TUJUH

40 6 0
                                    

"AWAK tak jawab lagi soalan saya."

"Soalan yang mana satu?" Irfan tersenyum kambing. Sengaja nak menambah lagi kemarahan dalam diri Ayla. Lidah menolak pipi dari dalam. Cuba menahan sabar.
Ikutkan hati hendak sahaja dia menampar lelaki tersebut dengan daun pisang ini.

"Mana awak tahu yang pengetua ada tambahkan lagi satu tingkatan. Kenapa saya tak tahu?" Siap kira pakai jari lagi. Berapa banyak pengumuman daripada pengetua yang aku terlepas dengar?

"Pengetua ada lah bagi pengumuman sebelum ni ke kau yang tak nak ambil tahu langsung hal sekolah?"

Ayla sentap. Ya, memang betul. Aku tak nak langsung ambil kisah pasal senior sendiri. Nama mereka pun aku tak tahu. Tapi aku ada sebab kenapa aku buat macam tu dan aku tak rasa aku kena bagitahu dia. Ayla melarikan matanya daripada bertembung dengan mata jejaka itu. Buat-buat lap peluh pada muka.

"Dah lah saya nak masuk kelas, kesian kawan saya tunggu dan..." sebelum langkah diatur, tubuh berpusing menghadap ke arah Irfan.

"Walaupun kita satu sekolah, saya harap kita berdua tak akan terserempak lagi!" Jelas Ayla yang bercampur perasaan benci.

Ayla cepat-cepat beredar dari situ sebelum Irfan membuka mulut. Irfan melihat Ayla pantas mendaki anak tangga berdekatan kelas yang dah lama terbiar. Irfan menghantar Ayla melalui pandangan mata dia.

"Seberapa banyak perasaan benci dia dekat aku?" Irfan duduk semula di anak tangga pertama. Berteki-teki dengan fikiran sendiri.

Manakala di koridor tingkat tiga yang terletaknya kelas junior dan sebaya dengan Ayla. Kita di sini boleh nampak yang Ayla dah serupa macam orang berkawad dihentak hentak nya kaki. Junior yang satu blok dengan kelas dia pandang Ayla atas bawah. Ayla membalas balik jelingan maut. Terus sambung tidur junior tu.

Tiba sahaja di kelas, meja Ayla dihentak berkali-kali. Kepala dah mendarat atasnya. Ayla mendengus kuat.

"Hey, hey relax-relax...kau dah kenapa? Macam baru lepas pergi berperang je aku tengok.What's wrong? Tell me, tell me." amboi campur melayu inggeris terus. Ayla menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. Baru lah dia dapat jawab pertanyaan Safiyya.

"Tak ada lah aku jumpa orang yang aku benci tadi. Aduh, asal dia nak masuk sekolah ni juga? Kan ada banyak lagi sekolah tingkatan tingkatan dekat Malaysia!" Kerusi di sebelah ditendang kuat. Kerusi milik Safiyya menjadi mangsa tendangan Ayla.

"Jodoh kau lah tu..."

Aku pusing menghadap kawan aku tu yang merangkap, my bestfriend. Mata yang memandang wajah Safiyya spontan toleh ke arah lain. Kepala merehatkan atas mejanya.

"Aku tak percaya dah yang dia tu jodoh aku..." suara semakin tergelam kerana muka dia ditutupi oleh dua belah lengan sendiri namun masih dapat Safiyya menangkap butir-butir bicara kawan baik dia yang satu ini.

"Alaa jangan cakap macam tu, hm...tapi kenapa dari suara kau cam pernah ada kisah dengan seseorang yang kau benci tu? Aku kenal ke orang tu?" Soal Safiyya. Gaya dia bercakap macam aku kenal.

"Malas ah aku cerita tentang dia baik kita cerita tentang...Alamak! Minggu depan dah exam." Mereka berdua mengeluarkan buku nota setiap subjek yang telah study malam semalam. Dia ada buat video call tapi sekejap je lah kang lama-lama memang tak study sebaliknya banyak membawang.

Ayla lupa yang lepas je habis sukan terus ada exam akhir tahun. Aku dah lah tak study geografi lagi! Mati lah aku kalau fail lagi ni.

Manakala di tempat Irfan berada. Jejaka itu masih menonton dan kadang-kadang menyorak untuk rumah sukan dia. Tak lama itu, belakang badan dia dipukul kuat.

Lelaki itu mengadu sakit. Bukan Irfan tetapi kawan baik dia yang bernama Nuqman.

Ni simen ke manusia?!

"Engkau tak payah lah suka hilang tiba-tiba tak pasal-pasal aku yang kena cari tau. Terseksa betul yang pernah on crush dekat kau. Sikit-sikit hilang, sekali muncul macam hantu." Nuqman siap buat gaya nak menendang Irfan pula. Biar bergolek jatuh.

Biasalah friendship lelaki memang suka bergurau kasar. Akhirnya, dia sertai duduk sekali dengan Irfan. Tak panas ke duduk bawah matahari terik ni. Nak bermandi peluh ke apa?

"Amacam, kau ada jumpa mana-mana manusia kau kenal dekat sini tak?"

Rahang muka ditongkat sebelah kiri. "Ada lah seorang junior ni."

"Siapa? Aku kenal ke junior tu?" Tubuh berpusing menghadap kawan rapatnya. Kening dah lama terjungkit.

"Aku rasa kau tak kenal tapi pernah jumpa dia dekat luar sekolah." Menyempat pula kau main teka-teki dengan aku. Nuqman cuba lah sebut satu persatu nama yang dia tahu.
Dah tentu semua salah.

"Try again...dah jom pergi ronda satu sekolah. Dah lama tak buat kerja macam tu. Last, buat masa kita pegang jawatan pengawas sekolah."

"Ha jom lah, aku pun boleh naik bosan asyik duduk kat sini." Nuqman bangkit dahulu, dia menarik tangan Irfan kemudian mereka berdua berlari masuk ke dalam bangunan sekolah. Setiap bilik mereka masuk, ada Luqman juga bertanya kabar kepada cikgu yang pernah mengajar mereka manakala Irfan siap boleh berborak dengan pengetua lagi.

Perkara terakhir sebelum pulang ke rumah masing-masing, mereka berdua mengacau junior yang tengah sibuk dengan dunia masing-masing. Gelak puas dia orang bila nampak muka terkejut mereka. Jangan marah Luqman, ini idea Irfan ye.

Sekali giliran group 4 beauty and the beast. Kena kacau dengan mereka. Yang malang nya Irfan kena tampar.

Bayangkan lah, kelas Ayla dalam perjalanan nak pergi makmal sains tiba-tiba kena sergah dengan mereka tak pasal-pasal buku yang berada dekat tangan Ayla terpukul tulang pipi Irfan. Nasib buku tulis kalau buku teks mahu lari tulang rahang dia.

Ini makan dia, tak sampai sejam orang dah bagi warning jangan terserempak dengan aku lagi.

"Oh, sorry tak sengaja."

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now