini semua adalah karma atas perbuatan Riana?" lirih Ariana sambil menatap kosong ke arah Hilman.

"Anak yang Riana kandung selama sembilan bulan dah pergi tinggalkan Riana padahal Riana belum sempat untuk melihat wajah dia dan menggendongnya..." Setitis demi setitis air mata Ariana mula turun membasahi pipinya.

"Dia tak pernah pergi dari hidup Riana. Dia masih ada di sini bersama dengan Riana. Cuma Riana aje yang tak boleh merasakan kehadiran dia. Jangan salahkan siapapun atas perkara buruk yang Riana alami. Ini semua sudah sebahagian dari jalan takdir hidup Riana," ucap Hilman.

"Beerti jalan takdir Riana memang buruk kan, Iman? Riana dah hilang ibu, ayah, bonda, ayahanda, Kak Adrin, Daniel dan anak Riana. Lepas ni boleh jadi Riana akan hilang Iman juga. Riana memang dicipta untuk tidak pernah mendapatkan kebahagiaan Iman..." Ariana terus menangis sejadi-jadinya di pelukan Hilman. Sungguh, hari ini merupakan hari yang paling menyakitkan baginya.

"Riana dah penat Iman.. Riana nak pergi dari sini. Riana nak tidur dengan tenang tanpa perlu bangun untuk menghadapi kenyataan yang sangat pahit ini!" Tangisan Ariana semakin menjadi-jadi.

"Iman faham dengan keadaan Riana. Tapi Iman harap Riana boleh bertahan sekali lagi ya. Riana pasti boleh menjalani hari-hari buruk Riana dan Iman di sini akan sentiasa temankan Riana untuk kembali bangkit menjadi seorang perempuan yang setiap hari boleh mengukirkan senyuman. Iman rindu dengan senyuman Riana sebelum Riana jumpa dengan seorang yang membuat Riana terluka. Boleh tak Riana senyum untuk Iman?" ucap Hilman. Ariana menganggukkan kepalanya lalu tersenyum lembut ke arah Hilman.

"Terima kasih sebab sudah mengukir senyuman untuk Iman. Iman janji akan setia menemani perjalanan Riana untuk kembali bangkit. Setelah semuanya sudah usai, kita pergi dari lembaran ni ya. Lembaran ni sudah terlalu kotor dan tidak sempurna akan alurnya. Iman dah siapkan lembaran yang baru dan bersih untuk kita isi alur kisah kita bersama..." ucap Hilman yang dibalas dengan anggukkan kepala Ariana. Meskipun Hilman bukanlah Daniel, tapi ucapannya boleh membuat Ariana berasa sedikit tenang.

"Maafkan Hilman abang.. Hilman kena gantikan posisi abang dalam hati Riana. Hilman tak nak Riana semakin terluka dengan hidup bersama insan seperti abang. Riana dan anak dia tak boleh hidup dengan abang, maka dari itu Hilman akan menjadi suami serta ayah dari anak Riana..." lirih Hilman di dalam hati.

"Riana tunggu kat sini ya. Iman nak pergi uruskan hal dekat airport sekejap aje!" ujar Hilman.

"Iman tahu apa yang akan jadi lepas ni sebab media dah tahu yang anak Adriana dan Daniel dah meninggal dunia. Sebab tu Iman akan bawa Riana ke Paris. Riana tunggu sini ya!" ujar Iman yang Ariana balas dengan anggukan. Hilman mula melangkah kakinya keluar dari ruangan ini.

Ariana kembali berdiam diri dengan tatapan kosong menatap dinding putih di hadapannya. Lima belas minit kepergian Hilman, tiba-tiba ada seseorang yang menerjah pindu dengan sangat keras.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Donde viven las historias. Descúbrelo ahora