Bab 7

97 8 0
                                    

SETELAH dihadiahkan telefon bimbit baharu dari Daniel, Ariana berasa sungguh gembira dan seakan-akan terlupa dengan kejahatan yang telah Daniel perbuat semalam. Malah, hatinya seolah-olah mula tertarik dan mencintai Daniel secara perlahan-lahan. Ariana menyedari akan perasaan itu.

Namun, dia tetap berdiam diri dan tidak mahu untuk mengungkapkan perasaannya kepada Daniel. Ariana tahu risiko yang dia akan hadapi jika dia berbuat demikian.

"Riana tahu tak? Ini adalah kali pertama abang dapat rasa makanan dari air tangan isteri abang. Dan ini adalah kali pertama abang diperlakukan layaknya sebagai seorang suami," ujar Daniel yang tiba-tiba datang menghampiri Ariana dan memeluknya dari belakang.

"Aik? Takkan Kak Adrin tak pernah masak untuk abang?" soal Ariana kehairanan. Jujur dia tidak pernah mengetahui bagaimana keadaan rumah tangga kakak angkatnya itu.

"Mestilah.... tak! Dia selalu sibuk dengan kerjaya dia sampai dia lupa yang dia ada suami..." ucap Daniel dengan raut wajah yang sedikit kecewa.

Ariana mematikan dapur gas lalu memusingkan tubuhnya untuk menghadap Daniel yang lebih tinggi daripadanya. Ariana menekup pipi Daniel menggunakan kedua tangannya lalu diusapnya dengan lembut.

"Apa yang abang tak dapat dari Kak Adrin, abang akan dapat dari saya. Tapi bukan bermaksud untuk menggantikan Kak Adrin di hati abang, saya cuma nak menjalankan tugas saya sebagai seorang isteri. Memasak, melayani suami, menyiapkan keperluan suami dan sebagainya!" ujar Ariana dengan senyuman ikhlas di bibirnya.

"Kenapa Riana nak buat semua tu padahal abang bersikap kejam pada Riana? Riana tahu kan yang abang tak boleh bertanggungjawab atas rasa cinta yang nanti pasti akan muncul di hati Riana. Abang takut kalau nantu Adrin akan...."

"Saya pun tak tahu kenapa saya rasa nak sangat buat semua ni. Mungkin Allah sudah menulis jalan takdir hidup saya begini. Walaupun apa sahaja takdir yang sudah ditetapkan oleh-Nya, saya akan tetap mengharungi dengan penuh keikhlasan. Dan kalau perasaan cinta itu muncul, saya akan berusaha untuk menerimanya dan saya akan pastikan perasaan cinta itu tak akan sesekali merobohkan kebahagiaan rumah tangga abang bersama dengan Kak Adrin."

Ariana menyingkirkan rangkulan Daniel dari pinggangnya. Dia menyedok nasi goreng yang dimasaknya tadi ke dalam pinggan. Ariana berlalu ke arah meja makan lalu menghidang nasi goreng itu ke atas meja. Namun pada saat itu otaknya masih ligat berfikir dengan pertanyaan Daniel sebentar tadi.

"Err, abang! Boleh saya buat satu permintaan? Permintaan saya bukanlah terlalu besar dan saya yakin ini adalah permintaan terawal dan terakhir untuk abang. Saya janji saya tak akan minta apa-apa lagi lepas ni!" ujar Ariana memberanikan diri.

"Apa pun yang Riana minta abang akan kabulkan sesuai dengan kemampuan abang, Riana.."  Daniel berlalu ke arah kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ.

Ariana menarik nafasnya dihembusnya perlahan-lahan sebelum dia memulakan perbicaraanya.

"Kalau satu hari nanti perasaan cinta itu muncul, saya mohon pada abang... jangan marah ataupun seksa saya lagi. Cukuplah abang berdiam diri aje. Saya yakin diam abang itu akan membuatkan saya sedar betapa hinanya saya untuk mengabadikan perasaan cinta saya pada abang."

"Saya juga sedar yang saya tak layak untuk melangkah ke hadapan untuk mendapatkan abang untuk kali yang kedua dan pada saat itu, saya akan mundur ke belakang. Mundur sejauh mana yang saya boleh." Ariana berkata dengan pandangan matanya tidak lari daripada bola mata hitam Daniel. Daniel juga menatap dirinya dengan tatapan yang sangat sulit untuk Riana ertikan. Dari raut wajah Daniel dia seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Saya minta izin untuk ke kelas dulu ya, abang. Hari ni saya ada satu kelaa aje. Saya balik awal nanti!"

Ariana bingkas dari duduknya. Dia hendak melangkah kakinya untuk menaiki tangga namun tiba-tiba tangannya disambar oleh Daniel dan terus tubuhnya dirapati dengan tubuh Daniel.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ