Bab 5

107 8 0
                                    

SENJA kian menjelma. Pada petang itu Ariana menjemput sahabat karibnya untuk berkunjung ke rumah kerana dia berasa sangat bisan dan tidak tahu harus melakukan aktiviti apa pada hari itu.

Terlintaslah di benak fikirannya untuk mengajak sahabatnya ke rumah untuk meluangkan masa bersama sahabatnya dan lebih utama dapat menghilangkan rasa bosannya itu.

Bagi Ariana, ini bukanlah satu masalah baginya kerana yang berkunjung ke rumahnya pada saat ini hanyalah sahabat karibnya sahaja.

Setelah lebih 45 minit mereka meluangkan masa dengan berbual serta gelak tawa, akhirnya sahabat Ariana mengatakan bahawa dia perlu pulang ke rumah kerana sudah lama dia berada di situ. Ariana hanya mengiyakan sahaja permintaan sahabatnya itu.

"Iman balik dulu ya, Riana! Lain kali kalau bosan duduk sorang-sorang, Riana call aje Iman tau. Iman akan terus terpacak depan Riana. Eh, tak habis lagi! Kalau suami Riana sakitkan Riana, Riana terus ceraikan dia lepastu kahwin dia Iman tau!" ujar Iman yang diakhiri dengan gelak tawanya.

Iman. Sebaris nama pendek itu merupakan sahabat Ariana dari awal dia menjejakkan kakinya di semester satu Universiti Islam Malaysia. Iman adalah sahabat terdekat Ariana yang selalu ada dikala Ariana susah mahupun senang. Sifatnya yang periang membuatkan Ariana berasa selesa untuk berada dekat dengannya.

"Ish, Iman ni selalu buat Riana ketawa tau! Dah, Iman balik ya! Tata titi tutu!" balas Ariana kegirangan lalu melambai ke arah Iman.

Iman membalas lambaian Ariana lalu berjalan menuju ke Kawasaki Ninja hitamnya yang berada di garaj kereta. Iman mula menghidupkan enjin pacuan dua roda itu lalu melajukannya keluar dari perkarangan rumah ini.

Setelah kelibat Iman sudah menghilang dari situ, Ariana ingin segera menutup pintu rumahnya. Namun tiba-tiba dia merasakan bahawa ada seseorang yang menahan pintu itu dari luar.

Brakkk!

Terhinjut bahu Ariana tatkala mendengar pintu rumah ditutup dengan kuat dan dirinya yang ditolak paksa masuk ke dalam rumah. Ariana menoleh ke arah belakang dan dia terkejut apabila mendapati Daniel yang sudah berada tepat di belakangnya dan sedang merenung tajam kepadanya.

"Kau tahu kan yang aku tak pernah izinkan mana-mana lelaki menjejakkan kaki dalam rumah ni bila aku tak ada. Kau tahu kan? Aku tanya, kau tahu kan?! Jawablah!"

"T...tapi dia cuma kawan saya abang..."

Pang!

Terteleng wajah Ariana ke kiri tatkala menerima tamparan yang kuat dari telapak tangan besar Daniel. Ariana dapat merasakan sesuatu pada hujung bibirnya. Rasa sakit dan perih itu semakin terasa ketika Ariana mengusap hujung bibirnya dengan jarinya.

Ariana melihat pada hujung jarinya dan dia mendapati bahawa ada satu cecair berwarna merah pekat yang tercalit di situ. Yang pastinya itu adalah darah!

Ariana membuntangkan biji matanya lalu memandang ke arah Daniel. Daniel masih lagi merenung tajam ke arah Ariana tanpa sedikitpun raut wajah bersalah yang terpapar di situ.

Mengapa dia tiba-tiba menjadi begitu marah dengan aku? Soal Ariana di dalam hatinya. Tidak berhenti di situ, Daniel dengan tangkas menarik tangan Ariana lalu diheretnya masuk ke dalam bilik.

"Kau bukan lagi seorang perempuan yang sesuka hati boleh bersama dengan lelaki lain! Kau sekarang isteri aku, Ariana Sofea!" tengking Daniel dengan penuh penegasan di setiap katanya.

"I'm not your wife, Daniel Eskandar! Abang tak ada hak untuk melarang saya untuk berjumpa dengan sesiapa pun!" Ariana berkata seraya berdiri tegak di hadapan Daniel.

"Sekarang kau cakap pasal hak? Kau nak aku tunjuk seberapa berhaknya aku pada diri kau?" Daniel menyoal Ariana dengan suaranya yang berubah mendatar. Lantas, Daniel mengheret tangan Ariana untuk masuk ke dalam bilik air.

"Bila kau dah sah bergelar isteri aku, itu bermakna kau sepenuhnya menjadi milik aku dan aku sebagai sorang suami berhak untuk melarang isteri aku yang berani berhubungan dengan lelaki lain!" tengking Daniel tepat pada wajah Ariana.

"Pada pandangan kau mungkin perkahwinan kita hanyalah sebuah permainan. Tapi pada aku, perkahwinan kita adalah takdir yang sudah ditulis oleh Allah di dalam Luth Mahfuz!" kata-kata itu terdengar lantang di telinga Ariana.

"Habis tu bagaimana pula dengan perasaan saya, abang? Adakah jika saya cinta pada abang itu tandanya takdir yang ditulis oleh Allah juga? Kalau abang tak nak saya cintakan abang, tolonglah... jangan bersikap berlebihan seakan saya ni adalah milik abang yang seutuhnya. Kalau saya jatuh cinta pada abang, abang akan terima ke?" Ariana berkata sambil merenung dalam bola mata Daniel. Namun Daniel hanya diam dengan pandangannya yang dialihkan ke arah lain.

"Sebagai hukuman, aku nak duduk dekat sini diam-diam dan jangan panggil aku ataupun meraung dalam ni. Kau duduk dalam ni selama tiga jam. Lepas tu, aku nak kau tidur dalam stor belakang rumah. Faham?!" Arahan yang diarahkan oleh Daniel membuatkan Ariana diam tak berkutik. Dadanya mula berasa sebak dengan apa yang dilontarkan oleh Daniel tadi.

"Aku tanya kau faham ke tak?!" Daniel menyoal Ariana dengan suaranya yang sedikit dinaikkan apabila melihat Ariana yang hanya diam sedari tadi.

"Fa...faham." ringkas jawapan Ariana sambil menundukkan kepalanya.

Air mata mula menuruni dan membasahi pipinya. Walaupun esakannya masih boleh ditahan, namun hatinya tetap terluka dengan hukuman yang diberi oleh suaminya sendiri.

Entah apa lagi dugaan yang bakal dihadapi olehnya selepas ini. Sanggupkah dirinya untuk menerima dan menghadapi segala dugaan dan cabaran yang akan datang?

Sungguh hatinya pada saat ini juga terasa sangat perih, bagaimana pula jika dugaan yang  mendatang akan lebih merobekkan hatinya lagi?

Sungguh hatinya pada saat ini juga terasa sangat perih, bagaimana pula jika dugaan yang  mendatang akan lebih merobekkan hatinya lagi?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now