END

37 5 0
                                    

"HARI ni birthday saya. Hadiah yang saya dapat ialah Irfan meninggal depan mata saya." Suara gadis itu terdengar sayu di telinga Fakhrul. Nafas dihela berat.

"Saya harap awak tak tinggal kan saya juga, Fakhrul." Wajah gadis itu yang basah dengan air mata bercampur peluh masih menatap bawah. Merenung jalan yang tidak lagi rupa seperti sebuah jalan. Sepanjang langkah mereka aturkan. Tiada sebarang kereta mahupun satu motor pun memasuki di kawasan tersebut.

Fakhrul tidak membalas juga tidak menoleh belakang. Ayla membiarkan Fakhrul mengheret lengan dia sepanjang jalan. Serius Ayla tak ada tenaga nak berjalan dah. Fakhrul tak boleh nak lepaskan ikatan dia kang Ayla masuk lari dalam api, bahaya!

"Fakhrul...macam mana kau tahu ubat tahan sakit tu ada dekat tingkat enam?" Tubuh jejaka itu mengeras. Mereka berdua berhenti bergerakkan kaki.

Manakala Ayla, teringat-ingat ayat terakhir Eshal sebelum dia menghilang ditiup angin petang.

"Kenapa kau pergi?"

"Sebab kau tak pilih aku."

"Kenapa Irfan pergi sekali?" Tanya Ayla kepada diri sendiri.

"Sebab kau pilih aku." Dingin Fakhrul bersuara. Spontan Ayla laju memandang muka jejaka itu. Tidak sangka Fakhrul akan menjawab pertanyaan dia. Ayla dilanda perasaan curiga. Kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu?

"Hari ni birthday kau kan? Aku ada bawa hadiah untuk kau." Fakhrul mengeluarkan sesuatu dari belakang.

Terbulat mata Ayla ketika melihat Fakhrul senyum sinis kepada dia dan dengan itu sebilah pisau sengaja diangkat tinggi. Ayla tak dapat nak gambarkan perasaan dia sekarang. Kenapa Fakhrul buat Ayla macam ni.

"Kenapa...awak dipihak dia? Kenapa perlu sampai jadi seorang pengkhianat!" Herdik Ayla. Kaki terundur ke belakang namun Fakhrul cepat-cepat memegang hujung kain itu. Tidak membenarkan Ayla lari daripada dia.

"Sebab orang yang Irfan bunuh itu ialah ayah kandung aku! Aku tak kisah dah kalau kau cintakan Irfan tapi kenapa perlu sampai tarik perhatian ayah aku?" Hilang sudah perkataan awak saya. Rahang diketatkan. Ingin sahaja dia menusuk Ayla sekarang.

Boleh pula Fakhrul teringat balik perbualan dia dengan arwah ayahnya.

"Ayah! Tengok ni Fakhrul dah siap ciptaan..." pintu daun ditolak lembut. Riak muka Fakhrul bertukar. Digengam erat barang yang dia cipta. Niat sebenar dia nak menunjukkan kepada ayahnya tapi Fakhrul tahu ayah dia tidak akan dengar kerana sibuk dengan gadis itu.

Gadis yang ayah nak sangat jadikan sebagai menantu. Ketika ini anak saintis itu masih muda begitu juga dengan Khayla.

"Ha Fakhrul, Ayah baru nak panggil kamu ke sini. Tengok ni eksperimen ayah dah buat. Agaknya Ayla suka tak dengan hadiah ni? " Ayah Fakhrul terkejut melihat Fakhrul membaling sesuatu. Terus hancur seperti itu sahaja ciptaan anaknya. Hidung mendengus kasar. Tidak suka dengan sikap ayahnya.

"Balik-balik Ayla, balik-balik Ayla... Fakhrul tak faham langsung dengan perangai ayah. Fakhrul dah cakap, Fakhrul tak nak jadi suami kepada Ayla dan Ayla pun mesti tak akan terima Fakhrul bila dapat tahu ayah seperti ini!"

Rambut diserabaikan tanda nya dia protes dengan keputusan yang ayah dia putuskan sesuka hati sahaja ke atas diri dia. Ingat dia tak ada perasaan ke apa?

"Ayah buat semua ini untuk kebahagian Fakhrul juga..." anaknya tergelak sinis.

"Kebahagian? Kebahagian Fakhrul. Lawak sangat. Sebenarnya ayah suruh Fakhrul kahwin dengan dia sebab ayah just nak gunakan Ayla untuk eksperimen gila ayah! Ingat anak ayah ni tempat perangkap tikus ke?"

"Patutnya Fakhrul duduk dengan ibu je, keputusan ibu nak ceraikan ayah adalah keputusan yang bijak sebab macam mana ibu nak tahan kalau sekarang ayah terlalu obses dan gilakan buat eksperimen sampai abaikan tanggungjawab seorang ayah!"

"Ayah bunuh jelah Fakhrul macam ayah bunuh adik ayah sendiri!" Kepala Fakhrul terteleng ke kanan. Fakhrul menyentuh pipi dia yang sudah merah. Hujung bibir dia pecah. Keluar air mata jantan dia.

"Kau keluar daripada bilik aku. Kau keluar sekarang anak derhaka!" Tengking lelaki tua itu yang digelar sebagai ayah atau boleh dikataan gelaran tersebut tidak bermakna lagi bagi Fakhrul ketika itu.

"Fakhrul." Suara Ayla menyentakkan Fakhrul yang sedang mengimbau kenangan lama. Jejaka itu mengesat pipi yang sudah basah. Berpaling ke arah lain tatkala Fakhrul bertentang mata dengan gadis dia. Eh bukan bukan.

"Aku...tukar fikiran. Aku nak bunuh kau tapi aku tak sanggup, Ayla..." ikatan kain dipotong. Mata pisau itu bertukar arah. Bukan Ayla tetapi diri Fakhrul sendiri. Fakhrul mengemamkan bibir dia menahan tangisan yang ingin meletus. Tangan dia tak ragu-ragu untuk melakukan langkah seterusnya.

"Fakhrul...Fakhrul jangan buat aku macam ni." Ayla melutut di hadapan Fakhrul. Mata Ayla menjadi bengkak sebab terlampau banyak nangis malam ini. Kenapa semua orang nak tinggalkan aku!

"Buat apa aku nak hidup kalau orang yang kau cintai dah kena bunuh dengan ayah aku sendiri?"

Kini suara Fakhrul bertukar lembut. Tidak sekasar macam tadi. Fakhrul merapatkan pisau itu di lehernya. Lantas Ayla berdiri dan menahan pisau itu di bahagian yang tajam.

"Ayla, jangan sentuh pisau ni! Nanti kau terluka." Fakhrul menolak Ayla sedikit kuat. Tidak ada lah sampai Ayla terpelanting ke belakang.

"Aku minta maaf tak dapat berkawan lagi lama dengan kau. Aku cuma rasa...aku dah gagal jadi kawan kau." Ayla menggeleng kepala berkali-kali bersama esakan yang semakin kuat.

"Selamat menikmati hadiah ni. Aku sayangkan kau tapi tak sebanyak sayang kau kepada Irfan." Ingin sahaja jejaka itu memeluk Ayla namun dia tahu mana haram dan halal. Ada batas antara berlainan jantina.

"Fakhrul, jangan!" Rayu Ayla. Gadis itu meraung dan merayu supaya Fakhrul tidak meninggal dengan cara seperti itu.

"...Selamat malam, Ya amar." Fakhrul sempat memberikan senyuman ikhlas dia. Ayla jatuh terduduk. Ayla bergigil ketakutan melihat Fakhrul mati dengan cara begitu tragis. Disebabkan pisau yang Fakhrul pegang itu terlampau tajam jadi...

Ayla tidak sedarkan diri. Tubuh gadis itu rebah di sebelah mayat Fakhrul yang tidak berkepala. Kedengaran siren polis dan ambulans serentak tiba di tempat kejadian. Katanya, ada seseorang yang tidak sengaja melihat kejadian itu lalu menelefon dan menyuruh mereka cepat-cepat menuju ke tempat ini tahu-tahu ada kes bunuh diri dan kebakaran besar-besaran.

Bangunan bertingkat lapan itu berjaya dipadamkan namun mangsa pertama dijumpai tidak berjaya diselamatkan.

Kes ini telah tersebar masuk ke dalam berita hangat. Laju betul tangan wartawan buat kerja.

Mayat kedua ditemui tercampak keluar dari tempat tinggi. Mereka mempercayai bahawa mangsa kedua adalah dalang semua ini kerana mereka telah mengesahkan cap jari si mayat otak berkecai itu sama dengan cap jari di setiap ruang bilik yang mereka masuk. Bangunan tersebut serta merta ditutup dan dilarang sesiapa pun masuk. Lagi-lagi sekumpulan yang berminat membuat paranormal di sini. Kena sorok dengan malaun baru tahu nak insaf.

Seorang mayat ketiga sangat teruk keadaan dia. Disyaki merupakan salah satu pelajar lelaki yang bersekolah di SMK Gajah Melompat.
Pasukan mereka sedang mencari kepala si mangsa yang sudah tergolek di area bawah.

Pasukan polis yang baru sampai diarahkan untuk menjaga seorang pesakit perempuan yang disyaki juga satu sekolah dengan mangsa ketiga tersebut. Alhamdulillah, mangsa keempat masih bernafas. Kini gadis itu dibawa oleh ambulans ke Hospital Maju Jaya yang berdekatan balai polis. Senang sikit mereka ingin mengawasi mangsa tersebut.

Semua setia dan para penonton menunggu gadis itu bangun daripada tidur yang panjang untuk ditanyakan beberapa soalan berkenaan kes paling dasyat dan bagaimana semua perkara ini boleh berlaku dalam masa satu malam sahaja?





-TAMAT-

Hshshshs sweet kan ending dia?
Ada sesiapa expect tak ending dia macam ini?

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now