DUA PULUH ENAM

32 5 5
                                    

KAKI melunjur ke hadapan. Kepala bersandar pada lengan sofa. Tangan kiri nya meraba-raba mencari alat kawalan jauh di bawah meja yang berdekatan tubuh dia untuk menghidupkan televisyen. Jika tidak, dia akan terlepas cerita kegemaran nya. Sudah lah tiada tayang dekat mana-mana, hanya tayang dalam astro sahaja.

Dalam misi mencari alat kawalan tersebut, makin lama makin keras seperti ada sesuatu menumpang bawah meja ini. Irfan enggan menoleh namun dia gagahkan diri juga. Demi rancanganku tersayang, akan ku redah setiap halangan di depan mata!

Tangan dia terhenti tatkala jari manis dia tersentuk benda halus seperti benang namun lebih halus daripada itu dan benda yang dia pegang ini nampak nya ada banyak jadi mustahil kalau ini benang, melainkan...

Saat Irfan menoleh, sudah ada sepasang mata menoleh dia terlebih dahulu.

"Argh, siapa kau!" Figura yang menghendap di bawah meja itu sedaya upaya mengeluarkan tubuh besar nya. Kenapa lah meja ini kecil sangat, lain kali beli lah meja besar sikit. Cadang lelaki tersebut namun dia hanya mengatakan di dalam hati sahaja.

"Maaf, aku malas nak memperkenalkan diri. Kau kenal Khayla Afifa kan?" Irfan terpinga-terpinga dengan soalan mengejut daripada tetamu tidak diundang ini. Kenal pun tidak.

"Ye betul tapi macam mana kau boleh masuk sini? Buat apa aku nak percaya engkau?" Musykil Irfan. Eshal mengambil langkah kecil. Pintu utama rumah dituju. Irfan memandang gelagat Eshal yang sedang memusingkan kunci kereta dia. Wah, wah berani sungguh.

"Kau kena pergi selamatkan dia malam ni juga sebab...Ayla dalam bahaya." Dengar sahaja perkataan dalam bahaya sejurus itu Irfan mencapai kunci kereta pada jari Eshal.

Lampu kereta menyala dan pintu kereta dibuka setelah menekan simbol kunci mangga yang sudah terbuka. Irfan memasuki badan nya di bahagian pemandu lalu tayar kereta memecut ke luar pagar rumah. Eshal memandang kereta Irfan dari jauh.

Tidak lama kemudian, kelihatan tayar kereta jejaka itu mengundur ke belakang. Tingkap yang serba gelap, diturunkan. Eshal menggeleng kan kepala. Itu lah panik sangat bila aku sebut nama si gadis itu.

"Ayla ada dekat mana sekarang?" Eshal menangis dalam hati.

"Aduh, gaya macam tahu sangat Ayla dekat mana."

"Fakhrul." Sepatah nama itu terus irfan dapat meneka. Kereta kembali memecut melepasi perumahan jiran-jiran dia. Air hujan mula membasahi lantai bumi berbentuk sfera ini. Serta memandikan keretanya secara percuma. Jimat air hehe.





















SEMENTARA itu, di sebuah bilik luas yang agak suram dan gelap walaupun ditemani banyak cahaya lampu. Figura seorang gadis diikat dengan tali yang agak tebal pada sebuah kerusi. Tenang sahaja tubuhnya. Tiada sebarang kain di mulut dia. Ini membawa petanda buruk yang membawa maksud tempat tersebut jauh daripada kawasan orang ramai berkumpul. Berlegar-legar perbualan dia dengan Eshal sewaktu berada di rumah orang tua-tua.

"A...Apa benda aku terminum?" Agak-agak kalau aku cuba muntah balik, lepas tak?

Eshal menayangkan muka serious.
"Kau dah masuk perangkap dia. Nama cecair experiment bahaya dia itu diberi nama DUI... "

Nama panjang eksperimen itu.

Dangerous Uncontrolled Imagination.

"Sekejap...aku masih tak faham keterangan kau." Ayla melabuhkan punggung di atas kerusi malas kepunyaan siapa entah. Eshal mengambil nafas seketika.

"Lepas kau terminum cecair tu, kau akan tiba-tiba rasa bertenaga dan lama kelamaan badan kau rasa lemah dan akhirnya kau jatuh pengsan." Eshal menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ayatnya. Bibir dalam digigit. Takut.

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now