SATU

118 11 2
                                    

Menggunakan cara sendiri lebih baik daripada meniru cara orang lain. Kerana dari situ kita boleh tahu bahawa kita sendiri yang berusaha keras untuk sampai ke destinasi kita."

SEBUAH kereta kuda berwarna keemasan berhenti di tepi pagar istana diraja. Turun lah seorang puteri mempunyai rupa paras yang jelita tetapi separuh muka ditutup dengan kain. Hanya mata indah sahaja kelihatan.

Anak mata berwarna coklat gelap. Kain diangkat sedikit supaya senang nak berjalan masuk ke dalam perkarangan istana. Semua terpesona dengan kecantikan alami nya.

"Semua tunduk hormat kepada puteri Khayla! anak kedua kepada permaisuri Marissa dan juga tuanku Thabit yang disayangi para rakyat jelata!" Laung seorang pengawal yang ditugas untuk mengisytiharkan ketibaan puteri dikatakan ialah idaman bagi rakyat jelata di situ.

Bergaun light teal yang bersinar-sinar bak berlian tatkala terkena sinaran matahari dan kasut tumit berkaca berwarna putih kemudian terletak elok tudung di sekeliling muka yang menutupi auratnya. Pintu pagar besar dibuka oleh pengawal keselamatan. Semua yang berbaris di sisi, lengkap baju seragam mereka. Senyuman tuan puteri Khayla itu baru sahaja nak diterbit.

"Kuat berangan lah dia ni, dia fikir ada dalam dunia khayalan ke apa? Padahal dah form four. Sesuai lah dengan nama kau, Khayla...khayalan."

Cantas satu suara yang mengingatkan situasi mereka sekarang. Lenyap terus semua imaginasi gadis itu. Dia lantas menjeling lelaki itu.

"Eleh, sibuk! dah lah kau pergi masuk sana." halau Ayla serta merta. Siapa bagi kau kebenaran nak hancurkan dunia aku impikan.

Pelajar lelaki yang aku maksudkan ialah kawan sekelas aku dulu. Dia memasuki laluan jalan berbumbung. Semoga kita tak sekelas lagi ya!

Tinggi? Masih tak cecah tinggi aku lagi muehehehe.

Sempat lagi lelaki itu menggulingkan mata. Ayla menjeling lelaki itu. Tak lama itu, terus hilang kemarahan yang terkumpul tatkala menyedari kehadiran sahabat baik dia. Senyap-senyap Ayla berjalan di sebelah kanan.

Makin lama makin dekat jarak mereka sehingga lah tangga terakhir baru lah sahabat nya perasan seseorang di belakang.
Besi bingkai mata dibetulkan.

"Khayla!"

"Asal kau tak tegur aku tadi!" pantas dia jalan bersebelahan dengan Ayla. Tahu pula sedar kehadiran aku, ini kalau masih tak tegur aku silap-silap dah nak habis sekolah baru sedar ada aku agaknya. Ayla sengih, buat muka tak bersalah. Tangan dia acah-acah nak cubit pipi pau aku.

"Eh, makin lawa kawan aku ni..." puji dia tetiba.

"Mana ada lah...dah beg kita letak kat luar dulu lah. Lepas rehat kita bawa masuk dewan," mata aku terpandang tudung manusia comel-comel di hadapanku. Seperti ada sesuatu tidak kena. Ahak!

"Nur Safiyya, kau tak beli lagi nametag? Dari bulan lepas cikgu dah bagi amaran kan," Ayla mula bersilangkan tangan dia. Kita marah ni, kita marah. Lagaknya seorang pengawas yang sentiasa amanah dengan tugasan pengetua atau cikgu disiplin tetapkan.

"Malas, nanti lah aku suruh mak aku beli..." selamba Safiyya membalas. Eleh, nak suruh mak kau beli konon, dari tahun lepas aku dah tegur. Kau guna ayat sama juga.

Kepala Ayla automatik ke kiri ke kanan berkali-kali. Safiyya berjalan mendahului aku. Satu beg dipenuhi buku di-parking sebelah tiang dewan manakala satu lagi beg sedikit kecil berisi telekung putih biru bunga-bungaan duduk bersandar pada beg besar.

"Ikut kau lah." Ayla pun letak beg di situ juga. Kami berdua berjalan dan melangkah melepasi pintu dewan. Isi dewan tersebut penuh dengan pelajar dan para guru. Yalah, kang sunyi pula tahu nak panik tahu-tahu tersilap hari bulan.

Jejak sahaja kaki di lantai dewan sekolah ini. Dapatku lihat ragam-ragam manusia di dalam sana.

Ada pelajar lama dan ada pelajar baharu. Bilangan pelajar tahun ini sangat ramai daripada tahun sebelum ini kerana murid tingkatan satu terlalu ramai sampaikan kena buat empat kelas.

1.Kelas Aesthetic
2.Kelas Beauty and the beast
3.Kelas galaxy

Dan kelas baharu dinamakan...kelas diamond. Aku syak pengetua suka layan Disney princess.

Khayla menghela nafas. Dia cuba tersenyum walaupun itu hanya senyuman kosong.
Dia bukan tak sihat cuma...tiada tenaga.

Setelah itu, mereka diberi arahan seperti biasa. Ada perhimpunan, nyanyian lagu Negaraku serta berucap sepatah dua kata.

Kebetulan Khayla dengan Safiyya sekelas. Asalnya mereka berempat tetapi disebabkan aliran berlainan, mereka terpaksa berpisah. Minta-minta lah persahabatan kami tak renggang. Walaupun seorang kawan mereka dah berpindah sekolah iaitu sepupu Khayla.

Seorang lagi, Hanis Ufaira. Kawan dia orang satu ni nak masuk aliran account manakala mereka berdua sama-sama nak masuk aliran seni. Tak mengapa, asalkan masih sama sekolah.

"Engkau lagi...Kita dari tadika sehingga masuk sekolah menengah memang tak boleh berpisah ke apa?" Pelajar lelaki itu menoleh ke arah suara dikenalinya. Dia mendekati pemilik suara itu. Mempunyai ketinggian yang sama dan juga gaya rambut hampir sama. Aik, kembar ke ni?

"Eleh, kang aku pindah jauh-jauh nanti ada lah budak manja tu menangis seorang-seorang depan pintu rumah kawan dia yang kena pindah ke luar negeri." Sinis dia berbicara. Nak sangat kan? Ambik kau.

"Kau betul-betul nak tinggal aku ke? Sampai hati kau. Tak nak kawan kau dah!" Meraung dia kuat-kuat. Marah-marah juga tapi kenapa dia pergi peluk kaki kawan dia macam tak nak bagi dia bergerak langsung. Semua yang memerhati termasuk Ayla melepaskan tawa serentak.

"Tak sangka dah tiga tahun kita dah jadi kawan." sambung Ayla lagi apabila suasana sedikit reda. Sekeliling dewan dipandang mereka berdua. Semua pelajar-pelajar yang ada di dalam ini bertepuk tampar melepaskan rindu kepada kawan sejak sekolah rendah masing-masing atau sebagainya. Yelah, dah berapa tahun tak jumpa. Entah ingat atau lupa muka kawan sendiri. Nasib tak lupa jalan masuk sekolah ini.

"Kan...Ayla, rindu pula nak jadi form one balik." Tambahnya.

"Kita tiada banyak sangat kenangan masa form one..." komen Ayla yang kedengaran sedih di telinga Safiyya. Raut muka Ayla bertukar muram dan tersenyum tawar.

Sepanjang aktiviti di dalam dewan itu, semua pelajar terlihat gembira pada pagi ini kecuali Ayla. Ayla hanya mendiamkan diri. Hanya mata dia yang banyak bergerak. Ayla rasa...

Kosong.

Namun Ayla gagahkan diri jua untuk tidak mudah lemah seperti dulu lagi. Kau boleh Khayla Afifa. Kau jangan mengeluh lagi.

Banyakkan bersyukur!

-Akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now