⚘️Special Chapter⚘️

28 5 8
                                    

TIGA tahun lepas, pintu kereta ditutup sedikit kuat. Menoleh sekilas ke arah Auntie Emma. Keluhan dilepaskan. Kena masuk sendiri lah nampaknya. Kaki menapak masuk ke dalam dewan sekolah. Hari ini semua pelajar harus dikenakan suntikan vaksin. Tudung sarung dibetulkan.

Ayla mengambil tempat duduk di kerusi yang sudah disusun secara berbaris setelah mengisi maklumat peribadi semua. Sedang Ayla menenangkan debaran di dada nya dengan berzikir dan selawat. Telinga dia menangkap dua suara manusia yang bersembang berdekatan dari tempat dia berada. Kalau boleh suara dia orang boleh dengar satu dewan.

"Weh Fan, lepas ni giliran nombor kau kena cucuk vaksin. Aku tengok kau, tenang gila! kau tak kan tak takut?" Soal seorang lelaki yang duduk di belakang kawan dia. Lelaki itu menoleh belakang dengan senyuman sinis. Telefon berjenama disimpan dalam beg silangnya.

"Buat apa nak takut? Tengok lah nanti aku siap ajak berborak lagi dengan nurse tu..." yakin Irfan bersuara.

Ayla yang tak sengaja dengar perbualan mereka itu hanya tergeleng-geleng kepala. Kedengaran nombor giliran dipanggil. Orang yang terlampau berani itu laju berjalan masuk ke dalam khemah kecil tersebut. Topeng mulut ditarik ke atas.

Tak sampai beberapa minit, terhinjut bahunya akibat teriakkan seseorang. Semua mata berlari memandang ke arah khemah kecil itu. Kawan kepada Irfan sudah ketawa terbahak-bahak.

"Argh, Tak nak. Tak nak. Kenapa aku jadi orang pertama kena cucuk!" Tepi bahu ditutup lengan baju semula. Kenapa panjang dan tajam sangat jarum tu!

"Tak boleh cam ni...ha adik dan seorang lagi tolong pegang dua belah tangan abang kamu ni!" Irfan cuak mendengar perkataan nurse perempuan itu.

"Ah, lepaskan aku lah hoi. Haram haram!" Bidas Irfan lagi.

"Tengkorak kau haram. Ada juga aku tak mengaku kau ni abang aku!" Celah seorang gadis yang dikenali sebagai adik perempuan nya. Abang dia suka tiba-tiba panik betul nasib bukan jenis cuai.

"258." Ayla membaca semula kertas nombor giliran dipegang dia.

"Kau ni buat malu jelah, Irfan!" Si penegur menumbuk bahu kiri Irfan. Mereka berdua berdiri depan pintu masuk khemah. Ayla menghela nafas. Kena bercakap lagi.

"Boleh bagi saya lalu?" Sapa Ayla sedikit kuat. Takut kalau-kalau tidak mendengar suara Ayla yang memakai topeng mulut. Kawan kepada Irfan memohon maaf dan menarik Irfan ke tepi. Mata Ayla tidak sengaja bertentang mata dengan mata Irfan sekilas sebelum mereka mengalihkan mata mereka serentak seraya itu mereka berdua berjalan melepasi bahu masing-masing.

Kenapa aku seperti pernah melihatnya. Namun...dia mana ya? Hati Ayla bertanya tentang jejaka si takut jarum itu. Kotak memori Ayla terus berputar laju tatkala mendapat sekotak teh o ais limau dan sebungkus roti strawberry secara percuma kepada yang sudi datang untuk menerima vaksin.

Aku dah ingat!

Pintu ditolak walaupun di pintu itu terang-terangan tulis tarik. Tekak dia dahagakan air teh limau. Ke mana-mana dia pergi mesti akan ada sekali. Puan Marissa menunggu anaknya dari dalam kereta. Waktu ini Ayla baru berumur sembilan tahun.

Ayla sedar, kedai ini lah satu-satunya masih beroperasi di tengah-tengah malam. Lama betul jam mereka bekerja. Kaunter pembayaran tiada sesiapa yang menjaga.
Aik, mana semua orang? Ayla malas nak ambil tahu. Sekarang tujuan pertama dia nak datang sini hanya ingin membeli sekotak minuman sahaja.

Kaki menapak laju ke bahagian kotak air dan tin minuman disediakan. Dia tidak boleh menunggu lama.

"Mana air teh o ais limau...Argh!"

Ayla menjerit terkejut. Dia bukan terkejut kerana air kegemaran sudah habis terjual namun terkejut ada budak lelaki tersengih-sengih kepada Ayla. Nyaris-nyaris Ayla fikir dia adalah toyol. Budak lelaki itu bersembunyi di bahagian yang tiada tempat letak rak besi lagi. Tak siap baiki lagi ruang dalam dia. Muat-muat sahaja saiz badan  budak lelaki itu.

"Awak buat apa dalam tu!" Nak terkeluar jantung Ayla.

"Boleh tolong bukakan pintu tak?" Pinta dia sopan. Ayla patuh. Dah tak ada tempat lain ke nak main sorok-sorok ke dia kena kurung?

"Hai! Nama aku Irfan." Budak lelaki berbaju hoodie dark green memperkenalkan diri dia kepada Ayla. Ayla membalas dengan menundukkan sedikit pandangan nya. Mana tak malunya apabila Irfan tidak putus-putus memandang wajah Ayla. Ada sesuatu ke dekat muka aku?

"Abang aku kurung aku dalam ni sebab kacau dia buat kerja dan kata selagi tak ada orang bukakan pintu, jangan sesekali mimpi nak keluar. Nasib baik lah kau datang." Irfan tolong menjawab persoalaan yang bermain di fikiran Ayla sekarang. Ayla terangguk-angguk kepala. Irfan tersenyum manis. Sampai macam tu sekali abang dia?

"Erm nama kau?" Ayla lupa memberitahu nama dia pula. Tak salah kan nak buat kawan baru.

"...Khayla, boleh panggil Ayla." Ayla tersenyum janggal. Kali pertama bercakap dengan budak lelaki kerana sebelum ini Ayla banyak mendiamkan mulut nya daripada bersuara. Irfan tersenyum mesra. Cantik nama!

Irfan berlari anak memasuki bilik stor. Terpinga-terpinga Ayla. Dia keluar balik dengan membawa sekotak air di tangannya.

"Terima kasih Ayla! Ha nak air kau tercari-cari tadi. Aku dah tolong bayarkan. " Lelaki itu menghulurkan air limau tehteh o ais limau kepada Ayla.

"Cepat keluar. Nanti kawan abang saya datang."

"Awak tak nak tumpang kereta mama saya?" Bukan apa dekat luar gelap gelita dan tiada satu pun orang. Dibuatnya kena culik macam mana?

"Tak apa. Saya dah terbiasa balik lewat malam." Ayla baru nak membuka mulut Irfan sudah berlari meninggalkan Ayla keseorangan di situ.

"Ayla sayang termenung apa tu dari tadi sampai tak nak masuk kereta dulu?" Dah ada depan mata pun masih tak nampak kereta ini ke?

"Ops, sorry Auntie!"

Tanpa dia sedar, Irfan senyap-senyap memerhatikan Ayla yang mula membuka pintu kereta Auntie Emma. Irfan menguntum senyuman kecil. Cantik.

Sampai-sampai sahaja rumah. Terus Irfan terjun katilnya. Tahu-tahu satu badan panas. Kesan daripada suntikan vaksin itu. Kalau Ayla tidak jatuh sakit pun malah terlebih aktif adalah.

"Itu lah kau cakap besar lagi...kan dah demam. Haa buka mulut kau.
Mengada sungguh suruh aku suapkan!"

"Kau fikir kau anak burung lepas tu aku mak burung?" Bebel Luqman iaitu kawan baik irfan. Bubur disua lagi. Irfan membuka mulutnya. Siap tolong lapkan tepi bibir Irfan yang comot lagi. Luqman menjeling Irfan. Aku sumbat juga sudu dalam mulut kau kang.

Irfan tersenyum kambing. Ha bagus seorang takut jarum, seorang lagi kuat bebel. Luqman pelik. Irfan tidak berhenti senyum daripada tadi. Waras ke tidak?

Angau dekat seseorang ke apa?

───✱*.。:。✱*.:。✧*.。✰ ───

Cerita seseorang yang kupilih official sudah tamat. Terima kasih lagi kerana terjentik hati nak baca karya saya keempat ini. Doakan penulisan Dilay dapat dibaiki lebih baik lagi.

Dilay minta maaf kalau ending dia tak beberapa sedih dan menarik. Dan jalan cerita agak laju.

Dilay akan merindui Khayla dan Irfan dan semua watak dalam cerita ini. Readers try baca cerita Author yang lain tau?

Assalamualaikum. Kita jumpa lagi di cerita seterusnya. Byee eeee!><

───✱*.。:。✱*.:。✧*.。✰ ───

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now