LAPAN

44 6 0
                                    

SUASANA di tapak perhimpunan meriah dengan suara bingit dan bisikan pelajar-pelajar kerana didatangi pelajar tingkatan enam. Ayla sekadar diam di tempat. Kenapa dia orang ada kat sini? Itu lah soalan pertama yang lalu dalam fikiran Ayla. Lantaklah, bukannya ada kaitan dengan aku pun.

"Semua pelajar lelaki form six, sila tunggu dekat tapak perhimpunan dan pelajar lain boleh masuk kelas kecuali...Khayla Afifa dari kelas 4 Beauty and the beast sahaja." Ayla tarik kata-kata dia tadi.

Terciduk heroin di situ. Apa salah saya, pengetua?

Tangan Ayla automatik ke belakang. Tapak tangan digengam bersama. Pengetua suruh pergi ke tepi. Kaki Ayla bergerak seperti ketam tengah berjalan masuk ke celah batu.

Muka diketatkan tetapi Allah sahaja tahu betapa berdebarnya dia sekarang. Akhirnya pengetua menghampiri Ayla selepas memberi sedikit ceramah kepada pelajar tingkatan enam. Ada lah senior yang aku kenal dan ada aku tak kenal langsung.

"Saya nak tanya...ada crush kamu tak dekat sini?" Soalan mengejut ditujukan kepada Ayla. Ayla menunding jari ke arah diri sendiri.

Lain macam soalan pengetua. Ayla pandang semua muka-muka senior yang aku tak berharap langsung akan bertemu balik. Lagi-lagi si dia tu!

Ayla memberi pandangan dingin ke arah Irfan Haziq. Makin tinggi dia ini. Seingat aku dulu nak dekat sama dengan tinggi aku tau.

"Hanya...sekadar kagum. Tak akan lebih.
Jadi kesimpulannya...Saya tak ada crush dekat sesiapa, pengetua." Jarang-jarang pengetua nak tahu hal seperti ini.

"Okay bagus! Senang lah hadiah yang saya akan bagi dekat kamu nanti." Dua belah tangan ditepuk dua kali. Eh, suka benar pengetua kita ni. Masalahnya Ayla yang keliru melihat kelakuan pengetuanya.

"Tapi pengetua...Kenapa saya tiba-tiba didapati bersalah?" Seorang lelaki di situ asyik memerhatikan Ayla yang masih kebingungan.

Macam ku kenal tapi...dekat mana aku jumpa? Getus hati salah seorang senior.

"Saya dapat tahu yang awak satu-satu nya pelajar yang tak dapat nak score sejarah sejak tingkatan satu lagi tapi...saya tahu mesti ada sebab kenapa awak boleh jadi macam tu lagipun awak ni sebenarnya pelajar pintar lagi-lagi masa sekolah rendah, rajin masuk program itu ini...mesti fikiran awak terganggu dengan sekitar awak, betul?"

Ayla tergamam kerana pengetua meneka dengan tepat sekali. Dan...punca Ayla hilang fokus.

"Betul, pengetua. Tapi...saya tak pasti boleh jadi pelajar bijak macam dulu ke tak." luah Ayla. Susah nak cari balik semangat nak belajar seperti dulu.

"Saya tahu awak boleh dan kerana itu lah saya akan pilih kan seorang senior yang kena ajarkan kamu nanti. Lebih kurang macam kelas tambahan." Pengetua senyum ke arah Ayla. Aku sudah terkejut rakun.

Aku terangkat kepala. Apa pengetua ingat dia orang suka sangat ke dekat saya? Mahu kena dipandang rendah macam mana? Tak ke menyusahkan mereka?

"Hmm siapa pelajar yang pengetua cakapkan sebentar tadi?" Tanpa segan silu Ayla bertanya. Pengetua tercari-cari pelajar yang dia hendak jumpa sekarang. Dia ni memang tak pandai duduk setempat eh?

"Kamu yang dekat tengah tu...mari ke depan." Pelajar yang dipanggil oleh pengetua ditolak ke depan oleh kawan-kawan lelaki tersebut. Lelaki itu menyeluk poket sebelah kiri serta mula mengatur langkah ke pengetua.
Dia berdiri sebelah pengetua.

"Ha, inilah pelajarnya..."

Mata mereka berdua bertembung.
Terbulat mata Ayla. Mata lelaki tu pula terkelip-kelip dan terpana lama. Ayla cepat-cepat menundukkan pandangan.

Kenapa mesti dia pengetua? Ni bukan hadiah pengetua...Ni denda namanya!

"Kamu setuju tak? Jangan risau dia bukan budak nakal." Wajah Irfan dipandang pengetua. Teragak-agak jejaka itu menjatuhkan kepala tiga kali.

Haah betul...dia pelajar sangat lah baik hati! Ayla gelak hambar.

"Hahaha saya...setuju je pengetua. Pandai pengetua pilihkan senior yang paling..." aku jeling lelaki bernama Irfan. Lelaki itu seperti tengah menelan air liur sebab halkum dia tergerak-gerak. Ibu jari gadis itu mendarat pada leher sendiri.

"....hebat!" Perlahan-lahan tangan Ayla bergerak seakan-akan ingin mengerat kepalanya secara hidup-hidup. Saat pengetua berpaling ke arah Ayla. Cepat-cepat ibu jari laju ke hadapan. Siap digoyangkan lagi. Nak katakan kepada pengetua bahawa telah memilihkan seorang pengajar yang paling dia impikan. Puih.

"Bagus lah kalau macam tu. Pasti kan kamu ajar dia betul-betul tau. Kasi dia pandai macam si kancil."

Boleh pula pengetua samakan aku dengan kancil...buat lah sama dengan Detective Conan ke?

"Maaf pengetua, saya nak tanya...nanti saya akan diajar dekat mana?" Ayla mengejar langkah pengetua sambil melontarkan pertanyaan. Ikut kan hati aku tak rela diajar oleh lelaki tu!

"Nanti kamu tanya dekat abang senior kamu tu, okay semua boleh bersurai."

Pengetua meninggalkan aku dengan senior tingkatan enam dekat tapak perhimpunan. Suasana terasa canggung kerana tiada siapa berani bersuara. Ayla pandang mereka.
Mereka pandang Ayla balik.

"Nama siapa?" Lembut dia bertanya. Amboi, sampai hati tak ingat nama aku padahal kita pernah satu kelab dengan rumah sukan.
Tak apa lah anggap saja lah kita berdua baru jumpa.

"Khayla...panggil Ayla pun boleh." Jawab Ayla.  Tiada nada suaranya.

"Panggil my Cherry, boleh?" Usik Irfan. Semua kawan-kawan seangkatan dia bersorak suka. Manakala gadis itu hanya membuat muka kebangsaan nya iaitu muka naik menyampah.

What Cherry? Aku benci buah Cherry.

Ayla melemparkan pandangan kosong. Tidak tertarik. Irfan berdehem canggung. Rambut dikemaskan. Ayla memerhati gerak geri jejaka di hadapan dia. Tergerak-gerak halkum dia lagi.

"Nanti kita pergi perpustakaan dan boleh bagi nombor telefon kau? Senang sikit nak mesej kau bila nak pergi."

Ayla menyepetkan mata tetapi tangan Ayla nak menyeluk juga poket baju dan membawa keluar stick note. Kebetulan kawan Irfan memberikan pen yang dia pegang kepada Ayla apabila melihat gadis itu tercari-cari pen di dalam poket baju. Banyak sangat ke barang dia sumbat dalam poket tu?

"Ha nah, save nombor saya awal-awal call kalau ada perkara penting." Ditampal stick note itu pada tapak tangan besar itu.

"Terima kasih wahai adik junior yang terlebih garang."

Irfan tersenyum sinis. Ayla turut melemparkan senyuman menyenget.

"Sama-sama wahai abang senior berkaki pendek!" Cepat-cepat gadis itu mengangkat dua belah kaki dari situ. Ayla mentertawakan senior dia di sepanjang jalan sedang jejaki.

"Kau dengar tak apa dia cakap tadi? Berani dia kutuk aku? Aku lebih tinggi dari dia tau!" Irfan tak berpuas hati sekali lagi. Kawan-kawan dia bukan nak back up dia malah hanya terletus suara gelak masing-masing sehingga senak perut mereka.

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih حيث تعيش القصص. اكتشف الآن