SEBELAS

41 5 1
                                    

JARI jemari menari-menari di permukaan udara. Earphone yang dipakai mengeluarkan suara melodi lagu. Dapat membuatkan kita berasa di dunia fantasy tetapi lagu tersebut dihentikan sejenak. Dalam tiga meter di hadapan Ayla sekarang adalah lebuh raya. Mahu arwah awal kalau melintas sambil dengar lagu.

Even lebuh raya malam ni memang sunyi sepi tapi kita tak tahu bila bahaya akan menimpa kerana itu ada pepatah mengatakan malang tidak berbau.

Kaki yang berkasut hitam itu baru sahaja ingin mengorak langkah tiba-tiba dari arah barat ada satu boneka arnab di campak dari lorong yang gelap. Mendarat betul-betul di kaki kiri nya dan serentak keluar figura seseorang.

"Miss me..."

"...Huwa nigero!" Terlompat Ayla sehingga tersembur perkataan nigero yang membawa maksud 'lari' dalam bahasa jepun.

Belum sempat lelaki misteri itu memberikan ayat creepy Ayla terlebih dahulu sudah melarikan diri akibat terkejut dengan boneka yang entah dari mana muncul. Ayla tidak sedar langsung kehadiran lelaki itu.

Tak boleh ni kalau Ayla masuk cerita horror atau genre thrillers ni silap-silap cerita itu tamat awal hanya kerana Ayla tidak curious siapa yang membaling barang tersebut.

"Kau pura-pura tak nampak aku ke?" nada suara dia jelas tidak berpuas hati.

Ayla terbeliak mata. Kepala laju melihat ke belakang seraya kaki setia menjalankan tugasnya supaya berlari lebih laju selepas meneka dengan tepat siapa yang berani menyergah Ayla ialah susuk misteri yang sama pada malam nightmare. Aduh, pandai pula dia cari aku sampai sini!

Senyuman penuh makna terlukis di muka Ayla.

Ayla mengubah laluan. Terpusing-pusing kepala lelaki itu mengesan kedudukan Ayla dan dekat mana Ayla akan keluar. Tanpa dia sedari, Ayla menyerang dia dari arah timur lalu dengan tindak balas lajunya tak semena-mena kepala penyerang itu terteleng laju ke kiri selepas menerima tamparan Ayla sekuat hati dia sejak dapat tahu orang yang dia sukai dalam diam rupanya dah bertunang. Auch.

Ayla boleh pula menyambung semula larian dia ke lorong yang lurus itu. Giliran suara Ayla pula bergema ketawa jahat amat menggilakan. Siapa suruh berdiri tegak macam traffic lights kat situ. Penyerang yang pakai rancangan kuno untuk menakutkan Ayla itu menahan rasa perit di pipi. Ha, rasakan tamparan simen Ayla!

Terbalas dendam aku kepada kau akhirnya!

Berkejaran lah mereka berdua sekilas tengok macam kanak-kanak ribena namun hakikatnya Ayla ialah mangsa dan susuk misteri itu penyerang yang kejam.

"Ish, jangan lari Khayla!" Penyerang itu mula mengeluarkan sabit yang sangat besar dan tajam itu dan dia mula berlari kencang ke arah tubuh slim Ayla.

"Kau dah kenapa kejar aku dengan sabit! Kau ingat kau macam Zack dalam cerita anime angel of death?" Tengking Ayla sekuat- kuatnya. Barang-barang lama di tepi lorong diambil Ayla dan laju membaling ia ke arah belakang.

Kenapa makin lama makin jauh aku nak sampai ke jalan raya?

Lelaki itu tangkas mengelak serangan barang tersebut tetapi ada lah juga objek kecil tepat sasaran.

Kaki masing-masing lari selaju mungkin tanpa menoleh ke belakang dah. Hanya fokus dalam larian mereka dan macam biasa, di mana Ayla dalam kesusahan, di situ lah penjahat itu dikerjakan.

"Surprised!" Ayla nyaris-nyaris tercium dada bidang dia. Nasib penyelamat itu cepat menarik belakang collar baju Ayla. Kalau tidak bukan badan bidang dia je kena cium, lantai lorong pun terikut sekali.

Ayla mendongak kepala dengan kerutan di dahi.

"Jangan berkerut sangat dahi tu takut aku tak reti bezakan mana satu kau dan mana satu nenek kebayan." Tegur lelaki selamba badak eh badak pun tak ada perangai selamba macam kau tau!

Penyelamat itu memberi arahan kepada Ayla dan Ayla faham akan isyarat mata tersebut. Jejaka yang sedang mengejarnya sudah tersenyum gembira sebab dapat tangkap Ayla. Belum sempat dia nak pegang gadis ini tak pasal-pasal kena tendangan berbisa oleh penyelamat itu sampai tercampak ke belakang. Habis senak perut dia dengan pinggang dia lagi. Sebaik tak melekat dekat dinding bangunan macam cicakman.

"Satu sudah diuruskan. Dua lagi dekat mana dia orang sembunyi?" jejaka yang menendangnya tertanya-tanya sendiri.
Dia memusingkan tubuh untuk melihat keadaan Ayla. Takut-takut dia terluka ke.

"Woi, kau okay tak? Ada cedera mana-mana tak? Si tak guna ni ada sentuh kau ke?" Ayla menjauhkan diri. Apa kelam kabut sangat ni?

"Tak...tak ada. Terima kasih dah risaukan saya tapi awak kenal dia?"

Ayla duduk bersila di situ. Ini lah peluang dia untuk berehat sebelum lelaki jahat itu bangkit kembali.

"Oh...dia..." apabila mata mereka bertemu terus dia melarikan matanya. Dia bergerak ke tempa penyerang itu tercampak. Nak tahu dia jatuh dekat dalam apa? Tong sampah besar yang terbuka.

"Yang pasti dia berbahaya lagipun dia bukan ada satu tapi ada ramai lagi." Lelaki itu memeriksa penyerang tadi jika dia sedar balik memang dia habis dikerjakan.

Ramai? Asal lah dia orang nak serang aku.
Aku bukannya artis.

"Bahaya kalau tak ada siapa teman awak.Nak saya temankan awak?" Jejaka yang sudi hulur kan bantuan itu menoleh ke arah Ayla. Muka dia tidak kelihatan hanya samar-samar. Lampu di lorong ini ada sahaja cuma tak beberapa terang.

Pelik juga dia ni sekejap ber-awak sekejap ber-kau. hmmm...

Patut ke? Nanti kalau ada orang yang serang aku lagi susah juga.

"Boleh." Ringkas Ayla berkata sambil menjatuhkan kepala berkali-kali. Aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan aura dia ialah orang yang baik.

"Nama aku Eshal." pantas dia mengenalkan diri.

"Saya Khayla." Eshal melemparkan senyuman meleret walaupun Ayla tak nampak tapi Ayla tahu sebab mata lelaki yang tinggi lampai ni jadi sepet. Ayla tersenyum mesra. Mereka menyeberang jalan dengan penuh hati-hati.

Tak sangka, Sejak itu bertemuan tidak dirancang. Ditakdirkan mereka menjadi kawan rapat.

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now