Bab 20

177 8 0
                                    

HARI ini adalah hari di mana sidang perceraian di antara Daniel dan Adriana serta sidang hukuman yang akan diterima oleh Adriana atas kesalahannya. Hari ini Ariana menghadiri sidang itu sebelum bertolak ke Paris.

Sidang akan dimulakan pada pukul sepuluh pagi dan kini jam masih menunjukkan pukul sembilan pagi. Sebelum sidang dimulakan, Daniel sedari tadi tidak henti menggenggam tangan Ariana.

Raut wajahnya terlihat sangat cemas. Maklum saja, dia cemas dan sedikit gugup kerana dia akan bercerai dengan cinta yang sudah lama menemaninya.

"Abang... Kalau abang belum bersedia untuk mengakhiri semua ni, lebih baik batalkan saja penceraian ni. Masih belum terlambat…" ucapan Ariana terhenti saat Daniel meletakkan jari telunjuknya di bibir Ariana. Dia merenung Ariana dengan begitu dalam.

"Abang bukan tak bersedia cuma dada abang rasa sedikit sebak sebab abang tak sangka yang hari ini akan tiba. Dulu abang selalu menghindari hari di mana abang perlu mengakhiri kisah abang bersama dengan Adrin. Tapi sekarang abang justeru harus mengahadapinya kerana kisah ini sudah tidak layak abang pertahankannya lagi." ucap Daniel sambil mengeratkan lagi genggamannya pada tangan Ariana.

"Semoga keputusan abang untuk meninggalkan kisah ini dan melanjutkan perjalanan bersama dengan Riana adalah pilihan yang tepat serta pilihan yang direstui oleh Allah. Selangkah aje lagi abang, kita boleh bersama buat selama-lamanya." Entah mengapa, Ariana menjadi sedikit bahagia akan hal di mana dirinya akan hidup bersama dengan Daniel.

"Aamin... Semoga kisah kita direstui oleh Allah. Abang akan belajar untuk menjadi imam yang terbaik untuk isteri abang!" balas Daniel.

Mereka saling merenung antara satu sama lain. Daniel juga sering melempar senyuman yang sebelum ini mungkin mereka jarang melakukan ini.

Tidak lama dari itu hakim mengetuk palu pertanda di mana sidang akan dimulakan dan Daniel segera melangkah maju untuk duduk di sebelah Adriana yang sudah berada di hadapan hakim.

Adriana terlihat sangat tidak terusus apabila mamakai baju tahanan. Tidak ada sehelai benang yang menutup kepalanya, rambutnya yang kusut, wajahnya pucat serta dia terlihat sangat kurus padahal baru semalam dia berada di penjara. Seluruh tubuhnya juga terdapat luka-luka dan parut-parut yang berdarah seperti luka gatal.

"Sidang sudah dimulakan.. silakan kepada Encik Daniel Eskandar memberikan alasan yang munasabah, mengapa anda ingin mengglugat cerai kepada Cik Adriana Safiya? Adakah terdapat hubungan gelap? Atau justeru hal yang lain?" soal hakim kepada Daniel.

Daniel mula menjelaskan beberapa alasan yang sangat munasabah mengapa dia ingin menggugat cerai kepada Adriana. Saat Adriana disoal perihal pernyataan Daniel benar atau tidak dia hanya menganggukkan kepalanya saja.

"Baik, sidang sudah selesai. Gugatan cerai diterima. Sekarang Muhamad Daniel Eskandar dan Nurul Adriana Safiya bukan lagi menjadi pasangan suami isteri!"

Ketukan palu itu membuat Ariana juga merasakan betapa sakitnya menjadi Adriana yang harus menerima di mana kisahnya sudah selesai. Dan selanjutnya sidang keputusan hakim untuk memberi hukuman atas pembunuhan yang dilakukan oleh Adriana.

"Sesuai dengan seksyen 338 KUHP, iaitu barangsiapa yang sengaja merampas nyawa orang lain, diancam, kerana pembunuhan, dengan pidana penjara paling lama lima belas tahun.”

"Cik Adriana Safiya, anda dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara dan hukuman denda sebanyak RM50 ribu ringgit." Ketukan palu itu membuat beberapa orang yang geram kepada aksi pembunuhan Adriana terlihat semudah itu saja.

Para anggota polis menghampiri Adriana dan akan membawanya kembali ke dalam lokap penjara. Tapi sebelumnya aku dengan Daniel ingin bertemu dengan Adriana.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now