DUA PULUH TIGA

21 5 0
                                    

"DIA ni memang nak mati awal ke berjalan sambil baca buku novel?" Komen Eshal. Pegangan pada tiang lampu dieratkan lagi manakala dua belah kaki dikepit ibarat seekor sloth memeluk sebatang pokok atau boleh dipanggil sebagai spiderman!

Niat asalnya Eshal nak mengejutkan Ayla tapi dah kena kejutan daripada encik perompak. Dalam kesenangan dapat menggaru punggung dia yang tiba-tiba naik gatal. Mata dia tak lepas daripada menyaksikan gerak geri tetamu tidak diundang itu. Itulah mak kau dah pesan jangan main-main dalam kelas kan dah jadi sampah masyarakat yang sepatutnya pupus sejak awal lagi.

"Keluar kan semua barang berharga kau!" Dia tersenyum senget. Rezeki aku hari ni. Serta merta pisau diarahkan ke muka gadis bertudung shawl berwarna offwhite. Ayla menurunkan buku yang menutupi pandangan kasar dia. Buku dipegang berada di sisi. Ayla melepaskan satu keluhan.

Kemudian dalam gerakan pantas Ayla bertindak maju ke hadapan. Tak sempat encik perompak hendak melepaskan serangan,
Ayla dahulu selamba menepis tangan perampok itu menggunakan sebuah buku yang pada mulanya dibuat untuk membaca. Sekarang dijadikan senjata khas pula.

"Engkau ini kan tak boleh ke jangan ganggu aku waktu aku tengah membaca!" Tak cukup lagi, buku novel itu memukul kedua-dua pipi perompak. Siapa suruh jerkah aku cun, cun lagi aku tengah dikuasai perasaan badmood.

"Aku dah lah geram gila dengan watak perempuan gila ni. Asyik asyik nak kacau hidup hero heroin. Engkau pun dua kali lima je dengan orang ketiga ni...Sukahati je nak bagi ancaman maut lah apa lah silap-silap dia yang kena kifarah!"

Ditumbuk perut perompak itu dan akhirnya perampok itu tumbang. Habis muka lebam-lebam ungu. Eshal yang sudah terkedu diam di tempat dia. Tidak berani nak turun padang.

"Ini kalau aku turun tadi, mahu aku dijadikan pushing bag. Silap-silap hancur terus muka kacak aku!" Eshal perlahan-lahan mendaratkan atas jalan tar tidak mahu berlama-lama berada di tempat tinggi. Gayat.













BAS itu tepat berhenti di pintu masuk utama rumah orang-orang tua. Kalau ikutkan jarak tempat ini dengan tempat mereka lalui tak ada jauh mana tapi disebabkan memakan banyak masa untuk sampai ke sini adalah manusia yang mabuk bas dan kedua, kalau boleh setiap saat itu juga lah engkau nak buang air kecil lah air besar lah.

Tak lama itu, pintu bas automatik dibuka. Pemandu bas tersenyum mesra. Cikgu Erina membalas senyuman yang sama juga.

"Baiklah. Semua boleh beratur di tengah-tengah dan tolong kejutkan kawan awak yang nyenyak tidur tu." Cikgu Erina memberikan isyarat mata pada pelajar lelakinya yang duduk di sebelah pelajar dimaksudkan. Dia akur dan tak semena-mena kawan disebelahnya terus ditendang kuat sehingga tercampak keluar dari tempat duduk.

"Terima kasih, pak cik!" Semua menunduk hormat dan ada para pelajar lelaki siap bersalaman lagi. Irfan, pelajar terakhir keluar. Mata sebelah digosok-gosok menggunakan tangan kiri nya manakala tangan kanan menyentuh bahagian pinggang. Haah, dia lah pelajar yang disebut cikgu Erina.

Seperti biasa Ayla hanya memandang Irfan kosong. Sehingga lah mata Ayla terpandang baju jejaka itu hari ini. Dia mengenakan baju kemeja berkotak-kotak hijau hitam, bertopi hitam dan dipadankan dengan seluar jeans. Ayla menjeling baju sendiri. Matching baju. Nasib kasut tak sama.

"Awak stalk saya eh?" Teka Ayla.

"Tak." Sepatah Irfan jawab.

"Habis tu...kenapa baju kita boleh tersama?"

"Tak tahu. Yang pasti aku nampak lagi bergaya."

Ayla menggulingkan mata. "Whatever."

Lima belas minit berlalu, ketika mereka melangkah masuk ke dalam kawasan tersebut terus kami disambut lembut. Banyak aktiviti telah habiskan bersama seperti menolong bergotong royong, memasak, bermain permainan dam ular bersama tok dalang eh. Pelajar-pelajar ini dibawa ke sini supaya dapat menemani golongan orang tua. Teringat cucu-cucu mereka yang sibuk dengan pekerjaan jadi datangnya kedatangan pelajar ini dapat mengubati rindu.

Sesekali Ayla diam memerhati gelagat kawan-kawan dia. Terpapar muka kegembiraan di wajah setiap pelajar, hilang terus rasa penat. Ayla membetulkan posisi duduknya. Kaki dirapatkan ala-ala wanita melayu terakhir, gitu.

Suasana sekeliling tidak terlalu bising dan tidak terlalu senyap. Sedang jauh Ayla termenung tiba-tiba dia disapa seorang nenek. Mesti lah nenek, tak kan lah Byeon woo seok yang tegur pula. Tiber sesat kat situ.

"Cu, ada masalah ke?" Prihatin orang tua itu bertanya seakan-akan dapat membaca riak wajah anak muda di hadapan nya.

Ayla geleng. Fikir nak hilangkan kebosanan yang melampau je ni.

"Nak dengar nek cerita sesuatu tak?"

"Cerita pasal apa nek?" Nenek tepuk-tepuk tempat duduk di sebelah nya. Ayla menurut. Mata tepat memandang nenek di sebelah.

"Hmm nak dengar kisah cinta pertama nenek?"

"Nak dengar! Kita sudi nak dengar cerita cinta cintun nek." Sahut Ayla ceria. Nenek itu tersenyum lalu mengusap lembut tudungku.

"Nek terserempak dengan dia lepas kelas tambahan, masa tu hujan lebat...nek memang tak bawa payung lah jawabnya. Jadi nek pergi lah berteduh dekat perhentian bas. Lama nek kena tunggu hujan berhenti sampailah nek terlelap." Terangguk-angguk kepala Ayla. Teruskan.

"Lepas tu tiba-tiba ada seorang lelaki ni hulur payung dekat nek. Tak tahu datang dari mana. Nek pun pandang lah muka dia." Nenek comel itu berdehem sejenak.

"Ada kau je dekat bus stop ni. Memang payung ni untuk kau. Jangan kongsi dengan orang lain." Ayla tergelak kecil apabila nenek itu cuba meniru suara lelaki tersebut.

"Nek pun ambil lah. Bas pun tiba dan lelaki yang bagi payung tu masuk ke dalam bas."

"Nek tak jumpa dah ke dia?" Tanya Ayla.

Nenek tersenyum, makna.

"Nek pernah fikir macam apa yang cu fikirkan sekarang, nek ingat tak akan jumpa dia...tapi nek silap, rupanya dia pun satu sekolah dengan nek. Cuma nek aje tak tahu kewujudan dia."

"Wow bagus lah! Mesti nek hari-hari usya dia kan?" Ayla menolak bahu nenek, nenek menolak bahu aku. Elelele malu lah tu.

"Nek nak bagi dia payung tapi nek malu nak tegur dia tapi nek kuatkan diri juga." Ayla gelak sekali lagi. Aku boleh bayangkan bertapa pemalu dan comelnya nenek waktu muda dulu. Kalau aku ada mesin masa, aku nak melawat tahun nenek cantik ni sekolah. Mana lah tahu kita orang jadi geng!

"Pujaan hati nenek tu...ada dekat mana sekarang?"

Nenek itu terdiam sesaat sebelum menarik senyuman manis. Aku diam. Dapat mengagak apa yang dah terjadi kepada pujaan hati nek. Ayla meraih dua-dua belah tangan milik nenek.

"Maaf kan saya, saya tak tahu pula pujaan hati dah...tak ada." Nenek di sebelahku lantas memegang dua belah tangan ku. Penuh lemah lembut.

"Eh cu! Tidak...pujaan hati nek hidup lagi. Dah kahwin dah kami berdua." Terang nenek Bersungguh-sungguh.

"Lah?" Rahang Ayla jatuh ke bawah. Mati-mati aku ingat suami dia dah ada dekat dunia lain. Nenek pula mentertawakan aku. Haah, kita malu sebab dah salah faham besar tentang suami nek. Nasib tak ada dekat sini.

Terhenti bunyi gelak ketawa. Nenek kembali bersuara. "Asyik kita je yang cerita, Cu tak ada cerita pasal pujaan hati juga ke?"

"Maaf lah saya...tak ada. Dah trauma sebab seseorang ni." Ayla garu belakang leher dia yang dilindungi tudung sekolah hitam. Ayla baru hendak bangkit daripada duduk laju dia duduk semula selepas mengenali siapa yang mendekati tempat Ayla dan nenek nya bersembang petang.

"Nak join dengar sekali, boleh?" Irfan tersenyum senang. Puas aku cari kau, ada dekat sini rupanya!

Ah sudah! Datang dah dia.

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now