DUA PULUH TUJUH

32 5 0
                                    

MEREKA berdua saling berpandangan. Keluhan dilepaskan.

"Long time no see...175." Saintis itu melemparkan senyuman sinis secara meleret. Irfan tidak menunjukkan riak terkesima sebaliknya hanya dibalas renungan. Tajam.

Seakan-akan Ayla dapat mengagak Irfan pernah mengenali saintis gila ini. Ya, Irfan salah satu mangsa yang pernah menjadi 'arnab' eksperimen saintis gila ini.

"Berani sungguh kau datang ke mari selepas mencuri penawar aku!" Irfan meludah air liur yang bercampur dengan darah. Irfan tersengih nakal.

"Macam mana...awak tahu saya kena culik?" Irfan menyorokkan jarum suntik tersebut ke dalam beg kecil yang tidak sengaja telah masuk ke bilik rahsia ketika melarikan diri daripada robot ciptaan saintis tersebut. Dan bilik rahsia itu menyambung ke bilik dia jejaki sekarang. Mesti robot itu masih tercari-cari kan dirinya.

"Eshal." Ayla terkedu. Nama siapa dia cakap tadi?

"Awak pun boleh nampak... Eshal?" Lama Ayla menunggu, Irfan pun mengangguk perlahan-lahan.

Al kisahnya, irfan pun boleh melihat semua yang Ayla nampak ini kerana bahawa jejaka itu pernah termakan cecair itu tetapi dalam bentuk pepejal. Ubat. Pada hari yang sama Ayla digantungkan sekolah, kepala dia tiba-tiba merasakan sakit yang luar biasa. Oleh itu, Irfan ingin membeli ubat panadol dia selalu beli namun ketika tiba di situ ubat tersebut sudah habis.

Melihat Irfan asyik memecit dahinya, ada seorang pekerja farmasi mencadangkan ubat yang lebih bagus dari ubat yang dia beli dan Irfan memakannya tanpa ada rasa curiga. Akhirnya Irfan jatuh pengsan, rupanya saintis gila itu yang menyamar jadi seorang pekerja farmasi.

Irfan diletakkan dalam satu bilik yang agak kecil. Rupanya dia bukan orang pertama yang pernah kena culik dengan saintis gila ini. Pelbagai eksperimen dijalankan atas dirinya. Setiap hari Irfan hanya ditemani makanan ringan kegemaran dia iaitu jelly.

Beberapa bulan lepas, Irfan yang sesak dengan bau-bau ubat, Irfan membuat keputusan untuk melarikan diri pada waktu malam. Dia bertuah kerana ada salah seorang pekerja bawahan saintis itu sudi menolong nya dan kerana tidak ingin larikan diri dengan tangan kosong.

Irfan mencuri satu penawar ubat tersebut. Kesan sampingan dia ialah muntah darah kalau timbul perasan malu dan marah dan trauma dia dulu tidak akan mengganggu Irfan tetapi dia masih dapat mendengar dan melihat mereka.

Sebelum ini irfan buat tidak tahu je apabila ada mangsa seterusnya jerit meminta tolong. Irfan tahu dia penting kan diri. Dia takut sangat waktu itu. Tetapi kali ini lain. Kenapa hanya Ayla yang Irfan nak selamatkan?

"Kau tak tahu ke...kau penyebab Irfan jadi macam tu?" Saintis itu sengaja nak buat Ayla salah kan diri sendiri.

"Aku...penyebab?" Mata Ayla tidak berkelip.

"Ya...disebabkan kau, dia sakit teruk dan sekali lagi disebabkan kau, dia hampir hilang nyawa dengan makan ubat overdose! Kau masih tak rasa bersalah ke wahai Khayla..."

"Entah-entah kau yang rancang semua ni?" Ayla senyum miring. Maaf lah wahai pak cik, saya kerap dengar ayat yang lebih kurang macam tu dulu jadi dah terbiasa.

"That's my girl." bisik Irfan yang nada dia kedengaran sangat bangga.

Alamak, bijak juga budak ni. Senyum tak bersalah pula tu. Siapa yang ajar dia ni?

"Kau saja nak hapuskan kebahagian aku satu persatu termasuk dia sekali?" Ayla percayakan diri memberitahu hal yang sebenarnya.

Irfan termuntah darah. Cinta aku terbalas ke?

"Engkau kat sana tak payah tersipu-sipu malu lah aku cucuk kau dengan jarum ni kang baru tahu!" Irfan menjelirkan lidah. Tak takut, tak takut.

"Irfan! Awak nak tahu sebab apa saya benci awak?" Ayla menarik nafas dalam-dalam.

"Sebab setiap kali saya sayang kan seseorang mesti orang tu akan tinggalkan saya...saya tahu alasan saya tak masuk akal tapi percaya lah!" Irfan diam membisu. Antara terkejut atau nak rasa bahagia.

"Saya cuma tak nak buat perkara yang sama...saya tak nak orang yang saya sayang tinggal kan saya lagi. saya... tak nak awak ikut dia orang juga. Saya terlampau sayangkan awak!" Senyum manis dilukis pada wajah Ayla.Buat seketika Irfan terpana.

"Kalau macam tu...baik aku suntik kau je lah!" Sebelum jarum tajam itu mendarat pada lengan Ayla, kerusi kecil terbang ke arah wajah tua itu. Tangan yang diikat pada kerusi, sudah dipotong menggunakan pisau kecil yang dibawa Ayla. Tak sia-sia aku pinjam kawan aku punya ni. Terima kasih kawanku, semoga kau dimurahkan rezeki.

"Lari Ayla. Pergi cari bantuan dekat lu...argh!" Irfan melepaskan rasa sakit dia dengan cara menampar pipi saintis itu menggunakan kerusi yang sama. Cukup lah aku dah kena suntik dengan robot kau, tahu-tahu aku kena cucuk kali kedua!

"Itu baru kerusi tau, belum lagi aku baling meja!" Menyeringai tawa di bibir saintis itu. Baju Irfan dicengkam. Irfan melakukan perkara yang sama. Ha tarik-tarik, kang koyak engkau ganti.

Ayla berlari masuk ke dalam lift.Jari menekan punat butang huruf G. Dari pandangan Ayla, Irfan sedang bergelut dengan saintis itu sebelum pintu lift ditutup rapat. Ayla menghela nafas lalu berdoa supaya jejaka itu masih hidup ketika dia datang ke mari balik selepas membawa seseorang.

Ayla bergegas keluar. Tangan dia menyeluk poket seluar, telefon dibawa keluar dan ingin mendail nombor pihak polis. Namun telefon tersebut  menunjukkan signal kosong di tepi bateri bar. Badan dia berpusing melihat kawasan sekeliling. Ayla baru sedar bahawa dia baru sahaja keluar daripada bangunan bertingkat yang dibina betul-betul ditengah hutan. Anak matanya menangkap lampu suluh di atas jalan tar, pekerja dia tercicir ke?

"Tu...bukan kesan tayar kereta ke?" Ayla menyuluh di hadapannya. Dia betul. Ayla mengambil keputusan untuk mengikutinya. Janji jumpa jalan keluar daripada menunggu bantuan sampai lebih baik dia sendiri pergi dahulu, Entah-entah bantuan dah tiba waktu mereka semua dah kehilangan nyawa.

Dalam larian, Ayla mengungkap luahan hati nya. "Lepas ni, aku tak nak suka lelaki pandai sains sebab takut jadi macam inilah!"

Ayla mempercepat lariannya, melepasi pokok-pokok hutan yang tebal. Dalam hati dia tidak putus-putus berdoa ke atas musibah yang menimpa mereka pada malam tersebut.

"Kenapa mesti malam ni!" Suara Ayla terlihat bengang. Dia menjerit geram.  Nafas dia termengah-mengah namun tenaganya masih kuat untuk meneruskan larian dia. Lagaknya seperti seorang atlet sukan yang professional sahaja. Ayla menjerit marah sekali lagi.

Tolong jangan pergi, Irfan!

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu