Bab 2

116 9 0
                                    

"ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIM, Adrin! Apa you dah buat ni?! Kenapa you buat keputusan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada I? I'm your husband, Adrin! I ada hak untuk tahu! I tak setuju dengan keputusan you. I tak nak buat semua tu, Adrin. I tak nak lukakan you!" ujar seorang lelaki yang masih berpenampilan pejabatnya. Baru beberapa minit dia tiba di rumah setelah pulang dari tempat kerjanya namun sudah menerima khabar yang buruk daripada isterinya.

"You fikir I nak ke buat semua ni, Daniel? I pun terluka di sini! I tak sanggup melihat suami I sendiri berkahwin dan dikurniakan zuriat daripada perempuan lain apalagi perempuan itu adalah adik angkat I sendiri. Tapi apakan daya. I buat semua ni hanya untuk kebahagian rumah tangga kita. Kebahagian you jugak!" ucap Adriana lalu meraih tangan Daniel lalu diusapnya dengan lembut.

"Kebaikan kita? Ini you cakap kebaikan kita? Ini semua memperburukkan lagi keadaan rumah tangga kita, Adrin! Padahal banyak lagi cara lain yang kita boleh ikhtiar. Berubat, minum jamu ataupun buat ujian IVF dan kita juga boleh buat permohonan untuk mengambil anak angkat. Bukannya dengan buat benda mengarut entah apa bendanya ni!" Daniel mengerutkan dahinya. Dia benar-benar buntu dengan situasi saat ini ditambahagi dengan masalahnya di tempat kerjanya.

"You dah lupa ke yang I dah buat semua tu dari dua tahun lepas lagi! Tapi... apa yang I dapat? Semua tu langsung tak membuahkan hasil. Mama you tu cuma bagi I waktu dua bulan saja untuk mengandung. Kalau tak, kita kena bercerai. Tapi I tak nak kita bercerai. I masih cintakan you. I tak nak rumah tangga kita hancur. Sebab tu I buat semua ni!" ujar Adriana dengan suara sedikit kuat di penghujungnya.

"Enough, Adrin! I'm so tired because of this situation. Every time kita asyik bergaduh pasal benda ni. Kalau you tak makan ubat pencegah kehamilan dari awal kita kahwin, mungkin semua ni takkan pernah terjadi. You lebih mementingkan kerjaya you berbanding I!" Daniel berkata dengan nada kecewa.

"What? Sekarang you salahkan I? Sekarang ni yang salahnya you! Dah berapa kali I dah cakap yang saya tak nak kahwin muda tapi you tetap paksa I. Jelas, I tak nak kahwin di tengah kerjaya I yang lagi meningkat naik!" Tegas Adriana.

Kini perdebatan mereka berdua semakin memanas dan itu semua dapat disaksikan oleh Ariana dari hadapan pintu rumah mereka.

Mereka berdua langsung tidak menyedari akan kehadiran Ariana di situ yang sudah sepuluh minit yang lalu berdiri kaku di hadapan pintu.

Tatkala melihat Adriana dan Daniel sedang bertengkar membuatkan Ariana berasa tidak yakin untuk menerima tawaran Adriana. Ariana takut sekiranya kehadirannya akan membuatkan keadaan semakin kacau-bilau.

Tetapi, jika dia menolak tawaran itu pasti Adriana akan berasa sedih kerana tidak dapat merasakan kebahagian bersama cahaya mata. Ariana turut berasa kasihan terhadap Adriana kerana dua tahun kebelakangan ini dia sendiri melihat bagaimana kuatnya usaha Adriana yang ingin memiliki cahaya mata.

"Assalamu'alaikum, Kak Adrin..." Ariana memanggil kakak angkatnya dengan nada yang lembut hingga membuatkan Adriana dan Daniel memberhentikan perdebatan mereka.

Ariana mula melangkah kakinya mendekat ke arah pasangan suami isteri itu. Ariana dapat melihat mata bundar Daniel yang merenung tajam ke arahnya. Namun dia berusaha agar tetap tenang.

"Wa'alaikumussalam, Riana. Akak minta maaf ya. Akak tak perasan pula yang Riana dah sampai. Mari, kita duduk dulu ya." Adriana mempersilakan Ariana untuk duduk di atas sofa di ruang tamu. Daniel masih membekukan dirinya di situ.

"Terima kasih, kak." Ariana dengan sopan berlalu ke arah sofa lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa mewah yang empuk itu.

Ariana mendongakkan kepalanya lalu melihat susuk Adriana yamg sedang berjalan ke arah sebuah meja di hadapan televisyen lalu ditarik sebuah laci kecil yang berada di sebelah kiri meja itu.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now