Bab 11

108 8 0
                                    

KINI, Adriana sedang duduk bersila di atas katil sambil memakan buah epal kesukaannya. Dari raut wajahnya, dia terlihat sangat berpuas hati setelah menjalani pembedahan pengangkatan rahim.

Bahkan dia terlihat seperti tidak ada beban yang perlu ditanggung sama sekali. Saat dirinya sedang asyik mengunyah buah epalnya, tiba-tiba terlihat seseorang wanita yang masuk ke dalam wad ini dan membuat Adriana terus mengukirkan senyuman semanis mungkin kepada wanita itu. 

"Mama baru sampai ke?" soal Adriana dengan senyuman seakan dibuat-buat.

"Saya tak akan datang ke sini kalau bukan kerana kemahuan anak saya. Saya juga datang sini sebab nak bagitahu kamu yang waktu untuk kamu mengandungkan cucu saya sudah tamat. Kamu sedar kan kamu sudah menjalani pembedahan pengangkatan rahim. Kamu takkan boleh mengandung sampai bila-bila, Adriana Safiya!" ucap Puan Mahani yang berstatus sebagai ibu kepada Daniel.

Puan Mahani  berjalan mendekat ke arah Adriana lalu tersenyum sinis ke arah Adriana. Adriana yang mendengar ucapan Puan Mahani sebentar tadi terus mengeluarkan air matanya.

Walaupun dia sangat sedih tatkala mendengar Puan Mahani berbicara seperti itu, dia tetap tersenyum menatap lembut wajah Puan Mahani.

"Saya bagi kamu dua pilihan. Pergi dari hidup anak saya ataupun saya sendiri yang akan pisahkan kamu berdua. Kamu tahu kan seberapa bencinya saya pada kamu? Memang payah untuk memaafkan kesalahan kamu selama ini, Adriana. Jujur saya kata, saya tak nak anak saya hidup bersama dengan perempuan yang selalu membuat hatinya terluka. Walaupun kamu dah berjanji yang kamu akan berubah, saya tetap tak percaya dengan apa yang kamu janjikan tu! Dah berapa kali kamu mungkiri janji? Ingat tak? Malah, saya juga dah beri peluang untuk kamu berubah. Tapi, apa yang kamu buat? Kamu tetap sama dan saya tak pernah nampak perubahan dalam diri kamu sampai akhirnya saya dah muak dengan perangai kamu, Adriana Safiya!" Puan Mahani berkata hingga berkerut dahinya. Jelas dia sangat marah pada saat ini.

"Adrin dah seberusaha mungkin untuk berubah, ma!  Adrin juga dah berusaha untuk menjadi isteri yang baik kepada Daniel. Adrin pun dah tinggalkan kerjaya Adrin demi Daniel! Jadi Adrin mohon ma, tolong beri Adrin kesempatan untuk kali yang terakhir...!" Adriana menyatukan kedua tangannya memohon di hadapan Puan Mahani.

 "Adrin akan memberikan mama cucu secepatnya dengan cara apa sekalipun" ucap Adriana.

"Macam mana kamu nak beri saya cucu kalau kamu dah tak boleh mengandung? Lebih baik kamu tinggalkan Daniel dan hentikan segala permainan bodoh ni!" tegas Puan Mahani.

"Mama buatlah apa cara sekalipun. Adrin tak akan pernah tinggalkan Daniel. Ariana bersumpah! Ariana akan segera memberi cucu kepada mama. Bukan melalui permohonan anak angkat, tapi memang dari darah daging Daniel sendiri...!" sungguh Adriana terlihat sangat beremosi pada saat ini. Seketika dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, enggan menatap Puan Mahani.

"Tch! Saya tahu kamu tak akan tinggalkan dia. Ouh, lebih tepatnya lagi... kamu tak nak tinggalkan harta kemewahan anak saya. Saya tahu kamu tinggalkan kerjaya kamu bukan disebabkan kamu cintakan Daniel. Tapi memang kerjaya kamu sudah hancur sebab kamu dan dan skandal kamu tu dah.... baiklah, saya akan tunggu cucu saya dari kamu dan Daniel secepat yang boleh. Jangan hampakan saya saya Adriana..." ujar Puan Mahani lalu membuka langkah untuk beredar meninggalkan Adriana sendirian di dalam wad ini.

"Arghhh! Macam mana orang tua tu boleh tahu segalanya?! Macam mana dia boleh tahu rancangan aku sekarang?! Tak guna! Jangan-jangan dia dah sabotaj permainan aku! No! Itu tak akan terjadi. Kau tak kenal lagi siapa aku Mahani!" Adriana menjerit seorang diri sambil memukuli kepalanya. Jujur, dia sangat terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Puan Mahani tadi.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now