EMPAT

48 7 0
                                    

"AYLA...Khayla Afifa!" Kejut Ilyana.
Bahu Ayla digoncang sejuta kali. Automatik kepala dan tubuh Ayla di tegakkan tetapi mata tidak dibuka hanya mulut bersuara.
Tangan menggosok mata kiri dia.

"Kenapa? Bagi lah aku tidur sekejap."

Safiyya pandang Auni, Auni pandang Safiyya. Dia berjangkit dengan kau lah ni, Auni. Eh! Aku pula.

"Sekejap kepala hotak kau! dah empat jam kau tidur...Kau okay tak Ayla? Sebelum ni kau tidur tak ada lah selama tu."

Selepas mendengar kenyataan yang meloncat keluar dari mulut kawan dia. Mata dia terbuka luas. Empat jam!

Ayla laju menoleh sekitar meja. Semua kawan-kawan sekelas dia mempaparkan riak wajah risau. Ada yang sampai hulur kan botol air dan kipas mini.

"Betul betul! Kita orang risau lah dengan kau...Kau sakit kepala? Ke demam?" Lima kawan dia berkumpul dekat meja Ayla yang sekarang ini Ayla sedang memecit kepala. Entah lah tiba-tiba dia berasa pening sikit.

"Kalau kau nak muntah, kau cakap...aku ada bawa plastik besar untuk kau." Pelawa Sabirah. Ayla tergelak lemah. Mulut ditutup.

"Benda terakhir aku nampak...."
Ayla pandang depan. Meja dia betul-betul menghadap tingkap. Ayla memejamkan mata. Cuba mengingat kembali sebelum dia menutup mata.

Ada seseorang berdiri berdekatan dekat blok kelas mereka. Ayla nampak seseorang tersenyum ke arah sini sebelum kepala Ayla jatuh rebah atas meja. Muka orang itu tidak kelihatan, hanya samar-samar.

Aku bukan tidur tapi...aku pengsan?

"Ayla, kau nampak apa? Bagitahu kita orang!" rayu Ilyana.

"Tak ada apa lah, aku tak cukup tidur malam tadi hehe." Ilyana mengeluh. Perangai Ayla dah berubah. Dulu dia seorang ceria dan paling hype active.

Ke mana Khayla Afifa kita orang kenal?

Tiba-tiba kelas dia orang diterjah oleh Aneesa. Semua tertanya-tanya kenapa Aneesa boleh cuak semacam. Aneesa mengambil masa untuk menyedut oksigen sampai tertunduk dia.

Dada dia turun naik turun naik.
Tangan kanan sudah memegang lutut sendiri manakala tangan kiri memegang pintu.

"Kau orang...Hari ada spot check mengejut!"

"Asal tak bagitahu awal-awal!" Cuak satu kelas. Semua barang disorok. Kau jangan main-main, mereka ini power dalam bab sorok barang berharga dia orang.

Cikgu disiplin dan bodyguard-bodyguard dia berjalan di belakang dia. Siap ada rotan panjang ditangan lagi. Sekali kena pukul tak ke muncul garisan merah dekat tapak tangan gebu pelajar. Mereka berjalan dari kelas ke kelas. Ada yang kelas dia orang berjaya sebab barang tak dapat dikesan dan ada tak berjaya sebab tak pandai sorok.

Sehingga mereka memasuki kelas tengah-tengah di antara kelas Aesthetic dan Galaxy iaitu kelas Beauty and the beast. Ayla dan kawan-kawan semeja dia mendiamkan diri. Hanya memerhati pengawas memeriksa isi beg dan bawah laci mereka.

Kita tak ada buat bersalah, buat apa nak panik.

"Maaf ye, handphone kamu bertiga saya terpaksa rampas. Selepas 9 bulan, baru dipulangkan semula tetapi kalau ingin ambil juga dalam masa terdekat. Sila bawa ibu bapa kamu ke sekolah." Terang cikgu disiplin, tenang.

Expection tinggi sangat ini. Lambat lagi cikgu nak cakap baik-baik dengan kita orang. Bawah ini situasi sebenarnya.

"Kamu didapati bersalah akibat melanggar peraturan sekolah! Sila jumpa saya selepas habis kelas. Saya nak kamu bertiga pergi bersihkan dewan sekolah!" Lantang cikgu disiplin bersuara. Dalam hati masing-masing cuba menahan sabar. Kita tak boleh mengutuk cikgu nanti ilmu tak berkat.

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now