DUA PULUH DUA

26 5 0
                                    

BEKAL makanan diayunkan. Makin lebar senyuman dia bila orang yang dia suka bagi bekal makanan kepada dia. Penutup bekal makanan ditutup lepas itu dibuka lagi.

Main tutup buka pula lelaki ni haha tampar kang haha.

"Amin, ke sini sekejap." panggil cikgu Erina. Guru yang mengajar mata pelajaran sains tulen. Langkah Amin bertukar arah, kini dia menuju ke arah cikgu tersebut.

"Ya, cikgu. Ada apa-apa nak saya bantu?" Jawab Amin yang kebetulan merupakan kawan sekelas Irfan.

"Boleh tak tolong bagitahu Irfan dari kelas 6 Aesthetic jumpa saya dekat makmal sains dan minta dia panggil kan sekali nama pelajar dari kelas 4 beauty and the beast." Susah payah cikgu hendak menyebut nama kelas kedua itu. Idea siapa lah yang letak nama kelas panjang-panjang.

Baru Amin hendak membuka mulut cikgu Erina sudah memotong percakapan dia.
Tak apa lah Amin kena redho.

"Lagi satu! Jangan awak yang panggil junior tu tapi biar dia sahaja yang buat. Kalau dia membantah, cakap sahaja ini arahan daripada saya...Okay, thank you." Lantas wanita itu mengarah kakinya mendaki anak tangga untuk menuju ke pejabat. Dengan ini Amin pun berpatah semula ke kelas dia.
Amin melayan sahaja permintaan cikgu kesayangan ini.

Ditendangnya pintu kelas sehingga Irfan yang selesa berehatkan tubuh di pintu sebelah ikut tersentak.

"Engkau cari gaduh ke?"

"Cikgu Erina nak jumpa engkau." Amin terus straight to the point. Pura-pura tidak melihat jelingan maut Irfan. Eceh.

"Cikgu Erina nak jumpa aku? Asal?" Pintu yang ditendang Amin sebentar tadi Irfan pegang. Ditutup dibuka ibarat pintu kelas adalah sebuah kipas. Ini lagi seorang. Amin menghempas punggung atas kerusi di sebelah Irfan. Tak patah okay.


"Mana lah aku tahu. Tak sempat aku nak tanya, Cikgu dah terus angkat kaki eh kau jangan lupa bawa sekali budak comel tu."

"Macam mana aku nak percaya yang kata-kata kau bukan dusta belaka?" Irfan berhenti bermain pintu. Sakit telapak tangan.

"Sebab nama aku Amin, yang amanah lagi yang dipercayai!" Muka main peranan. Seolah-olah mengatakan 'please trust the most handsome boy in this school!'

"Fine...aku gerak dulu." Pintu dihempas Nyaris-nyaris tangan Amin nak terkepit.
Nasib kawan dan...Lagi sekali Amin dibiarkan sendirian di dalam kelas.

"Hah! memang semua orang suka tinggalkan aku sorang-sorang pun. Kita sungguh terharu." Giliran Amin pula menyandar badannya pada dinding kelas. Tangan dilipat kemas di dada. Sekilas mata dia terlihat sesuatu. Saat itu, mata dia memandang bekal makanan dia pegang.

"Hahaha...tak mungkin." Kepala digeleng. Senyuman cuba diungkir secara paksa.
Dia selamba membuka bekal makanan yang mempunyai warna yang sama dengan bekal makanan orang dia sukai.

Terbuntang dia.

"Hoi! Kenapa kau pun dapat makanan sama macam aku dapat." Amin mendengus tidak berpuas hati. Sudahnya, semua bekal makanan kawan sekelas dia dibuka.

Rambut sendiri dicekap.

Jangan cakap, selama ni aku perasan sendiri yang dia suka dekat aku.

Amin jatuh terduduk.

"Tidak!"















╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now