DUA PULUH EMPAT

26 5 8
                                    

TABUNG uji menuangkan cecair misteri ke dalam tabung yang mendidih lalu cecair tersebut mengikuti setiap arah seperti air sungai mengalir deras turun jatuh ke dalam bikar yang berada di garisan penamat.
Bunyi wap-wap air mulai menelagak pantas tangan lelaki berbaju makmal putih itu menutup penunu bunsen. Seluruh meja tersusun barang kerja nya namun kertas kajian dan hasil eksperimen dia yang tidak berjaya bersepah di lantai makmal.

Saintis itu tertawa penuh sinis. Puas!
Suara tapak kaki seseorang mencuri perhatian saintis tua itu dalam lingkungan umur 50-an.

Seorang lelaki berbadan tegap. Tangan baru nak mengetuk daun pintu yang sengaja dibuka sebelah sahaja. Tersentak dia tatkala tuan dia berbaju makmal putih memusingkan badan secara tiba-tiba. Tepat memandang mata tuan dia sendiri.

Lelaki bawahan saintis itu cepat-cepat menundukkan kepala setelah melihat kaki tuannya mendekat. Gogal sudah diletakkan atas kepala menandakan saintis itu sudah menyelesaikan kerja membuat sesuatu sehingga mengambil masa bertahun-tahun untuk lelaki tua itu siapkan dan akhirnya pada hari ini telah berjaya!

"Kau dah buat apa yang aku suruh semalam?" Sarung tangan getah dicabut elok. Dia bergerak ke arah singki berdekatan.

"Sudah tuan!" Lantang bodyguard dia bersuara.

"Kerja yang bagus. Mulai hari ini...kau jangan pernah nak terfikir selamatkan aku. Kau...dipecat." putus saintis tua itu. Ini keputusan yang betul saintis itu buat.

"Tu...an. kenapa?" Terkesima milik berbadan tegap itu. Aku ada buat salah ke atau aku ada terlepas pandang sampai dia rasa kecewa dengan hasil kerja aku selama ini.

Saintis itu tergelak kecil. Bodyguard dia agak hairan. Siapa sahaja yang tidak akan berbagi balasan seperti itu. Dia dah bekerja lama dengan tuan dia tahu-tahu kena pecat. Dapat sebab tidak munasabah pula itu.

"Kau terlalu baik untuk jadi orang bawahan orang jahat. Buat apa lagi dekat sini? pergi balik kampung kau, sekarang!" Halau saintis atau lebih kepada dia tak nak pekerja dia yang lain masuk campur dalam urusan dia dah. Mereka tidak patut terlibat dalam urusan dia. Biar lah dia tanggung semua nya.















"NAK join dengar sekali, boleh?" Ayla pantas menoleh Irfan di depan mata. Tangan disilang dua. Tubuh diangkat. Nak berdiri menghadap muka jejaka tersebut. Nenek di belakang sudah tersenyum makna.

Ada bau-bau bunga cinta ingin tumbuh kembali. Bisik hati nenek itu.

"Ceh, menyibuk lah awak ni...Itu lah sergah lambat sangat." Irfan hanya membalas senyuman kambingnya. Marah-marah pun still nampak comel!

"Oh, lupa nak tanya...awak ada tak post apa-apa barang dekat saya sebelum ni?" Tanya Ayla. Tak tuduh, cuma nak bertanya. Tak salah kan?

"Hmm tak silap ada, buku novel tajuk dia...Rose's." Ayla menjerit teruja.
Aku salah dengar ke?

"Serius lah? Kenapa tak cakap awal-awal! Kesian kesayangan saya dalam bilik sedang lonely." Irfan hanya berbalas dengan ber-hehe sahaja.

"Siapa suruh tak nak buka hadiah tu."

"Siapa suruh hantar barang tanpa  nama pengirim." Masing-masing tak nak mengalah sehingga muncul tangan nenek di tengah-tengah mereka berdua. Ingin memisahkan jarak mereka berdua yang semakin rapat. Jangan layan sangat kemarahan itu, datang dari syaitan tau.

"Eh shh...jangan gaduh!" Bibir gadis itu kedepan dua saat. Dia yang kacau dulu nek! Irfan yang sempat reaksi gadis itu tersenyum kecil.

"Siapa anak kacak ini? Boyfriend cu ke?" Ya Allah nek. Jangan lah terikut-terikut dengan pelajar-pelajar dekat sekolah kita orang tu.

Terus membahang kedua-dua pipi Irfan. Eleh, sukalah tu kena puji! Tampar kang.

"Tak. Saya bakal sua..." lutut belakang Irfan disepak Ayla. Tersujud lelaki itu atas rumput. Alaa aku gurau sikit pun tak boleh.

"...Eh bukan nek! Jangan percaya cakap dia. Dia ni memang suka bergurau..." Ayla gelak palsu. Irfan memandang wajah Ayla dengan mata bulat dia. Sampai hati sepak lutut kita macam tu.

Tawa Ayla menjadi perlahan tatkala mata dia bertembung dengan sepasang mata yang sedang memijat bumbung rumah. Boleh lagi dia pamerkan senyuman tak tahu malu.

"Er...nek saya pamit pergi tandas ye, take care nek!" sejurus itu tangan nenek disalam.
Ayla berlari anak ke arah Eshal.

"Iyalah, jangan lama-lama! Ada banyak lagi nek nak cerita." Jari nenek mengira berapa banyak lagi cerita dia tahu. Ayla tersengih mesra. Nenek ni comel lah!

"Kalau saya lama sangat, nek cerita lah dulu dekat depan nek tu!" Ayla menyambung langkah. Mendekati Eshal yang sedaya upaya untuk turun daripada bumbung rumah itu. Tergeleng-geleng kepala gadis itu dengan perangai Eshal. Jenis tak duduk diam.
Macam aku.

Like Ayla, like Eshal.

Tiba-tiba Eshal menarik tali beg yang digalas supaya mengikuti Eshal ke tempat jauh sedikit daripada orang lain. Eshal ingin kan privasi. Ayla sedikit terkejut dengan tindakan jejaka tersebut.

"Eshal...kenapa awak ni?" Ayla sedikit bengang. Ayla soal banyak kali, Eshal tetap tutup mulut dia serapat mungkin. Mana aku tak marah. Ayla mengalah. Malas pula aku nak memberontak dekat sini. Gadis itu pasrah ditarik jejaka itu.

Sesampai sahaja di tempat sesuai baru lah Eshal melepaskan tangan dia. Tubuh jejaka itu memusing belakang dia. Jejaka itu menjatuhkan kedua-dua lutut dia. Bersatu dengan tanah. Ayla tersentak.

"Aku minta maaf sebab tarik kau tiba-tiba..." gadis itu menutup mulut dia. Wow, tak sangka lelaki ni pandai pula nak minta maaf. Selama ni aku ingat dia jahat tak nak mengaku salah.

"Awak okay ta..."

"...Aku nak beritahu sesuatu pasal kau, Ayla...aku harap kau dapat terima semua yang aku cakapkan ni." Eshal melarikan mata dia ketika Ayla mencuba melihat mata Eshal penuh serius. Hang jangan nak tipu kita ye.

"Awak nak cakap pasal apa ? Saya ada sakit teruk ke?" Tubuh lelaki itu sedikit keras namun dia masih tak nak mengangkat kepala dia. Eshal kekal di posisi yang sama.

"Maybe." Ringkas dia menjawab.

"Aku ketuk juga kepala kau pakai beg aku ni kang."

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now